Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia, baru-baru ini mendapat gelaran sebagai bandar paling mesra di Asia, menjadikannya salah satu destinasi yang paling seronok dikunjungi.
Masyarakat Malaysia disifatkan sebagai golongan mempunyai sikap mesra semula jadi
Dalam senarai yang diterbitkan oleh Enjoy Travel itu, masyarakat Malaysia disifatkan sebagai golongan mempunyai sikap mesra semula jadi. Malah, kemudahan yang tip top, dan budaya yang terbuka, tak hairanlah KL jadi pilihan ramai pelancong dan pendatang dari serata dunia.
Kuala Lumpur Jadi Tersenarai Sebagai Bandar Paling Mesra Di Asia
Menerusi ciapan dimuat naik oleh Menteri Perumahan dan Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di laman X miliknya (@NgaKorMing), beliau berkongsi satu berita gembira di mana Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai bandar paling mesra di benua Asia.
Satu lagi berita baik.
Ibu kota KL telah berjaya dipilih sebagai Bandaraya yg paling mesra di benua Asia.
Ini adalah bukti kejayaan krjn Madani pimpinan YAB PM @anwaribrahim yg sentiasa menekankan sifat manusiawi, hormat & ihsan sebagai pedoman hidup warga kota.
Dalam senarai yang diterbitkan oleh Enjoy Travel itu, masyarakat Malaysia disifatkan sebagai golongan mempunyai sikap mesra semula jadi dan baik kepada mana-mana individu meskipun saling tidak mengenali antara satu sama lain.
Selain itu, keramahan masyarakat Malaysia kepada para pelancong juga memudahkan mereka untuk membuat kawan baharu.
Sebanyak 20 bandar lain yang turut berada dalam senarai berkenaan termasuklah Jepun, Korea Selatan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Turki dan lain-lain.
Senarai penuh adalah seperti di bawah:
Ads
Kuala Lumpur, Malaysia
Taipei, Taiwan
Chiang Mai, Thailand
Manila, Filipina
Istanbul, Turki
Kathmandu, Nepal
Singapura
Hong Kong
Jaipur, India
Abu Dhabi, UAE
Seoul, Korea Selatan
Muscat, Oman
Jakarta, Indonesia
Siem Reap, Kemboja
Cebu City, Filipina
Tokyo, Jepun
Dubai, UAE
Guangzhou, China.
Colombo, Sri Lanka
Ho Chi Minh, Vietnam
Malaysia Negara Paling Disayangi Di Asia
Menerusi sebuah portal laman web kewangan yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat iaitu Insider Monkey, Malaysia telah tersenarai sebagai negara yang paling disayangi di Asia.
Berdasarkan 20 negara yang disenaraikan, Malaysia berjaya menduduki tempat pertama dan mengalahkan beberapa negara lain seperti:
Ads
Singapura (tempat ke-3)
Thailand (tempat ke-11)
Indonesia (tempat ke-12)
Malaysia Negara Ke-43 Paling Aman Di Dunia
Dalam perkembangan lain pada tahun 2023, laporan The Legatum Prosperity Index mendedahkan Malaysia juga berada di tempat kedua sebagai negara paling aman makmur di Asia Tenggara selepas Singapura.
Di peringkat dunia pula, Malaysia menduduki tangga ke-43 daripada 167 negara manakala Singapura berada di tangga ke-17, Indonesia di tempat ke-63 dan Thailand di tangga ke-64.
Bertuah sungguh jadi rakyat negara Malaysia kan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat rakyat Malaysia, semua kategori pengembara warganegara serta pemastautin tetap Malaysia dan Singapura layak menggunakan laluan perjalanan lengkap vaksin-laluan darat (VTL-Land) berkuatkuasa 20 Disember ini.
Pelancaran VTL-Land antara Malaysia dan Singapura yang telah dilakukan pada 29 November lalu bertujuan untuk melancarkan pergerakan merentas sempadan tanpa kuarantin yang mengintegrasikan protokol kesihatan, keselamatan dan kelulusan imigresen. Inisiatif ini membolehkan mereka yang terpisah daripada orang tersayang akibat pandemik untuk kembali semula bersama keluarga.
Bagi memenuhi peningkatan permintaan orang ramai terhadap inisiatif VTL-Land ini, semua kategori pengembara terdiri daripada warganegara Malaysia dan Singapura boleh memasuki Singapura dan Malaysia masing-masing, menggunakan VTL (Land) berkuatkuasa 20 Disember 2021.
Fuh, ada peluang ni ke luar negera. Hiks!
Walau bagaimanapun, penggembawa wajib divaksinasi sepenuhnya dan bagi kanak-kanak di bawah umur 12 yang tidak divaksinasi, mereka harus ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap divaksin.
Penggembara yang layak adalah tertakluk kepada ujian saringan COVID-19 dan keperluan kesihatan terperinci yang ditentukan oleh negara masing-masing.
Buat masa ini, VTL-Land masih terhadap kepada perkhidmatan bas sahaja. Perkhidmatan bas VTL-Land akan menawarkan tiket untuk memenuhi permintaan yang meningkat dan tertakluk kepada status kesihatan awam semasa.
Perkhidmatan bas VTL-Land yang ditetapkan di Malaysia akan menggunakan Terminal Bas Larkin Sentral (Larkin Sentral) manakala di Singapura akan menggunakan Terminal Queen Street (QST) dan Woodlands Temporary Bus Interchange (WTBI).
Sebelum membuat pembelian tiket, korang yang ingin masuk ke Malaysia menggunakan VTL-Land dikehendaki mendaftar di mysafetravel.gov.my manakala penggembara dari Malaysia ke Singapura dikehendaki mendaftar di go.gov.sg/vtl-portal.
Butiran mengenai keperluan VTL-Land ini boleh didapati di www.miti.gov.my dan www.safetravel.ica.gov.sg
Sama ada untuk urusan perniagaan atau bercuti, kini kita bebas bergerak merentas ke seberang tambak. Yeayy!
Apa-apa pun jangan lupa untuk menjaga SOP ya kerana virus COVID-19 masih berada disekeliling kita. Stay safe guys!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hari ini pasti ramai berlumba-lumba membeli pelbagai barangan secara dalam talian kerana banyak syarikat membuat jualan murah sempena tarikh 9/9.
Namun dalam ghairah membeli, bacalah dengan teliti barangan yang ingin dibeli kerana dikhuatiri terbeli barangan tidak halal. Jika dilihat dari segi pembungkusan, tiada apa meragukan namun adakalanya tulisan yang kecil boleh memerangkap kita untuk membeli barangan mengandungi tidak halal.
Sebentar tadi, Bahagian Hab Halal JAKIM mengeluarkan kenyataan bahawa produk bijirin keluaran Bee Cheng Hiang iaitu Ez Mini Crunchies Crispy Pork Floss adalah tidak halal.
Berikut adalah status dikongsi oleh JAKIM.
Penjelasan Isu Status Halal Produk Bijirin Keluaran Bee Cheng Hiang
Ramai pengguna yang mula menularkan di media sosial berkaitan status produk bijirin keluaran syarikat Bee Cheng Hiang yang didakwa tidak halal seterusnya menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna khususnya pengguna Islam.
Untuk makluman, produk bijirin Ez Mini Crunchies Crispy Pork Floss keluaran syarikat Bee Cheng Hiang bukan pemegang dan tidak layak untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia kerana menggunakan bahan ramuan yang tidak halal dari sumber babi (pork).
Justeru, pengguna dinasihatkan agar meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk makanan yang berada di pasaran sebelum membeli atau menggunakannya. Elakkan keraguan dengan mengutamakan produk atau premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah kerana ianya dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard serta perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini.
Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar SmartHalal.
Kes penculikan kanak-kanak sememangnya satu perkara yang serius di China lebih-lebih lagi kawasan yang jauh dari bandar. Salah satu sebab kes penculikan ini banyak terjadi adalah kerana ramai ibu bapa di China yang inginkan anak lelaki berbanding anak perempuan dan mereka sanggup membuat apa saja untuk mendapatkan anak lelaki termasuklah membelinya daripada sindiket penculikan.
Bandar Xi’an
Baru-baru ini, seorang pemuda berusia 34 tahun bertemu dan disatukan semula dengan keluarganya selepas 32 tahun terpisah.
Penyatuan tiga beranak itu mengakhiri episod penculikan paling terkenal di republik itu sejak 1988.
Mao Yin berusia dua tahun ketika diculik di wilayah Shaanxi, sebelum dijual kepada keluarga lain dan dijaga sehingga dewasa.
Mao Yin ketika masih kecil dan ibunya Li JIngzhi. (SCMP)
South China Morning Post melaporkan, Mao yang kini menjalankan perniagaan pengubahsuaian dikesan polis Xian, awal Mei lalu.
Polis menggunakan kaedah pengesanan wajah untuk menganalisis gambar lama sebelum menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi tujuan pengesahan.
Selepas mendapat pengesahan identiti, polis menghubungi ibu Mao, Li pada sambutan Hari Ibu lalu.
“Ini hadiah terbaik saya terima pada Hari Ibu,” kata Li seperti dilaporkan agensi berita CCTV.
Dalam sidang media, dua beranak itu berpelukan dalam tangisan selepas dipertemukan kali pertama sejak 32 tahun lalu.
“Saya tidak mahu berpisah dengan kamu lagi,” kata Li.
Mao juga berharap dia dapat terus tinggal dan menjaga ibu bapa kandungnya selepas ini.
Mao hilang di Hotel Jinling di Xian selepas bapanya meninggalkan dia sendirian beberapa minit untuk mengambil air.
Ibu bapanya menghabiskan masa 32 tahun mencari Mao di seluruh China dengan mengedarkan lebih 100,000 risalah mengenai kehilangan anak mereka.
Sedihnya, separuh dari umur terpisah dengan ibu bapa kan..So korang bersyukur la yang ada ibu dan ayah disisi tu.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.