Kunjungan Mesra DBP Ke Ideaktiv

Share

Bahasa itu jiwa bangsa!

Menjulang Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda sememangnya satu tugas yang sangat penting seorang wartawan baik di dunia percetakan ataupun digital. Kami di Remaja juga tidak lari dari segi tugas untuk mendidik dengan memberikan kandungan terbaik kepada jutaan pembaca di luar sana.

Dalam keriuhan dan rancaknya penggunaan media sosial kini, jangan pula kita lupa untuk mengamalkan penggunaan Bahasa Melayu dengan betul. Hari ini Nu Ideaktiv Sdn Bhd, telah menerima kunjungan mesra dari bahagian penguatkuasaan Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Diskusi yang berlangsung selama lebih kurang sejam mengetengahkan isu penggunaan Bahasa Melayu dengan betul dari segi tatabahasa dan penggunaan perkataan yang sesuai untuk digunakan dalam penulisan. Banyak input-input menarik yang diperolehi dan semestinya akan diterapkan dalam setiap aspek penulisan di majalah-majalah milik Nu Ideaktiv Sdn Bhd.

Wakil DBP (bertudung hijau muda) Bersama CEO Nu Ideaktiv, En Syamil Fahim dan juga editor-editor pengurusan Nu Ideaktiv.

Siapa lagi yang hendak memartabatkan Bahasa Melayu kalau bukan kita sebagai rakyat Malaysia bukan?

IKLAN