Penerimaan luar biasa peminat terhadap kumpulan KRU sepanjang empat hari berlangsungnya Konsert GenKRU 2025 yang melabuhkan tirainya pada Ahad lalu melayakkan mereka menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) sewaktu berada di atas pentas.
Pengiktirafan berkenaan diberikan kepada Dato’ Norman Abdul Halim, Dato’ Yusry Abdul Halim dan Edry Abdul Halim menerusi penganugerahan Persembahan Terbanyak Dilakukan Dalam Satu Siri Konsert (Most Show In A Single Concerts Series) oleh mana-mana artis di Malaysia.
Menurut trio berkenaan, mengikut rencana asal Konsert GenKRU 2025 hanya dijadualkan berlangsung selama satu malam sahaja pada 3 Mei lalu. Disebabkan permintaan hebat oleh peminat, konsert tersebut ditawarkan untuk malam kedua (4 Mei), malam ketiga (10 Mei) dan baru-baru ini, malam keempat konsert (11 Mei) diumumkan oleh pihak penganjur sebelum mereka beralih ke Singapura pula selepas ini.
Ads
“KRU seharusnya berterima kasih terhadap sokongan tanpa henti selama tiga dekad kami berada dalam industri sehingga lahir penganjuran Konsert GenKRU 2025 selama empat malam sehingga diiktiraf MBR,” kata Norman mewakili KRY.
Pada malam keempat konsert Ahad lalu, MBR turut mengiktiraf penganjur konsert iaitu ICON Entertainment (M) Sdn Bhd untuk pencapaian Penjualan Tiket Konsert Terpantas Dalam Tempoh Satu Jam (Most Concert Tickets Sold Out In An Hour).
Ads
Kongsi pengasasnya iaitu Iman Tang, ebanyak 8,000 tiket Konsert GenKRU terjual dalam tempoh satu jam, sekaligus membuktikan bahawa penerimaan rakyat Malaysia terhadap karya seni tempatan masih jitu dan penghibur dari Malaysia tetap mendapat tempat istimewa di hati peminat.
Ini secara tidak langsung boleh dijadikan pembakar semangat kepada penghibur solo dan berkumpulan lain untuk menyemarakkan lagi jadual konsert-konsert tanah air di masa hadapan.
Ads
Sebagai info, Konsert GenKRU 2025 telah dijadiri lebih 30,000 peminat yang ingin menyaksikan kelibat kumpulan KRU dan beberapa undangan khas lain seperti kumpulan Feminin, kumpulan Elite dan Adam Akademi Fantasia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres jelita, Siti Saleha, telah tercalon menerusi Bintang Asia Terbaik di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 yang bakal berlangsung Rabu ini di Seoul, Korea Selatan.
Menerusi laporan media tempatan, pelakon berusia 34 tahun yang tercalon menerusi naskhah siri asal tonton berjudul SeOfis itu memaklumkan, nama mendapat pencalonan pun sudah umpama kemenangan buat dirinya.
“Pengurus beritahu TV3 dan tonton calonkan nama saya untuk anugerah ini beberapa bulan lalu. Selain saya, ada juga beberapa nama pelakon lain yang turut dicalonkan.
“Masa mula-mula diberitahu, saya susah juga nak percaya. Tapi selepas membuat kaji selidik, barulah saya tahu yang anugerah ini sudah lama wujud.
“Sangat menakjubkan bila nama saya tercalon dalam acara anugerah bertaraf antarabangsa seperti ini. Pemenang berdasarkan undian global peminat menerusi aplikasi Idol Champ,” katanya.
Menerusi kategori yang sama, barisan pelakon dari Korea Selatan, Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura turut dicalonkan.
Kata pelakon drama popular 7 Hari Mencintaiku itu, dia sentiasa menghargai pencapaian di peringkat luar negara dan menyifatkan peluang sebegitu membuka jalan buatnya terus melebarkan nama pada peringkat antarabangsa.
“Saya melihat pencalonan ini sebagai satu peluang yang besar untuk saya kembangkan lagi bakat lakonan. Walaupun sekadar finalis itu sudah memadai.
“Saya tidak sabar berjumpa dengan semua yang hadir dan beramah mesra serta bergambar kenangan dengan calon dari negara serantau lain,” ujarnya lagi.
Selain SeOfis, filem Doh lakonan bekas Hero Remaja, Syafiq Kyle juga antara drama yang dihantar untuk pencalonan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini perasaan mampu kami di majalah Remaja ucapkan selepas Muhammad Adli Asyraf, selamat menjalani pembedahan baru-baru ini. Sebahagian darah beku yang berada di salur otaknya sudah dibuang dan remaja berusia 22 tahun ini dalam proses pemulihan sejak awal bulan lalu.
Tatkala ditemubual, Muhammad Adli Asyaraf yang mesra disapa Acap mengakui dia semakin sihat.Malah kerusi rodanya juga sudah diletak di tepi dan dia hanya menggunakan tongkat sahaja. Ditanya apa dia mahu lakukan selepas sihat, adalah kembali ke padang bola bermain bola sepak bersama rakan-rakannya.
Acap sudah semakin pulih dan tidak sabar untuk sihat seperti sebelum dia rebah sehingga perlukan dua kali pembedahan buang darah beku di kepala.
Powerkan semangatnya! Jom doakan dirinya agar cepat sembuh.
Masa yang sama tempurung kepalanya yang suatu ketika dahulu agak lekuk sudah dibetulkan dengan pemasangan implant. Kata Acap, dia sendiri sudah mula belajar perlahan-lahan dan jika cepat sembuh dia mahu kembali seperti kehidupan lalunya, bekerja dan mencari rezeki sendiri.
Kepalanya juga sudah tidak berlekuk kerana implant sudah dipasang di kepalanyaBeginilah keadaan kepalanya pada pembedahan kali pertama pada November tahun lalu. Dia juga perlu duduk di kerusi roda kerana tubuhnya tidak stabil
Pembedahan kedua dijalaninya di Hospital Pakar KPJ penghujung Januari lalu ternyata telah menyelamatkan nyawa remaja aktif bersukan ini dari alami kelumpuhan dan terbaring dalam usia yang cukup muda. Salute pada kepakaran doktor yang berjaya membuang sebahagian darah beku di salur otaknya.
Jika lambat melakukan pembedahan kedua ini, risiko kehilangan nyawanya sangat besar atau dia boleh lumpuh selama-lamanya jika salur darahnya pecah!
Kisah remaja aktif bersukan ini boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Ini kerana dia seorang remaja yang aktif bersukan. Tidak disahkan mempunyai penyakit kronik. Mengamalkan gaya hidup sihat namun sebagai remaja dia akui merokok namun tidak kerap. Setiap hari balik dari kerja, dia akan pergi ke padang bola sama ada bermain futsal mahupun bola sepak dengan rakan-rakan di perumahan didudukinya.
Namun hujung tahun lalu pada 12 November, dia yang ketika itu duduk berehat di tempat kerja terasa mukanya tiba-tiba kebas. Sejurus rasa kebas itu datang dia terus rebah dan tidak sedarkan diri. Rakan sekerja yang panik terus menelefon ambulan dan ketika dibawa ke hospital, remaja berusia 22 hari ini koma empat hari.
Hasil pemeriksaan rapi, pakar yang merawatnya terus membuat keputusan darah beku yang ada di salur kepala sebelah kirinya perlu dibuang segera demi menyelamatkan nyawanya. Ibu bapanya yang kecemasan saat dimaklumkan hal itu perlu menandatangani satu dokumen bagi menyelamatkan nyawanya. Ketika itu doktor mengesyaki dia mempunyai darah tinggi tetapi ternyata tidak kerana dia seorang remaja yang aktif bersukan. Tidak punya sebarang penyakit kronik pun.
Dalam temubual kali pertama semasa Remaja menyiarkan kisahnya, bapanya Jasni Abdullah, 56 tahun berkata, kos pembedahan pertama adalah sebanyak RM83,000 di Hospital Pakar KPJ.
Insuran syarikat tempat anaknya bekerja hanyalah RM50,000 dan selebihnya ditanggung oleh ahli keluarga. Dan kebetulan duit KWSP bapanya yang baru berhenti kerja kerana mencapai tahap usia 55 tahun digunakan untuk membiayai kos selebihnya.
Jasni mengucapkan ribuan terima kasih di atas bantuan orang ramai sebanyak RM14,000 yang diterimanya selepas kisah anaknya disiarkan di Remaja dan akhbar tempatan lain
Masa yang sama, kata Jasni, selaku bapa dia masih bimbang lagi kerana hasil pemeriksaan rapi doktor, ada lagi salur darah hampir membeku di otak anaknya namun tidak dapat dibuang kerana merisikokan nyawanya jika dibuat sekaligus.
Kos pembedahan segera kali kedua mencecah hampir RM60 ribu termasuk memasang implant bagi tempurung kepalanya sebanyak RM20,000 lagi di mana menjadikan semuanya RM80,000. Keluarga ini perlu melakukannya penghujung Januari.
Remaja menyiarkan kisah remaja ini di mana hasil keprihatinan masyarakat bagi membantu dana pembedahan keduanya, keluarga ini mendapat RM11,000 lebih termasuk RM3000 lebih diberi orang ramai kepada keluarganya sendiri. Ada dalam RM14,000 lebih dan kerana itulah bapanya ingin mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada yang sudi menderma bagi pembedahan kedua anak.
Keluarga ini begitu bersyukur yang Acap semakin pulih, Jelas bapanya biar kos pembedahan agak tinggi namun apa lebih penting adalah nyawa anaknya
“Tiada jasa dapat saya balas dan semoga Allah memberikan ganjaran buat insan-insan yang membantu,” katanya yang berkali-kali mengucapkan rasa syukur di atas sebahagian bantuan diterimanya.
Kata Jasni lagi, dari pemeriksaan rapi doktor, salur urat di kepala anaknya menipis dan ia adalah kes yang sangat jarang terjadi.
“Ia antara sebab utama kenapa hal ini terjadi kepadanya,” katanya ketika Remaja menemuinya di kediaman di PPR Kerinchi, Pantai Dalam baru-baru ini.
Tq semua pada yang membantu memberikan sedekah buat remaja dan keluarganya ini demi menyelamatkan nyawanya.
Thanks you all, salute kerana prihatin pada nasib orang lain di dalam kesusahan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kaki palsu mesra solat MyB Prosthetic Limb ciptaan pakar HUKM memberi harapan baharu kepada pesakit amputasi untuk beribadah dengan lebih selesa dan yakin.