
Propaganda Israel tular di media sosial selepas aktivis kemanusiaan Nadir Al Nuri mendedahkan video yang cuba memburukkan imej sukarelawan Misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan semalam. Pendedahan tersebut bukan sahaja mencetuskan perdebatan hangat, malah menarik perhatian rakyat Malaysia apabila kelibat Heliza Helmi dan adiknya, Hazwani Helmi, dipercayai muncul dalam rakaman tahanan itu.
Difahamkan, semua aktivis flotilla yang ditahan telah dibawa ke pelabuhan Ashdod, Israel, dan pasukan peguam GSF kini sedang berhubung dengan mereka. Walau bagaimanapun, tindakan tentera Israel menayangkan video propaganda dengan melabel sukarelawan sebagai “penggan*s” nyata mengundang kecaman.
Nadir Al Nuri Sifatkan Propaganda Sebagai “Try Hard”

Menerusi hantaran di Instagram, Nadir Al Nuri menegaskan bahawa tuduhan Israel hanyalah cubaan terdesak untuk mencemar nama baik misi kemanusiaan. Beliau menyifatkan usaha itu sebagai “try hard” kerana seluruh dunia sedia maklum bahawa flotilla hanya membawa bekalan makanan, ubat-ubatan dan bantuan asas ke Gaza.
Hakikatnya, para aktivis yang terlibat terdiri daripada doktor, wartawan, pendakwah, selebriti serta sukarelawan biasa. Mereka sama sekali tidak bersenjata, sebaliknya mempertaruhkan nyawa demi membantu rakyat Palestin yang berdepan krisis kemanusiaan.
View this post on Instagram
Kelibat Heliza & Hazwan Helmi Jadi Tumpuan
Lebih mengundang sebak, video propaganda itu turut menampakkan wajah-wajah tahanan yang duduk beramai-ramai di lantai simen. Ramai netizen percaya salah seorang daripadanya ialah Heliza Helmi bersama adiknya Hazwan Helmi. Kelibat mereka pantas mencuri perhatian, sekali gus membuatkan doa dan solidariti netizen Malaysia semakin kuat membanjiri media sosial.
Nama “Heliza” dan “Hazwan” juga trending di platform X sejak malam tadi, dengan ramai anak muda meluahkan rasa bangga serta mendoakan keselamatan pasangan aktivis selebriti itu.

Solidariti Netizen Malaysia
Di ruangan komen, warganet sepakat mengecam propaganda Israel yang disifatkan sebagai tidak masuk akal. Malah, ramai menyeru kerajaan Malaysia dan komuniti antarabangsa agar lebih lantang mendesak pembebasan semua aktivis yang ditahan.
Apa yang pasti, isu ini bukan sahaja mencetuskan kemarahan global, tetapi juga menyedarkan generasi muda tentang pentingnya solidariti kemanusiaan. Kehadiran selebriti seperti Heliza dan Hazwan dalam misi ini jelas memberi inspirasi bahawa anak muda juga mampu memainkan peranan besar dalam memperjuangkan keadilan.
BACA LAGI : Tentera Hampiri, Telefon Dilempar ke Laut – Live Terakhir Ardell Aryana Sebelum Ditahan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

