Kreatif Betul Cara Disney Kongsi Pelakon Suara Untuk Filem The Lion King!

Share

OMG! Filem The Lion King bakal Ke pawagam hujung bulan ini.

Kepada para peminat Disney tentu mengingati filem ikoniknya iaitu The Lion King. Siapa je yang akan lupa dengan watak Simba, Nala, Timon, Pumba dan Zazu kan?

Apa tidaknya, sejak Disney mengeluarkan poster filem tersebut tahun lalu dengan hanya menggunakan foto singa sahaja, peminat sudah dapat meneka bahawa filem The Lion King akan kembali ke pawagam.

Susulan itu, Disney kembali dengan gaya kreatif mereka apabila berkongsi foto pelakon suara mereka untuk watak-watak di dalam filem tersebut.

Tentunya perkongsian itu menaikkan lagi hype peminat yang tentunya tidak sabar untuk menyaksikan filem ini.

Donald Glover sebagai Simba

Beyonce sebagai Nala

Billy Eichner, Seth Rogen, dan John Oliver sebagai Timon, Pumbaa, dan Zazu

Alfre Woodard sebagai Sarabi

Chiwetel Ejiofor sebagai Scar

 

Keegan-Michael Key, Florence Kasumba, dan Eric Andre sebagai hyenas Kamari, Shenzi, and Azizi

JD McCrary dan Shahadi Wright Joseph sebagai  Simba dan Nala waktu muda

Untuk pengetahuan, suara Mufasa iaitu bapa kepada Simba akan menggunakan suara pelakon asal iaitu James Earl Jones. Filem ini bakal keluar pada 17 Julai nanti.

 

 

 

IKLAN