Dalam waktu kita menggembeling tenaga membantu memberi makanan kepada individu susah yang terkesan dek kerana situasi pandemik hari ini, jangan pernah lupa kepada haiwan peliharaan yang juga memerlukan makanan untuk hidup.
Terdapat banyak foodbank yang diwujudkan sebagai salah satu inisiatif bagi memberikan bantuan makanan percuma kepada masyarakat. Situasi ini telah memberikan idea kepada Klinik Haiwan Dan Surgeri Kitty’s Care Kajang untuk mewujudkan foodbank bagi kucing.
Dinamakan sebagai Kitty’s Foodbank, tujuan utama program ini adalah untuk membantu individu yang terkesan sepanjang pandemik untuk memberikan haiwan peliharaan mereka makanan yang secukupnya. Jangankan kata nak beli makanan kucing, mungkin ada individu di sekeliling kita nak beli makanan untuk keluarga sendiri pun tak mampu kan.
Bantuan makanan kucing ini juga turut akan diberikan kepada pusat perlindungan haiwan yang lain dan korang juga boleh mengambil makanan yang disediakan ini bagi tujuan untuk diberikan kepada kucing jalanan.
Ads
Sekiranya terdapat mana-mana pusat perlindungan haiwan yang memerlukan bantuan makanan, bolehlah PM klinik tersebut.
So guys, jangan malu jangan segan! Sekiranya korang mempunyai kucing tetapi sudah tidak mampu membelikan mereka makanan, korang boleh ke klinik haiwan ini di cawangan berdekatan okay?
Konsistensi merupakan kata kunci kepada kejayaan Ahli Parlimen Muar, Yang Berhormat Syed Saddiq apabila beliau mengesahkan berjaya menyumbangkan lebih daripada RM4.5 juta sepanjang tahun 2025 bagi kebajikan penduduk di kawasan tersebut.
Syed Saddiq, 33 ketika ditemui REMAJA di acara pengenalan koleksi lebaran jenama tempatan, Dr. Cardin berkata, beliau bersyukur apabila diberi peluang untuk bekerjasama dengan jenama-jenama tempatan seperti Dr. Cardin sendiri.
Kerjasama Dengan Jenama Tempatan Demi Kebajikan
Segala yang diusahakan beliau termasuklah menjadi duta produk, menerima pelantikan sebagai wajah penghias kempen dan sebagainya selama ini adalah demi mengutip dana kebajikan penduduk Muar.
YB Syed Saddiq.
“Well, that’s work. Pada tahun lepas sahaja melalui kerjasama dengan pelbagai jenama, Alhamdulillah saya dapat sumbangkan lebih daripada RM4.5 juta bagi parlimen Muar.
“Ia membolehkan kami menyerahkan macam-macam jenis bentuk bantuan… laptop, tablet, bantuan food bank, biasiswa pendidikan dan banyak lagi,” katanya.
Syed Saddiq turut menyatakan hasrat untuk mengekalkan momentum tersebut pada tahun 2026 demi memastikan kebajikan penduduk terus terjaga.
“Pada tahun 2026, saya ingin kekalkan momentum tersebut supaya kebajikan kawasan terjaga. I will put my heart and effort 110% kerana saya tidak boleh menentukan apa yang akan berlaku selepas ini (sekiranya banyak peluang kerjasama bersama jenama tempatan yang hadir).
“Secara peribadi saya tahu saya telahpun cuba sedaya upaya dan sebaik mungkin,” ujarnya yang kacak menggayakan sandal Cove Air, Cove Core dan The Air Pillow Flow daripada Dr. Cardin.
Bangga Dengan Legasi Jenama Tempatan, Dr. Cardin
Bercakap mengenai kolaborasi bersama Dr. Cardin, Syed Saddiq menzahirkan rasa bangga terhadap legasi jenama tempatan itu yang berjaya bertahan lebih 50 tahun di Malaysia.
Memasuki kolaborasi keempat bersama Dr. Cardin, beliau memuji kepimpinan generasi muda dalam keluarga pengasas jenama tersebut yang berjaya membawa nafas baharu melalui rekaan moden serta strategi pemasaran yang lebih segar, selari dengan minat generasi Z.
Syed Saddiq turut menyifatkan idea Live Runway di platform TikTok sebagai satu pendekatan unik dan inovatif yang bakal diikuti oleh lebih banyak jenama tempatan.
“Mereka bukan hanya muda tetapi bekerja dengan dinamik. Mereka jugalah yang menerajui trend acara Live Runaway di platform TikTok pada tahun lepas dan saya pasti, jenama-jenama tempatan lain akan gunakan idea yang sama.
“Bagi saya, sesi Live di hadapan penonton seperti ini cukup unik,” katanya.
Acara The Raya Table By Dr. Cardin
Sebagai info, koleksi lebaran 2026 Dr. Cardin menampilkan dua selebriti popular sebagai bintang kempennya iaitu Hun Haqeem dan Erysha Emyra.
Selain Syed Saddiq, acara The Raya Table by Dr. Cardin turut dihadiri oleh Mimi Fly, Asslah dan Firdaus daripada tim AI (Alieff Irfan) Marketing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Boys and girls! Get ready untuk acara penuh warna dan hiburan, Rock’N Riuh 2024 yang bakal berlangsung dengan pelbagai aktiviti menarik yang menampilkan gabungan perpaduan mesra budaya, seni, muzik dan keusahawanan.
Diadakan di Mall Area, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) PETRONAS, acara yang bermula dari 6 sehingga 8 Disember 2024 ini dijangka menjadi tumpuan pencinta seni dan komuniti kreatif di Malaysia.
Not just a normal entertainment event, Rock’N Riuh menjadi platform mengetengahkan bakat-bakat tempatan dari pelbagai latar belakang seni, termasuk muzik, fesyen dan seni visual. Setiap tahun, acara ini menyatukan komuniti pelbagai generasi dalam suasana mesra, meraikan kreativiti sambil mendekatkan masyarakat dengan seni dan budaya.
Pelbagai Aktiviti Menarik
Rock’N Riuh dijangka dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik yang bakal membuatkan hujung minggu korang bermakna.
Persembahan Pentas: Barisan artis tempatan dan antarabangsa bakal membuat persembahan yang memukau dan mencipta pengalaman muzik yang tidak dapat dilupakan.
Pasar Kreatif: Ruang untuk pengunjung membeli produk unik hasil tangan pengusaha tempatan termasuk kraftangan, makanan dan fesyen.
Pameran Seni: Menampilkan karya seni moden dan tradisional berasaskan Batik yang menggambarkan kekayaan budaya Malaysia. Pameran Nyawa : Unmasking pula merupakan pameran seni imersif yang mengajak pengunjung untuk mendekati objek fizikal dan ilusi psikologikal.
Ruang Interaktif: Bengkel seni, sesi dialog bersama artis dan aktiviti untuk seluruh keluarga. Antara yang menarik seperti Kelas Bahasa Isyarat, Kelas Mandarin & Tamil 101, Kelas Pottery dan Seni Terapi, Bengkel Membuat Wau, Bengkel Menulis Puisi, Bengkel Stail Fesyen Kaftan dan macam-macam lagi.
Persembahan Pentas Tiga Hari, Berlarutan Hingga Jam 2.00 Pagi
Korang dah ready untuk berhibur sakan? Yes! Rock’N Riuh adalah acara akhir tahun yang wajib dikunjungi hanya untuk melihat kelibat penyanyi dan band kegemaran korang beraksi di atas pentas sebelum 2024 menutup tirai.
Dilangsungkan selama tiga hari berturut-turut mulai jam 4.00 petang hingga 2.00 pagi, antara penghibur yang dijadualkan berada di sana termasuklah:
Hari Pertama (6 November 2024)
Pop Shuvit, Gerhana Skacinta, MUAH!, Abu Bakar Ellah & ramai lagi.
Hari Kedua (7 November 2024)
Ziana Zain, Aisha Retno, Kaka Azraff, Belle Sisoski, Sophiarazk & ramai lagi.
Hari Ketiga (8 November 2024)
MASDO, Exists, Midnight Fusic, Pesawat & ramai lagi.
Menggalakkan Komuniti dan Keusahawanan
Rock’N Riuh bukan sahaja bertujuan untuk menghibur tetapi juga menggalakkan keusahawanan tempatan. Acara ini memberikan peluang kepada perniagaan kecil untuk mempromosikan produk mereka kepada khalayak lebih luas sambil memupuk semangat sokongan terhadap produk tempatan.
Meraikan Kepelbagaian Budaya
Satu lagi keistimewaan Rock’N Riuh adalah usahanya meraikan kepelbagaian budaya Malaysia. Pengunjung boleh menikmati pelbagai hidangan tradisional, persembahan kebudayaan dan pengalaman seni yang mencerminkan harmoni masyarakat Malaysia.
Rock’N Riuh 2024 menjanjikan pengalaman luar biasa yang menggabungkan hiburan, kreativiti dan komuniti. Ia bukan sahaja meraikan seni dan budaya tetapi juga menjadi platform untuk menyokong bakat dan perniagaan tempatan. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada perayaan ini!
Tandakan kalendar anda dan lets Rock’N Riuh 2024 bersama-sama di Mall Area, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) PETRONAS dari 6 hingga 8 Disember ini, bermula jam 3.00 petang hingga 2.00 pagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dilihat seperti murung selepas pemergian ibu tercinta, netizen menyarankan usahawan selebriti, Ridzuan Ridzokumura membawa anak tunggalnya, Sky bertemu pakar psikiatri.
Perkara tersebut diusulkan selepas melihat video dikongsikan lelaki terbabit yang menunjukkan remaja berusia 13 tahun itu mengasingkan diri di dalam bilik dan baring dalam keadaan posisi menggulungkan badan.
“Cara Sky baring seperti posisi bayi dalam kandungan merupakan tanda amaran. Dia dalam keadaan tertekan serta kesakitan.
“Lebih baik sekiranya Sky dirujukkan kepada pakar psikologi atau psikiatri untuk pemeriksaan lanjut,” tulis netizen dalam video dikongsikan dalam TikTok
Sebelum itu, Ridzuan memuat naik hantaran berupa video persediaan menunggu waktu berbuka puasa bersama pekerja di premis perniagaannya.
Namun menyedari kelibat Sky tidak kelihatan, Ridzuan mencari puteranya hingga ke bilik belakang dan menemui puteranya terbaring di sofa.
“Sky ada di dalam,” ujar seorang kakitangan kedai bunga miliknya di Subang Jaya.
Paparan video tersebut mencetuskan kebimbangan ramai terhadap emosi seorang anak yang kehilangan ibunya, Akiko Okumura.
“Cara dia peluk begitupun mesti dalam ketakutan. Sky perlukan pelukan ibunya,” kata seorang pengguna media sosial.
Terdahulu, Akiko, meninggal dunia di kediaman mereka di Subang Jaya, Selangor pada 28 Februari lalu tanpa dinyatakan punca ketika itu.
Beberapa hari kemudian polis mengesahkan arwah adalah wanita warga Jepun yang maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium seperti dilaporkan media sebelum itu.
Bagaimanapun, siasatan polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian tersebut.
Sekadar info, perkahwinan Ridzuan dan Akiko pada 2009 dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Sky Taizo Okumura.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Ridzokumura
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!