KLIA Mula Uji Teknologi Pengecaman Wajah Ganti Pas Penerbangan, Lebih Mudah & Cepat

Share

Sebelum ini, KLIA dikatakan ingin melaksanakan teknologi pengimbasan wajah untuk memudahkan pengguna bergerak dari lapangan terbang ke pintu penerbangan. Kini khabarnya KLIA telah memulakan pelaksanaan percubaan.

Foto: Amanz

Menurut amanz.my, buat masa ini ia diuji melibatkan penerbangan MH1438 ke Langkawi. Caranya, pengguna perlu mendaftar untuk imbasan wajah di kaunter dan seterusnya boleh terus melalui pintu penerbangan dengan mudah.

Foto: Amanz

Sistem ini hanya mengambil masa beberapa saat sahaja untuk mendapat pengesahan dan melepasi pintu. Dilaporkan Malaysia Airports tidak menyimpan sebarang gambar wajah pengguna dan akan memadam semua data tiga jam selepas penerbangan berlepas dari KLIA.

Namun begitu, ia masih lagi di peringkat ujian dan mungkin akan diimplementasi sepenuhnya berdasarkan maklumat awal pengguna.

Foto: Amanz

Jika sistem ini berjalan lancar nampaknya kita berpeluang menggunakan teknologi pengimbasan wajah dan tidak lagi memerlukan pas penerbangan. Ia sudah tentu lebih mudah dan cepat tetapi harapnya tidak berlaku kesulitan sewaktu penumpang ingin masuk ke pintu penerbangan.

Sama-sama kita nantikan update dari semasa ke semasa daripada pihak KLIA.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

IKLAN