Sehari dua ini baik di fb mahu pun pun twitter dipenuhi dengan “perasaan marah” orang ramai terhadap orang politik. Ditambah bilangan kes positif mencanak naik kepada 260 kes menjadikan kes kedua tertinggi dalam sejarah PKP.
Apa yang membuatkan orang semakin marah dan mendakwa kegelojohan orang berpolitik menjadikan rakyat bawahan sebagai mangsa kerana mereka tidak perlu menjalani kuarantin 14 hari sebelum peraturan itu diperketatkan tiga hari lepas.
Tidak hairanlah ramai suarakan isi hati mereka kerana yang menanggung bebanan adalah rakyat bawahan jika Perintah Kawalan Pergerakan dimulakan kembali.
Di saat rasa kesal itu tidak lagi habis, tular pula wajah anak-anak kecil yang seolah ketakutan selain kesakitan di wajah mereka ketika menjalani ujian SWAB di Sekolah Kebangsaan Permatang Janggus, Seberang Prai Utara semalam.
Ads
Bukan saja di SK Permatang Janggus, masa yang sama tular juga gambar anak-anak kecil dari SK Silabukan di Dewan SK Silabukan yang turut perlu melakukan ujian pengambilan sampel dan saringan kesihatan. Apa yang dapat lihat kebanyakan pelajar ini menangis ketika menjalani ujian ini.
Ads
Bagi Sk Permatang Janggus kesemua pelajar dan pihak pentadbir sekolah seramai 600 orang perlu menjalani ujian SWAB selepas seorang guru di sekolah berkenaan positif COVID-19 berikutan suaminya yang juga orang politik di Kedah baru balik berkempen di Sabah. Malah sekolah juga ditutup selama lapan hari atas arahan Jabatan Pendidikan Negeri berikutan kes berkenaan.
Ads
Apa pun mari kita doakan agar COVID-19 ini tak merebak kepada murid- murid, guru lain serta semua kakitangan sekolah terbabit. Kasihan melihat murid ramai yang menangis semasa ujian swab dilakukan. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Gambar : Kredit Dzul Atfi/ Hafiz Zulkifli / Mohd Hafizie Zainuddin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini pemberian fasa pertama vaksin Astrazeneca habis kesemua 268,000 slot dimohon dan terisi. Terbaru, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memaklumkan permohonan fara kedua akan dibuka bulan Mei ini.
Pemberian vaksin di empat buah pusat diberikan keutamaan untuk pendaftaran yang dibuka , penduduk di di Lembah Klang, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang. Persekutuan telah bersedia untuk menerima vaksin mereka.
Tapi perlu diingatkan, pemberian vaksin fasa kedua Astrazeneca ini hanya diutamakan kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas sahaja.
The next AstraZeneca opt in will open on 23 May and will only be available to above 60s in Selangor, KL, Penang, Sarawak & Johor where cases are highest. Bookings via website & community clinic outreach. AZ will also be sent to elderly care homes.
Khairy Jamaluddin turut menyatakan melalui ciapan di laman Twitter bahawa sesiapa yang masih berada di senarai tunggu pusingan 1 sekarang akan mendapat janji temu.
However, those on the present round 1 waitlist will get appointments.
Siapa pernah nyanyi lagu nie?. Sempoi je liriknya dan ternyata amat mudah untuk dihafal. Jangan malu bossku nak ngaku, hikz!
Filem animasi Si Nopal yang trending di Malaysia
Lagu Si Nopal yang trending di Malaysia ini dipetik dari kisah animasi pendek Indonesia dan telah menjadi siulan sehingga ia diparodikan oleh sebahagian artis Malaysia seperti Wany Hasrita, Jihan Musa, Kamal Adli dan ramai lagi.
Lagu ini menceritakan kisah Si Nopal dan adiknya, Dede (cute girl) yang ingin pergi berkhemah bersama-sama. Malah penyanyi lagu yang trending ini juga seorang remaja berusia 16 tahun iaitu Nadiah yang merupakan anak kelahiran Bogor, Indonesia. Cute juga orangnya!
Inilah Nadiah penyanyi lagu Si NopalNadiah baru berusia 16 tahun dan boleh di instagramnya @ Si_Nadiah
Di sebalik lagu yang trending dan menjadi siulan ini, REMAJA cuba mencari maksud sebenar BAHENOL yang disebut-sebut.
Inilah keluarga si Nopal. Seramkan tengok maknyakan, mata sebelah jer nampak, yang dede tu lagi seram, tak ada mata. Hahaha.
Mungkin disebabkan kita kurang memahami bahasa pertuturan Indonesia, dalam carian di Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) menyatakan BAHENOL bermaksud MONTOK & MENGGHAIRAHKAN.
Carian di Kamus Besar Bahasa Indonesia memaparkan bahenol bermaksud montok dan mengghairahkan
Owhh, tak sangka pula maksud bahenol begitu? Bayangkan kalau yang menyanyi itu gadis remaja atau kanak-kanak. Ternyata ia agak kurang sesuai disebut kerana kita diajarkan bahawa montok dan mengghairahkan ini biasanya merujuk kepada perempuan memiliki tubuh yang seksi.
Atau cuba korang tukar liriknya, hahaha
Berkemah..
Berkemah…
Dengan si nopal
Si nopal
Si nopal
Anaknya montok dan mengghairahkan (bahenol)
Montok dan mengghairahkan (bahenol)
Montok dan mengghairahkan (bahenol)
Hokay, korang komenlah sendiri la.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Membeli barangan atas talian sudah menjadi kebiasaan pada masyarakat moden pada hari ini tambahan lagi dengan musim pandemik dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Ia memudahkan pengguna membeli sesuatu perkara tanpa perlu lagi menuju ke kedai secara fizikal. Bermakna, korang tidak perlu lagi memandu, meletakkan kenderaan, dan membayar di kaunter yang mana agak sedikit melecehkan. Kesemua barangan dibeli juga akan dihantar terus ke lokasi pilihan melalui tempoh masa yang ditetapkan.
Sangat mudah dan praktikal.
Namun, bagaikan trend penjual di dalam talian berlumba-lumba buat promosi jualan ‘mystery box’ bagi menarik minat pembeli. Persoalannya apakah hukum bagi kita yang beragama Islam ini dengan teknik jual beli kotak atau parcel itu tidak diketahui isinya itu.
Menerusi laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dr Luqman Hj Abdullah ada menerangkan mengenai perkara tersebut. Ikuti perkongsian di bawah ini.
Soalan
Assalamualaikum. Saya ada satu soalan. Sekarang ada trend satu jual beli barangan yang disebut sebagai “Mystery Box” di platform Shopee. Soalan saya, adakah dibenarkan umat islam terlibat dalam jual beli tersebut melihat kepada pembeli tidak tahu secara pasti apakah barangan yang bakal diterima? Mohon pencerahan.
Jawapan Ringkas
Jual beli sebegini tidak diharuskan dan terbatal di sisi Syarak kerana tidak menepati rukun dan syarat asas jual beli iaitu barang jualan mestilah diketahui dan ditentukan jenis barangannya secara spesifik yang diterima uruf.
Kesannya, pembeli perlu menyerahkan semula barangan kepada penjual dan penjual hendaklah memulangkan semula wang yang diterima.
Sebagai alternatif, sekiranya berlaku kesukaran dalam pemulangan barangan kerana telah digunakan atau sebagainya, maka perlu buat akad jual beli yang baru berdasarkan barang yang diterima dengan syarat pembeli meredai pembelian barang tersebut dan penjual juga meredai dengan nilai bayaran yang diberikan.
Huraian Jawapan
Sebagai gambaran ringkas, “Mystery Box” atau Kotak Misteri merupakan suatu produk yang tidak diketahui barangannya secara spesifik. Ia dijual dalam pelbagai platform antaranya Shopee, Lazada dan lain-lain. Juga dikenali dengan nama lain seperti “Kotak Teka-Teki” dan sebagainya. Kebiasaan modus operandinya, pelanggan akan membeli suatu barang yang diberi nama kotak misteri. Penamaan tersebut diberikan kerana pembeli berpotensi untuk memenangi suatu produk yang lumayan seperti telefon pintar yang mempunyai spesifikasi tinggi, alat solek berjenama, dan pelbagai lagi dengan nilai bayaran yang rendah.
Dalam masa yang sama, sekiranya pelanggan tidak bernasib baik untuk mendapat barang lumayan tersebut, mereka akan diberikan barang lain sebagai ganti yang mempunyai nilai yang lebih rendah daripada barangan yang diimpikan bahkan berkemungkinan mendapat barangan yang sangat rendah nilainya jika dibandingkan dengan duit yang dilaburkan[1].
Secara asasnya, bagi menentukan sesuatu jual beli atau perniagaan itu diterima oleh Syarak, ia hendaklah menepati dan memenuhi rukun dan syarat asas yang ditetapkan oleh Syarak.
Rukun-rukun jual beli ialah:
Pihak yang melakukan akad (Penjual dan Pembeli)
Sighah Akad (Ijab dan Qabul)
Barang jualan dan harganya
(Rujuk: al-Mu’tamad Fi al-Fiqh al-Syafie, 3/15)
Melihat kepada situasi di atas, jual beli tersebut tidak memenuhi rukun jual beli khusus berkaitan barang jualan. Huraiannya, para ulama menetapkan bahawa hendaklah setiap jual beli diketahui barang jualannya antara pembeli dan penjual.
Walaupun tidak disyaratkan mengetahui segenap aspek sehingga sekecil-kecil perkara barang tersebut, namun perlu diketahui maklumat asas berkenaan barang tersebut seperti jenis barangan, sifat dan bentuknya, dan lain-lain. Tidak dibenarkan menjual barangan yang tidak diketahui hakikat dan fizikalnya seperti “aku jual salah satu baju yang ada dalam kotak tersebut” kerana perniagaan sebegini mempunyai unsur ketidakjelasan yang keterlaluan (fahisy) dan boleh mengundang kepada pertelingkahan dan pergaduhan antara penjual dan pembeli.
(Rujuk: al-Fiqh al-Manhaji, 6/19)
Pada dasarnya, jual beli barangan yang tidak spesifik mengandungi unsur gharar yang diharamkan dalam Islam berdasarkan kepada hadis Nabi Muhammad S.A.W sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A:
Seterusnya, sesuatu barang itu dianggap sudah diketahui apabila memenuhi beberapa kriteria. Utamanya ialah barang tersebut sudah dilihat dan dipilih oleh pelanggan sendiri secara spesifik. Oleh sebab itu, di sisi mazhab Syafie jual beli yang dilakukan oleh orang buta tidak sah melainkan diwakilkan kepada orang lain yang sihat penglihatannya kerana unsur ketidakjelasannya sangat nyata dan keterlaluan.
(Rujuk: al-Mu’tamad, 3/29)
Tambahan pula, jual beli ini mempunyai unsur perjudian kerana bergantung kepada nasib semata-mata. Konsep yang diketengahkan menafikan hak pembeli dalam memilih barangan yang dikehendaki dan disukainya setimpal dengan harga yang telah dibayar. Justeru, situasi ini adalah melanggar prinsip-prinsip jual-beli yang sepatutnya ada seperti khiyar (pilihan).
Justeru, sebarang jual beli “mystery box” seperti yang digambarkan di atas adalah tidak sah dan terbatal. Kesannya, pembeli perlu menyerahkan semula barangan kepada penjual dan penjual hendaklah memulangkan semula wang yang diterima.
Sebagai alternatif, sekiranya berlaku kesukaran dalam pemulangan barangan kerana telah digunakan atau sebagainya, maka dicadangkan kepada kedua-dua pihak membuat akad jual beli yang baru dengan syarat pembeli meredai pembelian barang tersebut dan penjual juga meredai dengan nilai bayaran yang diterima.
Akhir kata, umat islam sewajarnya mengelakkan diri daripada terpedaya dengan sebarang jenis perniagaan yang mengandungi keraguan yang nyata walaupun dikhabarkan akan mendapat sesuatu yang lumayan kerana perbuatan tersebut boleh mengakibatkan mereka terjerumus ke dalam perkara yang dilarang dan ditegah oleh Syarak.