Kejutan demi kejutan, apabila bintang popular, BTS mencuri perhatian sekali lagi selepas konsert comeback mereka disahkan bakal disiarkan secara langsung menerusi platform penstriman Netflix pada 21 Mac ini.

Difahamkan, persembahan istimewa ini akan berlangsung di Dataran Gwanghwamun, Seoul, sekaligus menandakan kemunculan semula rasmi BTS selepas hampir empat tahun berehat daripada aktiviti secara berkumpulan.

BACA: Lightstick Wajib Cas! Ini Konsert K-Pop Di Kuala Lumpur 2026 Yang Peminat Patut Alert!

“Boleh Tonton Sambil Makan Ketupat Rendang!” Konsert Comeback BTS Bakal Bersiaran Secara Langsung Di Netflix

Menerusi sebuah kenyataan rasmi, konsert berjudul ‘BTS THE COMEBACK LIVE | ARIRANG’ itu diumumkan sendiri oleh Netflix menerusi kenyataan rasmi mereka.

“Semua peminat boleh menyaksikan kemunculan semula BTS secara langsung dari Dataran Gwanghwamun, Seoul! BTS THE COMEBACK LIVE | ARIRANG akan disiarkan secara langsung pada 21 Mac, jam 7 petang (waktu Malaysia) di Netflix,” tulis kenyataan itu.

Dalam pada itu, persembahan ini turut menjadi platform sulung BTS mempersembahkan lagu-lagu daripada album studio kelima mereka yang bertajuk ARIRANG. Album yang dinantikan oleh peminat di seluruh dunia itu dijadualkan dilancarkan sehari lebih awal, iaitu pada 20 Mac 2026, menjadikan konsert ini sebagai pentas debut eksklusif buat material terbaru mereka.

Ads

BACA: Selepas 11 Tahun! BTS Akhirnya Kembali Gegarkan Kuala Lumpur Selama 2 Malam Disember Ini!

“Boleh Tonton Sambil Makan Ketupat Rendang!” Konsert Comeback BTS Bakal Bersiaran Secara Langsung Di Netflix

Kesemua tujuh anggota BTS iaitu RM, Jin, SUGA, j-hope, Jimin, V dan Jungkook dijangka kembali ke pentas sebagai satu unit penuh di lokasi bersejarah tersebut. Dataran Gwanghwamun, yang terletak di hadapan Istana Gyeongbokgung, dipilih sebagai simbol kebangkitan semula BTS selepas tempoh hiatus panjang yang penuh makna.

Ads

Selain konsert langsung, Netflix turut mengumumkan pelancaran sebuah filem dokumentari khas berjudul ‘BTS: THE RETURN’, yang akan ditayangkan pada 27 Mac ini. Dokumentari berdurasi penuh ini merakamkan perjalanan di sebalik tabir pembikinan album ARIRANG serta proses BTS kembali bersatu sebagai sebuah kumpulan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Netflix US (@netflix)

“Boleh Tonton Sambil Makan Ketupat Rendang!” Konsert Comeback BTS Bakal Bersiaran Secara Langsung Di Netflix

Menurut Netflix, BTS: THE RETURN menawarkan perspektif intim terhadap perjalanan emosi dan kreatif BTS selepas hampir empat tahun terpisah. Dokumentari ini turut memaparkan bagaimana pengalaman peribadi, perubahan masa dan kematangan individu membentuk hala tuju baharu kumpulan tersebut dalam fasa seterusnya.

Ads

Sejak debut pada 2013, BTS bukan sahaja mencipta fenomena muzik global, malah membina komuniti peminat ARMY yang berpengaruh di peringkat antarabangsa. Konsert comeback ini juga dijangka menjadi antara acara hiburan terbesar tahun 2026, sekaligus menandakan permulaan era baru BTS yang lebih segar di pentas dunia.

Sementara itu, peminat BTS di Malaysia turut menyambut baik pengumuman tersebut dengan pelbagai reaksi positif di media sosial. Ada yang menyifatkan kepulangan BTS sebagai hadiah istimewa, malah tidak kurang juga yang berseloroh merancang untuk menonton konsert siaran langsung tersebut sambil menyambut Aidilfitri dan menikmati juadah hari raya bersama keluarga.

Sumber: Netflix

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads