Setiap kali penyanyi dan pelakon terkenal Hollywood, Lady Gaga melangkahkan kaki ke karpet merah ataupun di mana-mana kemunculan awam, pastinya stail fesyennya akan menjadi topik tular di media sosial.
Gaga jarang sekali gagal dalam soal fesyen. Keberanian dan kelantangannya dalam mengekspresikan diri sememangnya diakui sejak dirinya mula menembusi industri hiburan massa pada tahun 2005.
Kini, korang juga boleh mendapatkan ilham daripada Gaga dalam menentukan gaya harian masing-masing setelah salah satu jenama kaca mata terkenal yang digemari oleh Gaga kini telahpun tiba bagi pasaran Malaysia.
TIME ZONE Groupdengan bangganya mengumumkan kolaborasi kaca mata terbaru KOMONObersama penata gaya serta penasihat fesyen antarabangsa, Tom Eerebout. Nama Tom seringkali dikaitkan dengan Gaga setelah dia diberi mandat untuk menyiapkan persalinan jelajah konsert Joanne dan residensi Las Vegas Gaga sebelum ini. Malah, Tom jugalah yang bertanggungjawab menyiapkan Gaga untuk anugerah Grammy 2022 dan Critics Choice Awards 2022, baru-baru ini.
Koleksi kapsul kaca mata rekaan Tom Eerebout bersama KOMONO ini telahpun mula dijual bagi pasaran Malaysia menerusi butik Time Zone.
(Dari Kiri) : Marc Sadique, Dato’ Sri Meer Habib dan di antara koleksi kaca mata KOMONO X Tom Eerebout sewaktu pelancarannya akhir Mac lalu. Marc dan Dato’ Sri masing-masing menyarungkan model M, Nectar.
Koleksi pertama yang dilancarkan pada akhir bulan Mac lalu diilhamkan daripada ahli muzik era 1959, Buddy Holly dan Waylon Jennings sewaktu mereka berdua sibuk mengambil foto di Grand Central New York satu masa dahulu. Ia amat diminati ramai sehinggakan Gaga sendiri pernah menyarungkan model M, Ravensewaktu beberapa kali melakukan kemunculan!
M, Raven
Ads
Dua lagi rona berbeza yang ditawarkan ialah M, Nectar dan M, Whiskey Coke. Ketiga-tiga pada hemat REMAJA melengkapi satu sama lain dan bersesuaian mengikut stail, mood serta situasi berbeza.
M, Nectar
M, Whiskey Coke
Ads
To all of you amazing, sizzling fashionistas; korang boleh memiliki kaca mata koleksi KOMONO x Tom Eerebout ini di stor fizikal Time Zone Group yang terletak di Vernakular Store Bangsar; Time Zone Gallery Ampang; Time Zone IOI City Mall Putrajaya dan Time Zone SOGO Kuala Lumpur. Setiap satu dijual pada harga RM799.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Serangan jantung. Mendengarnya sahaja ramai sudah tahu apa kesudahannya jika tidak menerima rawatan awal. Serangan jantung terjadi apabila pengedaran darah dan oksigen ke jantung berkurangan, otot-otot jantung akan mulai melemah dan akan berhenti bekerja kerana kekurangan oksigen. Jika aliran darah tidak segera memasuki kawasan tersebut, akibatnya maut menanti.
Masa yang sama, kita sering diberitakan serangan jantung berlaku secara mendadak hingga membawa kematian tetapi sebenarnya pendapat itu kurang tepat. Untuk pengetahuan semua, tidak ada yang serta merta kerana enam bulan sebelum seseorang itu diserang penyakit jantung, tubuh sudah mulai memberikan tanda-tanda.
Antara enam tanda penyakit jantung yang akan dirasai antaranya ialah:-
Sakit Kepala Keterlaluan
Sakit kepala ekstrem merupakan salah satu tanda penyakit jantung. Setiap orang pasti pernah merasakan sakit kepala setelah melewati hari yang cukup memenatkan, namun jika anda merasakan sakit kepala terus menerus dan mudah penat, sangat dianjurkan untuk segera memeriksa ke rumah sakit. Sangat tidak normal jika anda cukup tidur di malam hari, makan teratur, tidak mudah lelah saat melakukan aktiviti fizikal namun mengalami sakit kepala terus menerus.
Gangguan pola tidur
Tanda penyakit jantung kedua ialah pola tidur yang tidak menentu. Gangguan pola tidur yang dialami seseorang merupakan cara alam bawah sedar yang seakan memberi tahu bahawa asda satu hal yang tidak betul pada tubuhnya. Sering terbangun di malam hari, sering buang air atau merasa sangat haus sepanjang malam, merupakan tanda penyakit jantung.
Gangguan pernafasan
Gangguan pernafasan sebagai tanda lain dari penyakit jantung terjadi di saat aliran oksigen yang mengalir menuju jantung mengalami masalah (tidak lancar). Kurangnya bekalan oksigen ke jantung menyebabkan seseorang bernafas dengan ritma lebih pendek.
Gangguan pencernaan
Tanda penyakit jantung lainnya ketika perut terasa bergejolak padahal tidak makan makanan makanan pedas atau masam.
Mudah cemas
Segera temui doktor jika belakangan ini anda merasa lebih mudah cemas bahkan untuk hal-hal kecil.
Tubuh mudah kebas / sesemut
Saat jantung tidak menerima cukup oksigen, maka akan mengakibatkan masalah pada tulang belakang. Saat tulang belakang mengalami masalah, saraf yang menghubungkan jantung, tulang belakang dan tangan akan terganggu. Jika anda merasa tangan mudah kebas atau sering kesemutan boleh jadi anda diserang penyakit jantung.
Sebenarnya, penyakit jantung dapat dijauhi dengan berbagai macam cara, termasuk diet, olahraga, mengambil suplemen bersesuaian (menurut saranan doktor) , mengambil suplemen mengandung zat besi hingga kepada i makanan yang kaya dengan lemak omega-3.
Sumber : Tempo.co
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pertandingan Miss Korea merupakan sebuah pertandingan ratu cantik yang tertua yang diadakan di Korea Selatan. Telah pun bermula sejak tahun 1957 pemenang pertandingan ini dahulunya dihantar untuk mewakili Korea Selatan di pentas Miss Universe dan Miss World.
Namun kini setelah kedua-dua francais tersebut dimiliki oleh organisasi lain, para pemenang Miss Korea sejak tahun 2016 telah dihantar untuk bertanding sama ada ke pertandingan Miss International atau Miss Earth.
Baru-baru ini, organisasi Miss Korea telah pengadakan pertandinganya untuk tahun ke-66. Dalam pertandingan tersebut, Lee Seung-hyeon,23, telah dinobatkan sebagai juara. Dia berjaya mengalahkan saingan 29 peserta lain yang datang dari seluruh pelusuk negara.
Gadis tinggi lampai ini merupakan pelajar di Universiti Korea dalam jurusan ekonomi dan sangat aktif sebagai pelajar.
Lee Seung Hyeon memperkenalkan dirinya sebagai trendsetter dan menjelaskan bahawa impiannya adalah untuk menjadi ketua pegawai eksekutif jenama fesyen global dan sedang berusaha untuk membangunkan nilai jenamanya sendiri melalui pelbagai aktiviti.
Dalam acara akhir yang dilangsungkan di Blue Square, Yongsangu, selain Seung-hyeon yang bergelar juara, Yoo Si Eun, 25, dari Jabatan Perkhidmatan Penerbangan di Universiti Yeonsung mendapat tempat kedua manakala Kim Go Eun, 22, dari Jabatan Penerbangan dan Kejuruteraan Aeronautik mendapat tempat ketiga.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tempat tinggal manusia sudah tentunya di rumah. Tapi korang tahu tak di mana makhluk halus tinggal?
Ramai yang kata rumah kosong atau lama ditinggalkan antara tempat disukai oleh makhluk halus ini. Selain itu biasanya mereka membentuk komuniti di muara sungai, kuala laut, gunung-ganang, hutan tebal, tanah perkuburan termasuklah di pokok-pokok besar.
Muara sungai menjadi tempat kesukaan makhluk halus menetap – Gambar sumber internet
Tahu tak, ada lima spesis pokok menjadi kegemaran makhluk misteri ini “melepak” atau bertenggek. Awas bila lalu di tepinya. Cuba semak pokok manakah yang berdekatan dengan tempat tinggal korang dan pernah tak alami kejadian misteri bila lalu di bawahnya?
Bacakan juga perkongsian dari Pak Din, 79 tahun yang pernah mendirikan rumah di bawah pokok pulai selama enam tahun hingga lekat gelarannya dengan panggilan Pak Din Pulai. Beliau yang juga seorang penggali kubur di Bukit Kerinchi C2, Pantai Dalam berkongsi mengenai spesis-spesis pokok yang sering menjadi tumpuan makhluk halus menenggek.
Pokok Pulai
Pokok Pulai yang tumbuh di tanah perkuburan Islam Bukit Kerinchi C2
Pokok ini boleh hidup lebih dari 100 tahun. Yang ada di tanah perkuburan tempatnya menggali sekarang sebanyak tiga batang dan berusia lebih 100 tahun. Kiranya sejarah Pantai Dalam lebih kurang sama dengan “nyawa” pokok pulai ini.
Ada lubang yang kekal misteri di pangkalnya. Lubang itu mampu tembus pandang dari arah hadapan, seperti dikorek di batangnya yang tegak tinggi. Bila pembakaran sampah dilakukan, asapnya naik hingga ke puncak. Misterikan!
Lubang di pangkal pokok pulai ini mencetuskan pertanyaan- Pak Din
Tidak seperti pokok lain perlu ditanam, pokok pulai tidak tumbuh sembarangan tempat ya. Dalam hutan tak ada sama sekali. Ia banyak dijumpai di tanah-tanah perkuburan sahaja.
Dengan ketinggian lebih 30 kaki hingga pihak Bomba pernah menolak untuk menebangnya, kata Pak Din, ada orang kampung pernah terlibat kuda putih terbang melintasi puncak pokok ini.
“Saya tak diberi keizinan melihat. Tapi kalau mereka menipu, tipulah juga saya. Tapi seperti dihebohkan, begitulah,” katanya yang punya banyak pengalaman hidup.
Kalau pokok beringin menjadi lokasi hantu suka bertenggek, pokok pulai ini khabarnya hanya disukai jin Islam sahaja.
“Pernah satu kejadian zaman dahulu, ada anak jiran yang mahu membuang air kecil di pangkal pokok. Namun dia terpandang lelaki tua berjanggut panjang di hadapannya. Ada juga mereka terjumpa lelaki berserban. Kata orang mereka itu jin islam dan tak suka pada kekotoran. Sebab itulah bila ada yang ingin buang air besar atau kecil di pangkalnya, makhluk ini memunculkan diri.
Sama seperti spesis pokok lain, pokok pulai akan berdaun, berbuah dan berbunga.
“Bila daun gugur, maka pokok akan mulai berbuah diikuti berbunga. Burung-burung suka makan buahnya yang panjang-panjang itu. Buahnya kelihatan seperti kacang botol nipis,” katanya sambil menunjukkan pangkal pokok yang tembus pandang itu.
Pokok Beringin
Sebagai orang lama yang punyai banyak pengalaman ditambah tugasnya sebagai penggali kubur, kata Pak Din, pokok beringin sangat disukai oleh spesis hantu Pontianak. Kata orang, akar-akar pokok beringin ini menjadi “mainan buaian” kepada Cik Ponti ini yang menanti untuk menyakat orang yang lalu lalang di kawasan sekitarnya.
Cik Ponti sukakan menetap di pokok Beringin – Gambar sumber internet
Pokok beringin memang banyak ditanam di negara kita. Paling banyak di tepi Muzium Negara di ibu kota kerana ia mampu meneduhkan kawasan. Ada yang besar tetapi banyak juga telah ditut untuk mencantikkan kawasan di tepi-tepi jalan.
Nak kenal pokok ini pun mudah saja. Akarnya kelihatan berjuntai-juntai hingga ke tanah. Nak tanam pun mudah, ambil dahannya sedikit, cucuk di tanah. Biarkan begitu saja. Selepas tu, pokok ini akan membesar dengan sendiri tanpa perlu dibaja. Tapi kalau korang takut terserempak Cik Ponti menyanyi-nyanyi, abaikan sajalah tanaman ini ya.
Pokok Ara
Spesis pokok ini disebut juga sebagai ficus merupakan genus untuk kira-kira 800 spesis pokok berkayu, pokok renek dan pokok menjalar dalam family Moraceae.
Tahu tak, pokok ara ini biasa jadi tempat pemujaan orang nak minta nombor ekor, tempat buang saka, pemujaan dan banyak lagi. Tak tahulah kalau ada yang cuba buang anak di sini.
Pokok Ara menjadi “penginapan tetap” makhluk halus- Gambar sumber internet
Sebab itulah, hantu jenis langsuir, Pontianak dan hantu tinggi sering menjadikan pokok Ara sebagai rumah mereka
Pokok Bunga Cempaka
Michelia alba atau lebih dikenali dengan nama Cempaka putih adalah sejenis pokok berkayu yang biasanya tumbuh di hutan dengan ketinggian mencapai hingga 30 meter. Cempaka memiliki tiga spesis dengan warna bunga yang berbeza iaitu warna putih, warna kuning dan warna merah. Daun cempaka putih mempunyai permukaan yang licin.
Ini bunga cempaka putih yang menarik kehadiran tuan puteri jelita
Pokok bunga Cempaka ini biasanya dikaitkan dengan kehadiran tuan puteri yang cantik jelita, Tuan Puteri Cempaka Sari yang berpakaian serba putih labuh menutup kaki. Kehadirannya dapat dikesan dengan bau semerbak wangi. Jadi kalau terhidu, kompom bulu roma tegak berdiri.
Pokok cempaka kuning yang tumbuh meliar di hutan
Pokok Harum Sundal Malam
Awas jangan terpedaya dengan wanita berwajah cantik, berambut panjang hingga ke pinggang. Senyumannya manis sangat memikat hati. Tapi kalau pandang ke bawah, anda akan dapati, tubuhnya di awang-awangan tanpa kaki. Itulah Cik Pontianak yang suka mendekati Pokok Harum Sundal Malam.
Bunga harum sundal malam yang wangi menarik perhatian Cik Ponti – pix sumber internet
So hati-hatilah ya. Bukan nak takut-takutkan tapi kena terserempak, paling penting jangan lupa sebut nama Allah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Program MamaKerja Selangor menerima tambahan peruntukan RM5 juta menjadikan jumlah keseluruhan RM10 juta bagi membantu 10,000 ibu bekerja menampung kos penjagaan anak.