Klinik Haiwan Ini Wujudkan Kitty’s Foodbank, Beri Makanan Percuma Pada Kucing

Share

Dalam waktu kita menggembeling tenaga membantu memberi makanan kepada individu susah yang terkesan dek kerana situasi pandemik hari ini, jangan pernah lupa kepada haiwan peliharaan yang juga memerlukan makanan untuk hidup.

Terdapat banyak foodbank yang diwujudkan sebagai salah satu inisiatif bagi memberikan bantuan makanan percuma kepada masyarakat. Situasi ini telah memberikan idea kepada Klinik Haiwan Dan Surgeri Kitty’s Care Kajang

untuk mewujudkan foodbank bagi kucing.

Dinamakan sebagai Kitty’s Foodbank, tujuan utama program ini adalah untuk membantu individu yang terkesan sepanjang pandemik untuk memberikan haiwan peliharaan mereka makanan yang secukupnya. Jangankan kata nak beli makanan kucing, mungkin ada individu di sekeliling kita nak beli makanan untuk keluarga sendiri pun tak mampu kan.

Betul tak?

Jadi, jika korang mempunyai kucing di rumah dan tidak mampu lagi untuk membelikan mereka makanan, korang boleh ke Klinik Haiwan Dan Surgeri Kitty’s Care Kajang ini yang juga mempunyai dua cawangan lain di Putrajaya dan Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Bantuan makanan kucing ini juga turut akan diberikan kepada pusat perlindungan haiwan yang lain dan korang juga boleh mengambil makanan yang disediakan ini bagi tujuan untuk diberikan kepada kucing jalanan.

Sekiranya terdapat mana-mana pusat perlindungan haiwan yang memerlukan bantuan makanan, bolehlah PM klinik tersebut.

So guys, jangan malu jangan segan! Sekiranya korang mempunyai kucing tetapi sudah tidak mampu membelikan mereka makanan, korang boleh ke klinik haiwan ini di cawangan berdekatan okay?

Sumber: (1)

IKLAN