[KUIZ] Ahli BLACKPINK Yang Mana Ikut Personaliti Korang?

Share

 

Grup kesayangan YG Entertainment ini mula debut pada tahun 2016. Dan sejak dari itu, BLACKPINK yang dianggotai Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa tidak menoleh ke belakang lagi.

Satu persatu single mereka pantas menjadi tular di laman media sosial. Malah jumlah muzik video mereka yang bertajuk ‘Ddu-du Ddu-Du’ telah mencipta rekod MV K-pop mendapat jumlah view

paling banyak dalam masa sehari!

Pada bulan Jun yang lalu, BLACKPINK memperkenalkan album mini debut mereka yang bertajuk ‘Square Up’. Ia juga mendapat sambutan sangat baik di Amerika Syarikat apabila berjaya menduduki tempat ke-40 Carta Billboard 200. Ia sekaligus menjadi mereka sebagai grup wanita Korea pertama mencatat kedudukan tertinggi dalam carta tersebut.

Setiap ahlinya mempunyai personaliti, gaya dan kelebihan masing-masing. Peminat mereka yang menggelarkan diri sebagai BLINK pastinya ada pilihan’bias’ masing-masing.

Bagaimana pula dengan kamu? Siapakah ahli BLACKPINK yang paling sesuai dengan personliti kamu? Jom try kuiz istimewa dari REMAJA di bawah!

IKLAN