Konflik Palestin-Israel, China Menggesa Gencatan Senjata

Share

China berpendapat yang konflik Palestin dan Israel ini harus ditamatkan, justeru renjatan senjata haruslah dilakukan. Mereka juga berkata yang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertanggungjawab dalam memberi solusi kepada konflik ini yang telah berlangsung setelah sekian lamanya dan masih tiada lagi jalan penyelesaiannya.

Menurut sumber Bernama, Menteri Luar Wang Yi menyuarakan pendirian China tentang konflik Palestin-Israel ini menerusi sebuah panggilan telefon bersama Menteri Luar Pakistan, Shah Mahmood pada hari Sabtu yang lalu. Beliau menyatakan yang konflik ini tercetus berulang kali kerana tiada solusi yang adil, dan proses damai Timur Tengah telah terbabas dari landasan asal.

Sumber: Astro Awani

China telah menggesa agar renjatan senjata ini dilakukan demi membebaskan tanah Palestin dan menghentikan kekejaman terhadap mereka, China juga telah menggesa semua anggota Majlis Keselamatan PBB untuk menggalas tanggungjawab yang sepatutnya dan menyumbang usaha mereka dalam memastikan keselamatan dan keamanan serantau.

Menurut Wang, beliau mengatakan bahawa selaku pengerusi bergilir Majlis Keselamatan PBB untuk Mei, China telah dua kali berusaha untuk mengadakan rundingan kecemasan mengenai konflik Palestin-Israel namun tiada kesepakatan dicapai.

Wang Yi juga telah menegaskan pelaksanaan penyelesaian konflik Palestin-Israel ini merupakan kaedah muktamad bagi penyelesaian isu Palestin dan Israel ini. Maka, China akan mempengurusikan debat terbuka mengenai konflik ini di Majlis Keselamatan PBB dan beliau berharap agar semua dapat mencapai konsensus berhubungan dengan isu ini.

China juga menyatakan bahawa mereka menyokong teguh perjuangan rakyat Palestin dalam memperjuangkan hak mereka yang sah, dan China juga berharap agar solusi isu ini dapat diraih secara adil melalui dialog politik, dan PBB, Liga Arab, Pertubuhan Kerajaan Islam (OIC) juga memainkan peranan penting demi mencapai kata sepakat dalam menyelesaikan isu itu.

 

 

 

IKLAN