
Betul tak?
Orang kata, deria bau yang ada pada seseorang itu sudah cukup untuk membuatkan kita sukakannya atau menghindarinya. Betapa kuatnya peranan bau sehinggakan ramai lelaki yang ditinggalkan oleh pasangan masing-masing hanya disebabkan bau.
Sama ada bau badan/wangian korang tak disenangi oleh pasangan, ataupun pasangan lebih tertarik dengan bau badan/wangian lelaki lain, that is debatable.
![[KUIZ] Perfume Buatkan Lelaki Lebih 'Seksi'? Wangian Sesuai Untuk Kamu Ialah.. 6 [KUIZ] Perfume Buatkan Lelaki Lebih ‘Seksi’? Wangian Sesuai Untuk Kamu Ialah..](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2019/07/david-12.gif)
Apa yang penting, wangian sebenarnya membantu seorang lelaki untuk meluahkan siapakah dirinya yang sebenar tanpa perlu berkata apa-apa.
Pada pelancaran koleksi David Beckham Fragrances baru-baru ini, penulis sempat bertanya kepada 4 orang selebriti lelaki Malaysia tentang wangian pilihan masing-masing. Antaranya termasuklah Azwan Kombos, Ryzal Jaafar, Ikmal Amry dan Faeez Fadhlillah.
![[KUIZ] Perfume Buatkan Lelaki Lebih 'Seksi'? Wangian Sesuai Untuk Kamu Ialah.. 7 [KUIZ] Perfume Buatkan Lelaki Lebih ‘Seksi’? Wangian Sesuai Untuk Kamu Ialah..](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2019/07/6.-L-R-Azwan-Kombos-Ryzal-Jaafar-Ikmal-Amry-Faeez-Fadhililah-posing-with-their-David-Beckham-Fragrance-of-choice.jpg)
Apakah wangian yang paling dekat dengan personaliti korang? Jom jawab kuiz ringkas di bawah.
Dah tahu?
![[KUIZ] Perfume Buatkan Lelaki Lebih 'Seksi'? Wangian Sesuai Untuk Kamu Ialah.. 8 [KUIZ] Perfume Buatkan Lelaki Lebih ‘Seksi’? Wangian Sesuai Untuk Kamu Ialah..](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2019/07/david-11.gif)
Sekiranya korang rasa jawapan tersebut mirip dengan personaliti sendiri, why not korang dapatkannya dan cuba sendiri.
Wangian EDT Instict dan EDT Homme dijual pada harga RM159.90 (75ml). Manakala wangian EDT Respect dan Classic dijual pada harga RM189.90 (90ml).
![[KUIZ] Perfume Buatkan Lelaki Lebih 'Seksi'? Wangian Sesuai Untuk Kamu Ialah.. 9 [KUIZ] Perfume Buatkan Lelaki Lebih ‘Seksi’? Wangian Sesuai Untuk Kamu Ialah..](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2019/07/5.-L-R-Azwan-Kombos-Ryzal-Jaafar-Ikmal-Amry-Faeez-Fadhililah-showcasing-the-4-distinct-fragrances-by-David-Beckham-Instinct-Homme-Respect-and-Classic.jpg)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
The Rock Dah Tak ‘Sado’? Penampilan Terbaru Buat Peminat Terkejut!

Siapa yang tak kenal dengan Dwayne “The Rock” Johnson, aktor Hollywood yang selama ini cukup ikonik dengan tubuh sasa, otot padu dan gaya macho. Namun, penampilan terbarunya di Venice Film Festival 2025 benar-benar buat ramai terkejut!
Bukan lagi ‘sado’ seperti dulu, The Rock kini tampil dengan tubuh yang lebih ramping dan fit seperti seorang atlet. Ramai peminat tak sangka perubahan ini kerana selama ini imej The Rock memang sinonim dengan otot besar yang seakan mustahil untuk “hilang”.

Menurut laporan, bintang berusia 53 tahun itu berjaya menurunkan hampir 27 kilogram, daripada 136 kilogram kini menjadi sekitar 108 kilogram. Menariknya, transformasi ini dilakukan dengan cara yang sihat, penuh disiplin dan semangat tinggi.
Demi Watak Baharu Dalam Filem
Rupa-rupanya, perubahan drastik ini dibuat untuk memenuhi tuntutan watak dalam filem terbarunya, The Smashing Machine. Dalam filem tersebut, The Rock membawakan kisah hidup legenda MMA, Mark Kerr. Untuk lebih realistik, beliau sanggup mengorbankan imej ‘sado’ dan menggantikannya dengan tubuh yang lebih ringan serta atletik.
“Ini adalah transformasi yang ingin saya lakukan sejak dulu. Selepas sekian lama, saya berfikir apa lagi yang boleh saya lakukan? Bagaimana dengan penampilan dan arah saya? Saya mahu lakukan sesuatu yang lebih jauh, dan saya mendapatkannya,” katanya kepada The Hollywood Reporter.

Jadi Inspirasi Untuk Remaja
Walaupun mengejutkan, perubahan The Rock sebenarnya memberi inspirasi kepada ramai, khususnya anak muda. Ia membuktikan bahawa penampilan fizikal boleh berubah mengikut keperluan dan tujuan, tetapi yang paling penting ialah disiplin, fokus dan keberanian untuk keluar daripada zon selesa.
The Rock yang terkenal dengan francais Fast & Furious sekali lagi menunjukkan profesionalismenya apabila sanggup mengubah gaya hidup demi filem. The Smashing Machine dijangka akan ditayangkan pada Oktober ini, dan ramai peminat tak sabar untuk melihat bagaimana transformasi besar ini memberi impak kepada lakonannya.
BACA LAGI : ‘The Rock’ Lakukan Terapi Bekam, 4 Kebaikan Kaedah Ini Untuk Tubuh Badan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cara Buat Link WhatsApp ‘Direct Message’, Baru La Senang Nak Berniaga Online

Situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia sekarang menyebabkan hampir seluruh ekonomi dunia terkesan dan ramai individu yang hilang pekerjaan serta tidak mempunyai pendapatan bagi mereka yang berniaga sendiri.

Dalam usaha kita mencari wang yang halal dan mudah, ramai yang membuka bisnes secara online sama ada penjualan produk, menjadi ejen dan sebagainya.
Perniagaan atas talian ini juga memerlukan penggunaan aplikasi WhatsApp untuk memudahkan bisnes mereka.

Ramai yang kini menyebarkan info niaga mereka di laman sosial dan bagi memudahkan pelanggan untuk menghubungi lanjut peniaga tanpa perlu menyimpan nombor amatlah penting buat masa sekarang.
Kami kongsikan bagaimana cara untuk anda membuat link WhatsApp, yang mana cara ini anda pelanggan hanya perlu tekan link yang diberi tanpa perlu menyimpan nombor dan paling penting urusan sebegini amatlah menyenangkan.
Cara buat link WhatsApp untuk Direct Message
Kaedah pertama:

.
1. Salin dan tampal link dibawah dengan menukarkan nombor telefon yang anda guna:
http://www.wasap.my/60123456789
2. Pastikan kod nombor 6 perlu ada sekali.
3. Boleh tambah sedikit ayat di belakang nombor supaya kita boleh tahu dari mana orang yang mesej dapat nombor telefon kita.
4. Caranya, hanya perlu tambah ” /ordertudung ”
http://www.wasap.my/60123456789/ordertudung
5. Kemudian, bolehlah letak link yang dibuat tadi di mana-mana media sosial yang anda iklankan perniagaan.
6. Mereka yang tekan link tersebut akan terus direct begini:
Kaedah kedua:
Cara begini pula untuk anda yang tidak mahu mendedahkan nombor telefon anda. Anda boleh gunakan bitly.com iaitu laman web untuk singkatkan sesuatu link.

.
1. Salin link WhatsApp yang kita edit seperti kaedah pertama tadi dan tampal di ruang yang disediakan di laman web bitly.com
2. Kemudian, tekan butang ‘SHORTEN’ untuk dapatkan URL yang sudah disingkatkan.
3. Link baharu yang diberikan itu anda klik ‘COPY’. Seterusnya, bolehlah salin di mana-mana ruangan iklan media sosial anda.
Senang kan ?
Harap sedikit sebanyak dapat membantu korang yang baru memulakan perniagaan atas talian ini.
Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keluarga Gagal Saman SIC Selepas Anak Maut Ketika Berlumba Di Litar Sepang

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman yang difailkan sepasang suami isteri terhadap penganjur sukan permotoran, Sepang International Circuit Sdn. Bhd. (SIC) kerana didakwa cuai sehingga menyebabkan kematian anak mereka Muhammad Izzat Mohd Abdul Hakim, pelumba pada Kejuaraan Motosikal Super Siri Malaysia (MSS), lima tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah menolak saman yang difailkan Mohd Abdul Hakim Embong dan Norhaidah Mohd Noor dan memerintahkan mereka membayar kos berjumlah RM14,000 kepada SIC serta defendan kedua, syarikat permotoran, AAM Motorsports Sdn. Bhd.
Dalam penghakiman ringkasnya, Tun Abd Majid berkata kemalangan yang mengorbankan nyawa Muhammad Izzat bukan disebabkan kecuaian mana-mana pihak tetapi disebabkan ‘error of judgment’ (kesilapan perkiraan).
“Tidak dinafikan sukan permotoran terdedah kepada kemalangan dan risiko, maka semua pihak yang terlibat dalam perlumbaan ini sedar akan perkara ini dan bersedia menanggung segala kemungkinan.
“Sungguhpun mahkamah bersimpati atas kematian anak plaintif, namun berdasarkan keterangan (saksi), mahkamah mendapati kemalangan bukanlah berpunca daripada kecuaian pihak defendan,” katanya.

Pasangan suami isteri itu yang hadir di mahkamah, diwakili peguam Jefri Jaafar sementara SIC diwakili peguam Muhammad Syafiq Salleh dan AAM Motorsports diwakili peguam Mallika Lee.
Jefri ketika ditemui pemberita selepas prosiding berakhir berkata pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan dalam tempoh sebulan selepas meneliti penghakiman lengkap kes itu.
Muhammad Syafiq pula ketika diminta menjelaskan “kesilapan perkiraaan” itu berkata keadaan itu berlaku ketika motosikal yang dipandu Muhammad Izzat berlanggar dengan seorang marsyal bendera, S. Satish, 44, yang turut maut dalam kemalangan itu.
“Ketika motosikalnya terbabas, Muhammad Izzat cuba mengelak Satish dan pada masa sama Satish pun cuba mengelak tetapi mereka berdua mengelak dengan bergerak ke arah yang sama sehingga berlaku kemalangan,” katanya yang turut menzahirkan rasa simpati terhadap pihak plaintif atas kematian anak mereka.


Dalam pernyataan tuntutan saman yang difailkan pada 2016, pasangan suami isteri itu mendakwa Muhammad Izzat, 17, yang merupakan pelumba motosikal di bawah Projek SIC Ninja Junior, telah menyertai perlumbaan di bawah kategori Kawasaki Ninja 250R Cup di Litar Antarabangsa Sepang pada 21 September 2013.
Mereka berkata semasa perlumbaan itu, Muhammad Izzat terlibat dengan kemalangan apabila motosikalnya terbabas dan melanggar Satish, yang berada di kawasan litar itu di garisan penamat.
Akibat pelanggaran itu, Satish meninggal dunia di tempat kejadian manakala Muhammad Izzat berada dalam keadaan koma dan meninggal dunia lima hari kemudian.
Pasangan itu mendakwa defendan pertama telah gagal atau cuai menyediakan pegawai perubatan yang cekap dan berpengalaman di litar perlumbaan untuk memberikan rawatan dan bantuan perubatan semasa berlaku kecemasan.
Mereka juga mendakwa defendan pertama dan kedua telah gagal atau cuai dalam memastikan tiada halangan atau individu berada di kawasan garisan penamat pada masa litar tersebut digunakan sepenuhnya oleh pelumba.

Selain itu, defendan juga didakwa gagal mematuhi peraturan dalam sukan permotoran terutamanya membabitkan kedudukan marsyal bendera ketika perlumbaan.
Plaintif menuntut ganti rugi khas, am, teruk dan teladan serta kos guaman dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. – BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

