
Tingga 2 hari saja lagi sebelum kita ucapkan selamat tinggal 2018!
Macam kebiasaan, ramai yang tak sabar untuk menantikan kehadiran tahun baru. Semester baru, Tingkatan baru, job promotion baru.. love!
Apabila melangkah masuk ke tahun baru juga, perkara paling popular yang diperkatakan oleh semua orang adalah azam tahun baru masing-masing. Kalau tak, kita ni ibarat berjalan tanpa arah tuju.
Korang setuju? Atau korang lebih suka untuk hanya go with the flow seperti tahun-tahun sebelumnya? Cer ambil kuiz di bawah dan lihat result masing-masing.
Jadi, result korang adalah…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dari Perkampungan Nelayan Ke Nadi Ekonomi, Pasir Gudang Kini Bergelar Bandaraya.

Johor Darul Takzim sememangnya sebuah negeri yang pesat membangun. Terbaru DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan mengisytiharkan Majlis Perbandaran Pasir Gudang dinaiktaraf menjadi Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
Pasir Gudang dahulunya dikenali sebagai sebuah perkampungan nelayan sebelum dibangunkan sehingga memiliki 500’000 orang kepadatan penduduk. Kini Pasir Gudang merupakan kawasan perindustrian terbesar di Malaysia sekaligus menjadi penyumbang utama kepada kepesatan pembangunan negeri Johor.
Watikah pemasyuran pengisytiharan MBPG diserahkan Baginda Tuanku Sultan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad di Istana Pasir Pelangi, Johor baru pada 22 November 2020. Turut berangkat sama ke majlis tersebut ialah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

SEJARAH PASIR GUDANG
Menurut kisah yang tertulis di portal Majlis Bandaraya Pasir Gudang, suatu ketika dahulu, Pasir Gudang hanyalah sebuah perkampungan nelayan.
Pada tahun 1918 kawasan Pasir Gudang (dahulu disebut Kampung Pasir Udang) telah diterokai oleh seorang yang bernama Long Abu yang dipercayai berasal dari Riau, Indonesia. Apabila penduduk Kampung Pasir Udang semakin bertambah, kampung-kampung berikut telah didirikan:-
1. Kampung Ulu (kini limbungan baik pulih MSE)
2. Kampung Tengah (kini kawasan Tenaga Nasional Berhad)
3. Kampung Hilir
4. Kampung Sungai Perembi. Balai Polis Pasir Gudang terletak di sini.
Penduduk kampung-kampung ini terdiri dari bangsa Melayu dan sedikit Cina, kesemuanya berjumlah 83 keluarga. Kebanyakan penduduk kampung ini bekerja sebagai nelayan, petani dan buruh ladang.
Pada tahun 1920, empat buah lagi kampung telah dibuka iaitu:-
1. Kampung Air Biru (kini menjadi tapak pelabuhan).
2. Kampung Pasir Merah (kini menjadi tapak pelabuhan).
3. Kampung Pasir Puteh, masih kekal sehingga sekarang.
4. Kampung Pulau Tekong, menjadi wilayah Singapura.
Secara tidak langsung nama Pasir Udang mengalami perubahan menjadi Kampung Pasir Gudang oleh kerana di Kampung Ulu terdapat lombong pasir untuk dieksport ke Singapura. Pasir-pasir yang telah dikumpul akan dilonggokkan dengan banyaknya di suatu tempat. Bertitik dari peristiwa itu maka timbulnya nama Pasir Gudang.
Pada pertengahan abad ke 19, peneroka berbangsa Cina dari suku Teochew telah meneroka lebih jauh ke daratan melalui jalan sungai yang dipenuhi kayu bakau untuk peladang.
Kegiatan mereka akhirnya diperakukan melalui ‘surat sungai’ yang dikeluarkan oleh Sultan Johor yang membenarkan mereka membangunkan kawasan Kangkar Masai, Kangkar Plentong dan Kangkar Lunchu di bawah ketua-ketua sungai yang dipanggil Kangchu. Di tebing-tebing sungai inilah mereka mengusahakan tanaman gambir dan lada hitam.
Inilah serba sedikit sejarah tentang Pasir Gudang yang memiliki sejarah panjang lebih seratus tahun lamanya. Semoga penduduk Pasir Gudang mendapat manfaat dari penaiktarafan.
Sumber: Facebook The Royal Johor & Portal Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecantikan Tengku Ratu, Anak Perempuan Que Haidar & Linda Jasmine Jadi Perhatian -“International Level Lawa Dia”

Puteri kesayangan pasangan seleberiti Que Haidar dan Linda Jasmine, iaitu Tengku Ratu sekali lagi tular kerana dikatakan memiliki kecantikan luar biasa.
Menerusi temu bual bersama REMAJA, Tengku Ratu yang lebih disapa sebagai Ratu memaklumkan dia menjadikan ibu bapanya sebagai contoh terbaik dalam hidupnya.
“Saya tak ada role model tetapi saya ada ibu bapa dan mahu membuat mereka bangga,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Artist At Play: Tengku Ratu Haidar Debut Di Pentas Teater Muzikal – Remaja Isu Digital Oktober 2024

Menarik perhatian REMAJA apabila menjengah ke ruangan komen adalah, rata-rata warganet memuji kecantikan yang dimiliki olehnya malah wajahnya dikatakan layak untuk menjadi model antarabangsa.
Selain dipuji cantik, Tengku Ratu kini berusia 15 tahun meraih pujian ramai kerana tidak terjebak dalam dunia media sosial sehingga terpalit dengan kontroversi kurang senonoh.
“Muka international model ini. Jadi model Victoria Secret sesuai sangat dengan muka dia yang cantik,” tulis seorang pengikut REMAJA.

“International level lawa dia. MasyaAllah,” komen lagi seorang pengikut.
“Saya terpegun tengok kecantikkan dia,” komen pengguna lain.
Selain itu, kepetahannya menjawab soalan dan kefasihannya dalam berbahasa Inggeris turut membuat ramai kagum dengan cara didikan ibu bapanya.
“Cantiknya, beauty with brain. Personalitinya yang merendah diri, pasti ibu bapanya bangga,” tulis seorang lagi.

Sekadar info, Linda dan Que mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 lalu dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ratu dan Cleopatra.
Untuk rekod, Linda juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Qalif Khan, 24, hasil daripada perkahwinan terdahulu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 Tahun Sebelum Dapat Genggam Ijazah, Pengorbanan Mun Yee Untuk Negara Akhirnya Terbalas

She is definitely a fighter!
Tempoh 10 tahun tentunya bukanlah satu tempoh yang singkat. Namun, itulah yang terpaksa dilalui oleh atlet terjun negara, Leong Mun Yee yang terpaksa mengambil masa 10 tahun sebelum berjaya menggenggam ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bahasa Moden dan Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
Mun Yee, 32, hakikatnya bukanlah saja-saja ingin menangguh pengajiannya hingga berlarutan selama 10 tahun. Namun, dek kerana pengorbanannya untuk sukan terjun Malaysia, Mun Yee terpaksa mengimbangi antara sukan dan pelajaran.
Dalam tempoh tersebut, seharusnya Mun Yee berpuas hati dengan pencapaian cemerlangnya dalam arena sukan terjun. Berkali-kali dia melangkah naik ke atas podium untuk meraikan kemenangan baik dalam acara individual, berpasangan mahupun dalam acara campuran.
Terbaru, Mun Yee sekali lagi telah memenangi pingat emas dalam acara platform 10 meter berirama bersama rakan senegara, Pandelela Rinong di kejohanan Kuala Lumpur Fina Diving Grand Prix 2017 pada ahad, minggu lalu.
Kali terakhir mereka berdua menjuarai kategori sama dalam kejohanan yang sama adalah pada tahun 2011 di Jerman.

“Mewakili negara di peringkat antarabangsa tak kira waktu semester atau kuliah. Sebab itu, saya menjadi antara pelajar yang mengambil masa agak lama untuk menamatkan pengajian. Walaupun 10 tahun tempoh pengajian di UPM, saya tetap berbangga.
“Saya bersyukur kerana saya berupaya melengkapkan pengajian. Bukan semua atlet dapat menamatkan pengajian mereka pada peringkat ini.
“Sebagai pelajar, saya juga perlu menghadiri kuliah, menduduki ujian dan peperiksaan. Cuma yang membezakan saya dengan pelajar lain adalah komitmen masa saya untuk latihan di dalam negara dan luar negara,” kata Mun Yee ketika diberi penghormatan berucap mewakili graduan UPM pada Majlis Konvokesyen ke-41, pada hari ini.
Mun Yee menerima ijazah daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada istiadat yang berlangsung di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sulta Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj, UPM. Congrats girl!

Menyambung sesi temubual di luar dewan bersama media, Mun Yee turut menyatakan hasrat untuk menyambung pengajiaannya di peringkat sarjana pada tahun hadapan dalam bidang Sains Sukan. Namun perkara tersebut masih dalam pertimbangan disebabkan jadual kejohanan tahun hadapan yang padat.
“Terima kasih kepada UPM, pensyarah, pegawai dan staf yang telah mengajar dan mendidik saya di sini,” tuturnya menutup bicara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!


