Berita baik untuk gadis-gadis Malaysia yang ingin mencipta nama dan menembusi pasaran dunia hiburan di Jepun!
Kumpulan idol terkenal Jepun, AKB48 kini sedang melancarkan peluang uji bakat di Kuala Lumpur untuk mencari ahli baru generasi kedua kumpulan subsidiary mereka, KLP48 yang dinamakan sebagai Bloom.
Uji bakat ahli baharu Bloom ini telahpun dibuka sejak 1 Julai lalu sehingga 1 Ogos 2025 nanti di mana peserta yang berminat perlulah menghantar video berdurasi makmimum 90 saat di laman web rasmi KLP48.
Apa yang perlu korang tampilkan adalah bakat nyanyian atau tarian atau kedua-duanya untuk menarik perhatian juri kelak. Jangan lupa juga untuk mengisi butiran peribadi dan menyertakan dokumen yang diperlukan.
Ahli kumpulan KLP48.
Uji bakat Bloom ini terbuka kepada gadis-gadis berusia 13 hingga 23 tahun tanpa mengira warganegara. Sekiranya permohonan korang disenarai pendek, korang akan dijemput menghadiri sesi saringan secara bersemuka di Kuala Lumpur pada 23 dan 24 Ogos 2025.
Ads
Manakala pusingan terakhir uji bakat pula dijadualkan berlangsung pada 6 dan 7 September.
Untuk pengetahuan korang, kumpulan KLP48 merupakan salah satu daripada 10 kumpulan subsidiary AKB48.
Ads
Sejak ditubuhkan setahun yang lalu, kumpulan yang diuruskan oleh syarikat 48 Entertainment Sdn Bhd ini menyertai sembilan kumpulan subsidiary lain termasuklah JKT48 di Jakarta, BNK48 di Bangkok, MNL48 di Manila, AKB48 Team SH di Shanghai, AKB48 Team TP di Taipei, SGO48 di Ho Chi Minh City, CGM48 di Chiang Mai, DEL48 di Delhi dan MUB48 di Mumbai.
Menariknya, KLP48 berjaya mencipta populariti luar biasa apabila beberapa ahlinya dijemput membuat persembahan di Jepun. Malah, naungan AKB48 yang telah memasuki tahun ke-20 baru-baru telah diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai ‘Kumpulan Pop Terbesar Di Dunia’.
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun sudah lama aktif dalam dunia lakonan dan kerap muncul dalam drama bersiri di televisyen yang penuh dengan kesan, namun tidak ramai yang tahu cerita sebenar tentang Aleza Shadan atau nama sebenarnya Norhasliza Shadan, berusia 46 tahun. Terutamanya mengenai keluarga dan anak-anaknya.
Perkongsian pelakon jelita ini yang memuat naik gambar anak perempuan sulungnya di media sosial baru-baru ini meraih perhatian peminat dan warga maya.
Mana tidaknya, bukan hanya mereka bangga melihat kejayaan anak selebriti berkenaan yang berjaya menceburi bidang penerbangan. Malah, rupa paras gadis bernama Elissa Haziqah itu turut mendapat pujian.
Rata-rata peminat aktres drama My Famous Ex-Boyfriend ini beranggapan Elissa mewarisi kecantikan ibu tersayang.
Selain Ellisa, Aleza atau nama sebenarnya Norhasliza Shadan turut mempunyai seorang lagi anak Perempuan iaitu Elliana Hazirah.
Melihat wajah puteri kesayangan Aleza, tak hairanlah kedua-duanya cantik. Tengok saja ibu mereka yang tetap anggun dan bergaya biarpun sudah meniti usia 48 tahun. Kalau bergambar dengan anak-anak nampak macam adik-beradik.
Moga kejayaan Ellisa menjadi ikutan remaja di luar sana dan menjadi kebanggaan ibu bapa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jika korang pelik mengapa keadaan trafik di Brickfields Kuala Lumpur agak sesak bermula Isnin lalu hinggalah hari ini, korang tak keseorangan.
Ini kerana hari ini menandakan perayaan bulan ke-sepuluh dalam kalendar Tamil, yang lebih popular dengan gelaran Pesta Ponggal.
Masyarakat India menyambutnya kerana tarikh ini dianggap membawa tuah. Lalu mereka akan menyediakan nasi manis (Ponggal) dan memuja Dewa Matahari, Bumi dan Lembu.
Pesta Ponggal sebenarnya telah bermula sejak semalam dengan sambutan Bhogi.
Ia adalah amalan membakar barang lama dan lusuh yang mereka miliki. Rumah juga turut dibersihkan sebagai simbol permulaan baru kepada bulan mulia mereka..
Pada hari ini pula, pengunjung berbangsa India memenuhi ‘lokasi wajib’ seperti Little India di Klang dan Brickfields di Kuala Lumpur yang ingin membeli periuk tanah, tebu, susu dan daun kunyit untuk membuat persediaan saat-saat terakhir bagi meraikan pesta Ponggal.
Disebabkan itulah, keadaan trafik pada hari ini di dua lokasi itu agak sesak. Malah jika korang melihat di kiri-kanan simpang jalan, masyarakat India juga dilihat menyarungkan pakaian tradisional untuk merayakannya.
Apapun, REMAJA ucapkan selamat menyambut Pesta Ponggal kepada masyarakat India di seluruh negara!
Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah menjadi kebiasaan peminat K-Drama apabila mereka sering menantikan drama-drama terbaru yang bakal ditayangkan setiap bulan.
Untuk bulan Ogos ini, ada lebih kurang 9 buah drama Korea terbaru yang akan ditayangkan.
Let’s check this out!
1. Do You Like Brahms?
Drama terbaru SBS ini dibintangi oleh Kim Min Jae dan Pak Eun Bin yang menceritakan tentang kehidupan seorang pelajar yang meminati bidang muzik. Park Joon Young mula bermain piano semasa beliau berusia 6 tahun. Beliau memenangi pertandingan terkemuka di negara sebelum meneruskan pertandingan di seluruh dunia.
Manakala, Chae Song Ah, seorang senior kolej yang mengambil bahagian dalam persembahan biola. Setelah menamatkan pengajiannya dalam jurusan perniagaan, dia memasuki universiti yang sama sekali lagi untuk pergi ke sekolah muzik selepas empat kali mencuba dan dia berumur tujuh tahun lebih tua daripada rakan sekelasnya. Walaupun berbeza umur, dia tekad untuk meneruskan impiannya.
2. Forest of Secrets 2
Drama yang menggantikan It’s Okay Not To Be Okay menceritakan tentang hubungan yang berlawanan pihak pendakwa dan polis dalam menangani kes. Musim pertama drama ini telah ditayangkan pada tahun 2017 dan kali ini Hwang Si-mok (Cho Seung-woo) dan Hany Yeo-Jin (Bae Doo-na) bergabung tenaga untuk menangkap pembunuh bersiri dan membongkarkan rasuah yang berlaku secara senyap dalam pejabat pendakwaraya tersebut.
3. Lonely Enough To Love
Drama ini berkisarkan tentang Cha Kang-woo (Ji Hyun-woo), seorang pakar psikiatri dan mempunyai personaliti unik, manakala Lee Na-Eun (Kim So-Eun) ialah seorang editor freelancer yang sudah 4 tahun tidak bercinta.
Dalam kehidupan zaman sekarang seakan sudah menjadi trend untuk individu berusia 20 hingga 30 tahun memilih kehidupan bujang. Namun, mereka tidak mahu rasa kesepian.
4. SF8
Drama ini menceritakan tentang manusia yang mengimpikan kehidupan sempurna melalui kemajuan teknologi. SF8 terdiri daripada lapan episode, termasuklah SF8: The Prayer’, ‘SF8: Blink’, ‘SF8: Joan’s Galaxy’, ‘SF8: Manxin’, ‘SF8: White Crow’, ‘SF8: Love Virtually’, ‘SF8: Baby It’s Over Outside’ dan ‘SF8: Empty Body’.
Drama ini membawa pelbagai kisah daripada subjek berbeza seperti kecerdasan buatan (AI), realiti berperantara (AR), reality maya (VR), robot, permainan, fantasi, seram, kuasa luar biasa dan bencana alam.
5. When I Was Prettiest
Mengisahkan tentang cinta segitiga antara Oh Ye Jin (Lim Soo Hyang) dan dua beradik Seo Hwan (Ji Soo) dan Seo Jin (Ha Seok-Jin). Seo Hwan jatuh cinta pada Oh Ye-Jin pada pandangan pertama, malangnya dia harus bersaing dengan abangnya bernama Seo Jin. Apakah kesudahan drama ini?
6. Love Alarm 2
Drama original daripada Netflix ini sudah pun muncul dengan musim kedua. Mungkin ramai yang tidak sabar untuk melihat pengakhiran cinta tiga segi antara Kim Jo Jo (Kim So Hyun), Lee Hye Young (Jung Ga Ram) dan Hwang Sun O (Song Kang), apakah yang akan terjadi kepada mereka?
7. Do Do Sol Sol La La Sol
Mengisahkan tentang Goo Ra-Ra (Go Ara) seorang pemain piano yang menjadi muflis dan kehilangan segala-galanya. Ia menyebabkan dia berasa sangat kecewa dengan situasi yang menimpa dirinya.
Manakala, Sun Woo-Joon (Lee Jae-Wook) adalah seorang yang tidak peduli dengan pendapat orang lain terhadapnya. Dia seorang yang bersemangat dan tidak mempunyai impian atau matlamat tertentu dalam hidupnya dan beliau menjalankan kerja sambilan.
Satu hari, mereka berdua terjumpa di sebuah akademi piano LaLa Land di sebuah bandar. Apakah yang berlaku seterusnya?
8. Missing: The Other Side
Drama bergenre misteri fantasi ini berlatarkan di sebuah kampung menempatkan roh-roh yang hilang ketika masih hidup. Drama ini menampilkan tiga watak utama, iaitu Kim Wook (Ko Soo) seorang lelaki tampan tetapi seorang lelaki yang melakukan penipuan untuk meneruskan kehidupan. Suatu hari, secara kebetulan dia tiba di Duon Village, yang mana tempat orang mati yang hilang berkumpul.
9. Alice
Park Jin-kyum (Joo Won) iaitu seorang detektif yang lahir tanpa kemampuan untuk mempunyai apa-apa emosi. Dalam usaha untuk menyelesaikan satu kes misteri, dia merupakan orang pertama yang mendapat tahu mengenai penggembara masa yang datang daripada masa depan menerusi alat bernama ‘Alice’.
Sambil bertarung dengan pelbagai insiden tidak dijangka disebabkan oleh kewujudan alat tersebut, dia bertemu semula dengan Yoon Tae-yi (Kim Hee-sun), seorang wanita yang sudah lama mati.
Nah, mesti korang dah tak sabar nak marathon semua drama-drama ni kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.