Koleksi Gambar KJ Jadi “BAHAN” Netizen, Bukti Dirinya Masih Popular

Share

Semalam, hari pertama sidang Dewan Rakyat. Namun di hari pertama lagi, tindakan ahli parlimen pembangkang yang sepakat keluar dewan selepas memboikot pelantikan Speaker Dewan Rakyat baharu, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.mengundang pelbagai cerita. Hanya Khairy Jamaludin, Datuk Seri Anifah Aman dan bekas Ketua Puteri Umno, Mas Ermieyati yang juga ahli Parlimen Bebas tidak turut sama keluar.

Di sebalik tindakan kurang matang itu terselit kisah lucu apabila Yang Di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V ketika merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14  memberi “jenaka” kepada ahli Parlimen supaya duduk dan tidak lari keluar dewan.

Baginda yang masuk ke Dewan Rakyat pada jam 10.45 pagi pagi ini memulakan titah dengan nada jenaka.

“Tuan-tuan yang berhormat sekalian, sila duduk dan jangan lari,” titah baginda yang mendapat gelak ketawa seisi Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menganggap tindakan pembangkang itu hanya suka buat gimik.  Tapi apa yang pasti di sebalik kisah enggan keluar dewan membuatkan KJ popular kerana ramai menularkan gambarnya berseorangan dengan pelbagai caption oleh netizen yang dilihat sangat kreatif. Tidak pasti adakah ia sekadar satu jenaka atau troll alaf baru di zaman pemerintahan baru iaitu boleh begitu “selamba” mengenakan orang di media sosial tanpa ada rasa bersalah, takut dan sebagainya. Tapi apa pun jenaka dan caption buat KJ, ini membuktikan, lelaki tall, dark and hensem ini masih popular di kalangan rakyat Malaysia biar tidak memiliki apa-apa jawatan lagi.

Isu bola pun boleh jadi bahan cerita

 

 

 

 

 

Nie mesti student yang buat nie

 

Hahaha, mau berbelit lidah KJ kecek kelate

 

 

 

 

 

 

 

Thanos pun masuk, macam-macamkan

 

IKLAN