2021 bakal melabuhkan tirai tidak sampai dua bulan lagi. Biarpun kebanyakan perancangan kita pada tahun ini banyak tersasar dek pandemik COVID-19 yang tidak berkesudahan, dalam diam ramai je sebenarnya yang meneruskan perancangan mereka biarpun perlu diadakan dalam skala yang lebih kecil.
Bukan seorang dua selebriti yang telah menamatkan zaman bujang mereka pada tahun ini. Sama ada selebriti dalam negara mahupun antarabangsa, masing-masing giat melangsungkan majlis perkahwinan biarpun hanya dihadiri oleh sebilangan kecil tetamu saja.
Contohnya semalam apabila dunia hiburan ‘kecoh’ dengan foto daripada acara akad nikah rapper terkenal, Caprice bersama pilihan hati bernama Farra Inalis yang merupakan seorang gadis kelahiran Kelantan berusia 26 tahun.
Selepas Caprice, nampaknya seorang lagi selebriti lelaki tanah air dikhabarkan telah memilih seorang gadis kelahiran Kelantan sebagai bakal isterinya.
Umum mengetahui penyanyi berbakat, Haqiem Rusli bakal berkahwin pada hari Jumaat ini setelah empunya badan sendiri mengumumkan berita gembira itu di pentas Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, Sabtu lalu sewaktu menerima trofi bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular.
Selama Haqiem bergelar seorang anak seni, penyanyi berusia 23 tahun ini sentiasa kekal dengan pendiriannya untuk tidak sesekali berkongsi perihal peribadi terutamanya kisah cinta. Hanya soalan mengenai soal kerjaya dan produk seninya saja yang akan dilayan.
Lantas, apabila Haqiem sendiri yang mengeluarkan kenyataan bakal berkahwin pada 19 November ini sekerap DUA KALI iaitu semasa di atas pentas menerima trofi dan semasa di belakang pentas bersama pengacara segmen khas Sissy Iman; maka jelaslah Haqiem sedikit-sebanyak ingin berkongsi mengenai tarikh istimewa itu bersama seluruh rakyat Malaysia.
Ads
Ramai pantas tertanya-tanya siapakah gerangan gadis bertuah yang bakal dijadikan suri hatinya itu.
Gadis yang dikenali sebagai Wan Anis Sofea Wan Zamzuri ini mesra dikenali sebagai Anis Sofea dan baru berusia 19 tahun. Menariknya, Anis juga berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang.
Menjengah ke akaun rasmi Instagram Anis Sofea, kini hanya tinggal satu foto saja yang dibiarkan di sana biarpun jumlah pengikut Anis tidak kurang hebatnya iaitu seramai 58,000 orang ketika artikel ini dikarang.
Gadis berimej manis ini merupakan pengasas dan rakan kongsi perniagaan restoran Santhai Village bersama penyanyi lagu Tergantung Sepi itu. Difahamkan, mereka mengenali di antara satu sama lain sejak hampir dua tahun lalu dan mula tampil berhijab baru-baru ini sekali gus bertindak memadamkan foto dan video berimej lama dahulu.
Sempena menyambut hari bahagia nanti, Haqiem atau nama penuhnya Ridzuan Haqiem Rusli bakal menghadiahkan sebuah lagu istimewa untuk isterinya itu dan ia berjudul Hitam Saksi Putih.
Wah, sweet betul Haqiem dan Anis! Tak sabar kami nak lihat foto-foto daripada majlis akad nikah Haqiem nanti.
Bukan korang je yang ber-dating, pasangan di-Raja kita pun sama tau semasa baginda berdua masih remaja.
Sempena sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Rasmi pada hari ini, REMAJA ingin throwback sedikit perkongsian istimewa Duli Yang Maha Muia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengenai kisah baginda bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang d-Pertuan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Semasa zaman remaja, kebanyakan daripada kita ditegah untuk menjalin hubungan istimewa dengan seseorang disebabkan ibu bapa. Sama juga kisahnya dengan baginda berdua.
Dalam wawancara bersama rakan media, baginda bertitah yang baginda tidak pernah keluar dating dengan Tuanku Agong kerana ayahanda baginda yakni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail (Yang di-Pertuan Agong kelapan) tegas orangnya.
“Saya jumpa Tuanku (Agong) umur 12 tahun. Tuanku berumur 13 tahun dan kita dapat berjumpa kerana Johor dan Pahang selalu berlawan polo.”
Kerabat diRaja Pahang dan Johor memang dikenali dengan minat terhadap sukan Polo.Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah juga meminati sukan yang sama.
Di samping itu, baginda berdua juga hanya berutus surat untuk saling berhubung disebabkan kekangan teknologi.
“Masa itu, Tuanku berangkat belajar ke England. Telefon mahal masa itu. Tuanku akan menelefon sekali sebulan tetapi antara tempoh itu tulis surat lah.” Menariknya, surat-surat itu masih disimpan hinggalah sekarang.
“Tuanku (Agong) masa berkenalan pandai menulis surat tetapi apabila berjumpa senyap. Jadi bila jumpa di padang polo, tengok-tengok sajalah.”
Alah macam kita lah curi-curi pandang dulu sebelum menjadi serius. Hihi.
Yang penting, baginda sifatkan baginda berdua bermula sebagai sahabat baik yang boleh membincangkan apa-apa jua perkara. Sweet kan!
Pelakon K-drama popular genre komedi romantik, Gong Hyo Jin telah memilih kota New York sebagai lokasi menamatkan zaman bujangnya bersama penyanyi-pencipta lagu, Kevin Oh pada hari ini.
Ini berikutan Kevin Oh yang berdarah Korea-Amerika dilahirkan dan dibesarkan di Long Island.
Syarikat pengurusan Hyo Jin, Management SOOP mengesahkan perkhabaran tersebut melalui kenyataan yang berbunyi, “Adalah benar bahawa pasangan tersebut akan berkahwin di New York pada hari ini.”
Khabarnya, hanya ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja yang menghadirinya. Antara selebriti yang dilaporkan ‘terbang’ ke sana ialah Jung Ryeo Won dan Uhm Ji Won yang merupakan rakan lama Hyo Jin.
Biarpun dipisahkan dengan jurang usia 10 tahun; cinta Hyo Jin, 42 dan Kevin Oh, 32 telah bertaut utuh selepas dua tahun berpacaran dan enam bulan mendedahkan perhubungan mereka kepada khalayak ramai. Mungkin ia disebabkan minat sama yang dikongsi pelakon popular Korea itu bersama komposer berbakat ini sebagai anak seni.
Sejak Hyo Jin berjaya menangkap jambangan bunga di perkahwinan Son Ye Jin dan Hyun Bin pada Mac lalu, ramai pihak mula berteka-teki mengenai tarikh perkahwinan Hyo Jin pula. Kini mereka tidak lagi perlu menyembunyikan perhubungan mereka.
Untuk pengetahuan, Hyo Jin mencipta populariti menerusi drama bergenre romantik komedi seperti When The Camellia Blooms (2020), Don’t Dare To Dream (2016), It’s Okay That’s Love dan banyak lagi projek lain. Manakala Kevin Oh pula menempa nama menerusi album EP Stardust dan banyak runut bunyi bagi filem serta drama Korea.
Tahniah kepada pasangan sama cantik sama padan ini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi pasangan yang ingin berkahwin, selain daripada persiapan barang hantaran, baju dan pelamin, bunga tangan antara yang sering dititik beratkan dalam acara pernikahan kerana tidak mahu mempelai tampil dengan gaya yang ‘kosong’.
Pemilihan bunga tangan juga adalah penting bagi menaikkan seri pasangan pengantin baru. Untuk menyediakan bunga tangan ini memerlukan kepakaran dan fikiran kreatif bagi menghasilkan sejambak bunga yang menawan. Bukan semua individu memiliki bakat menggubah, jadi biasanya pengantin akan mencari sama ada menerusi pakej baju perkahwinan atau mengupah kenalan yang berkebolehan.
Nah, sekarang ini semuanya sudah mudah tersedia. Bunga tangan ini juga boleh didapati di aplikasi Shopee. Tetapi, artificial flowers atau bunga kering ya. But why not kan? Cantik dan tahan lama! Harganya juga berbaloi, ada yang hanya bawah RM50. Jom kita lihat senarai bunga tangan yang dijual secara online seperti yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna twitter ini.
Ha, berbaloi kan? Selepas ini tak perlu lagi pening-pening nak fikir, semuanya boleh dibeli secara online. Harga pun berpatutan. Walaupun bunga kering, tapi nampak real kan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!