KWSP Benarkan Pencarum Terkesan Keluarkan Wang Akaun 1 Tapi Kena Bayar Balik?

Share

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akhirnya akur dan membuat keputusan dalam isu pengeluaran Akaun 1 yang hangat diperkatakan rakyat Malaysia baru-baru ini.

Bermula dengan sekadar cadangan serta desakan daripada beberapa pihak, KWSP telah mengumumkan pencarum yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan, cuti tanpa gaji dan terbabit dalam sektor tidak formal berpeluang memohon pendahuluan sehingga RM60,000 daripada Akaun 1.

Sumber : Twitter Buletin TV3.
Sumber : Twitter Buletin TV3.

Menurut syarat yang ditetapkan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias, ahli yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 di bawah RM90,000 boleh memohon pendahuluan sebanyak RM9,000 dengan amaun pendahuluan sebanyak RM4,000.

Sementara itu, ahli yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 melebihi RM90,000 akan berpeluang mengeluarkan 10% daripada jumlah simpanan dengan jumlah maksimum RM60,000. Menerusi iniasiatif yang dinamakan sebagai i-SINAR, dilaporkan seramai dua juta ahli akan menerima manfaat ini dengan anggaran jumlah bernilai RM14 bilion.

Perlu dibayar semula?

Untuk pengetahuan anda, KWSP akan memberikan pendahuluan kepada ahli yang terjejas. Walau bagaianapun, jumlah yang diberikan itu perlu dibayar semula apabila mereka sudah mendapat pekerjaan dan mula kembali mencarum.

Sumber : Twitter Buletin TV3.

Mengulas daripada kaedah pemberian, difahamkan KWSP akan mengkreditkan jumlah yang dipohon pencarum yang terkesan secara berkala selama enam bulan sementara menantikan pemohon mendapatkan pekerjaan baharu.

Rata-rata warganet meluahkan rasa syukur dengan bantuan dari kerajaan ini.

Semoga berita ini mampu memberikan keceriaan kepada korang yang terjejas dengan pandemik Covid-19 ini.

Sumber : Twitter Sumber : Twitter Buletin TV3 dan Berita Harian

IKLAN