Siapa kata silat ni sukan kampung? REMAJA sempat luangkan masa dengan atlet silat yang pernah memenangi pelbagai tournament antarabangsa, Fauzi Khalid.
Bagaimana Fauzi boleh menyertai sukan silat?
Saya bermula agak lewat pada usia yang agak lewat, sekitar 16 tahun. Pada masa itu, jurulatih saya pada waktu itu iaitu arwah Suhardi Chin datang ke Pulau Pinang untuk perkenalkan silat olahraga kepada remaja di sana.
Gigih juga arwah luangkan masa nak berjumpa dengan remaja yang duduk melepak dekat tepi jalan, tepi laut. Semata-mata nak mencari pelapis atlet silat.
Saya kira saya bernasib baik juga dapat bertemu dengan arwah. Kalau tak, mungkin sampai ke hari ini saya masih bergelar kutu rayau.
Susah tak nak ceburi silat secara serius?
Mestilah susah. Ada banyak perbezaan antara silat peringkat kampung dan silat peringkat negeri. Of course, yang paling ketara adalah facility dan equipment yang disediakan.
Selepas menyertai skuad negeri juga, saya mula didedahkan dengan teknik sparring dan jatuhan yang betul.
Ads
Pesilat negara, Fauzi Khalid.
Foto: Izari Rosli
Semasa mula menyertai pertandingan dulu, pernah tak Fauzi terfikir untuk mengaku kalah setelah mengalami beberapa kekalahan awal kepada pihak lawan?
Acara nasional terawal saya adalah Sukan Malaysia (SUKMA) di Negeri Sembilan pada tahun 2004 dan seperti dijangka, saya kalah kerana kurang pengalaman. Tapi sebenarnya kekalahan itulah yang buatkan saya sedar, “Aku kena buat lagi baik kalau nak kalahkan dia”. Hasilnya, saya menang dalam kategori kelas 65-70 pada SUKMA 2006 dan acara kebangsaan.
Alhamdulillah!
Ada yang kata sukan silat ini tarafnya sukan kebudayaan je. Apa pendapat Fauzi?
Kalau setakat sukan kebudayaan, tak adalah saya ambil masa 2 tahun nak siapkan diri untuk Sukan SEA 2009. Bagi saya, apa-apa kejayaan dalam mana-mana sukan tak datang dengan mudah.
Ads
Lebih-lebih lagi sukan silat. Silat perlukan tahap konsistensi dan displin yang tinggi. Ia bukan hanya mementingkan teknik, ia juga memerlukan atlet berubah menjadi sangat displin.
Jurulatih pernah provoke saya dulu. Katanya, “Kalau ayah kau nelayan, tak kan lah kau pun nak jadi nelayan. Mesti kau nak jadi lebih baik daripada tu.” Saya sedar saya dari kampung. Sebab itulah saya tumpukan fokus saya untuk mengubah nasib hidup keluarga saya dari dulu melalui silat.
Apa harapan Fauzi untuk Sukan SEA KL 2017?
Selama ini, saya memenangi sebanyak dua kali di Sukan SEA tetapi ia berlaku di tempat lawan. Kali ni, saya harapkan kejayaan ketiga di laman sendiri. Saya akan berikan segalanya untuk menaikkan bendera Jalur Gemilang!
Ads
Pesilat negara bersama pengurus sukan MASOC. (Dari kiri : Fauzi Khalid, Siti Rahmah, Mohd Rafee Majid, Faizul Nasir dan Al-Jufferi Jamari. Foto: Izari Rosli
Candid With Fauzi Khalid
Sokongan tak terhingga dari…
Ayah, ibu dan jurulatih saya.
Rutin sukan kegemaran Fauzi…
Semua latihan saya benci haha! Tapi saya perlu lakukannya juga.
Idola sukan silat.
Arwah jurulatih Suhardi Chin dan dua orang senior saya, Shahrizan serta Azrin Abdul Malik.
Dalam masa 5 tahun lagi…
Saya ingin jadi jurulatih silat untuk generasi baru pula.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama penyanyi dan pelakon seorang ini semakin dikenali selepas membawa beberapa lagu-lagu hits bergenre rap yang kini semakin mendapat tempat dalam kalangan golongan anak muda.
Anak seni yang berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah ini turut ‘digilai’ para wanita kerana mempunyai paras rupa yang kacak dan berketrampilan menarik. Namun, adakah hatinya sudah dimiliki seseorang?
Baru-baru ini ketika ditanya mengenai perkara tersebut, penyanyi lagu popular Ciao tidak menafikan dan tidak pula mengiyakan kini sedang mempunyai teman wanita istimewa.
Malah, pemilik nama MK K Clique atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan turut ‘mengunci mulut’ apabila bertanya mengenai gerangan seorang wanita yang selalu dilihat bergandingan dengannya sebelum ini.
Namun MK terbuka bercerita tentang ibu tercintanya, Kamariah yang sentiasa mendoakan agar anak lelakinya itu segera berumah tangga. Mana tidaknya, dalam semua adik beradiknya, hanya MK sahaja yang masih belum bergelar suami.
“Ibu memang mendoakan saya ke arah itu jadi perancangan itu memang sudah ada. Lagi pula bila tengok adik-beradik semua sudah melangkah ke alam rumah tangga, perasaan untuk kahwin juga semakin membuak-buak,” katanya ketika ditemui Remaja pada majlis sidang media pelancaran koleksi baju raya Armaan.
Walau hanya dirinya yang masih tiada pasangan, anak ketujuh daripada lapan adik beradik itu tidaklah berasa tertekan memandangkan urusan perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang boleh diambil mudah.
“Saya tidaklah berasa tertekan. Memilih seseorang untuk menjadi pendamping hidup bukanlah sesuatu mudah kerana kita nak hidup bersamanya bukan setahun dua.
“Saya inginkan seorang wanita yang memahami diri saya dan membimbing saya dari sudut mental dan fizikal. Zaman sekarang sudah berbeza, percintaan pun menakutkan. Cukuplah sekadar saya katakan bahawa status saya sekarang sedang mencari,” tuturnya lagi.
Minggu lalu Presiden Rusia Vladimir Putin telah mengerahkan tenteranya untuk menyerang Ukraine selepas usaha diplomasi selama beberapa minggu dan sekatan dikenakan oleh Barat gagal menghalang Putin.
Ekoran daripada situasi itu, filem The Batman diumumkan tidak akan ditayangkan di Rusia selepas serangan yang dilakukan mereka terhadap Ukraine. Satu kenyataan telah pun dibuat oleh jurucakap WarnerMedia, mereka akan menilai situasi krisis yang berlaku itu sebelum membuat keputusan baharu.
“Berdasarkan krisis kemanusiaan yang berlaku di Ukraine, WarnerMedia akan menghentikan penayangan filem The Batman buat sementara waktu dan menilai semula situasi krisis yang berlaku.
“Kami berharap agar ada satu penyelesaian secara damai berhubung tragedi ini,”
Keputusan ini dibuat adalah sebagai reaksi daripada industri perfileman Hollywood yang tidak menyokong peperangan. Selain Warner Bros, Disney juga tidak akan menayangkan filem-filemnya di Rusia termasuklah filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness yang akan ditayangkan bermula 5 Mei dan Lightyear pada 16 Jun depan.
Tidak hanya itu, platform penstriman digital Netflix juga turut menolak untuk menayangkan saluran-saluran televisyen dari Rusia di platform mereka.
Begitulah keputusan yang telah dibuat oleh kebanyakan negara, malah dalam arena sukan juga ada pasukan-pasukan negara lain yang tidak mahu berlawan dengan Rusia atas tindakan kejam yang dilakukan oleh mereka.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Agensi kepada penyanyi Keeho P1Harmony, FNC Entertainment baru-baru ini mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan kes melibatkan nama Keeho dalam tuduhan penipuan yang melibatkan ibunya.
FNC Entertainment berkata, mengikut hasil siasatan kes ibu Keeho P1Harmony sebelum ini telah pun ditutup tanpa dakwaan disebabkan kekurangan bukti. Bagaimanapun, siasatan terhadap kes berkenaan dibuka semula kerana terdapat bantahan dari pihak mangsa.
“Keeho tidak ada kaitan dengan kes itu dan sama sekali tidak mengetahui bagaimana ia berlaku dan salah faham mengenai Keeho adalah kerana namanya telah disebut beberapa kali di media sosial mangsa,” jelas FNC Entertainment.
“Jika siasatan mendapati bahawa ibunya bersalah, Keeho secara tidak langsung akan bertanggungjawab secara undang-undang. Keeho turut bersimpati dan kasihan terhadap mangsa akan melakukan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah ini sebagai seorang anak kepada tertuduh”
Dalam pada itu, memandangkan kes ini masih sedang disiasat, FNC Entertainment turut meminta orang ramai dan peminat kepada Keeho P1Harmony tidak membuat sebarang spekulasi palsu dan melakukan serangan peribadi terhadap penyanyi berusia 24 tahun itu.
Selain itu, pihaknya turut meminta maaf kepada orang ramai terutamanya peminat kerana telah menimbulkan kebimbangan disebabkan isu keluarga artis yang bernaung dibawah pengurusan mereka.
Terdahulu, pada Mac 2024, ibu kepada Keeho P1Harmony telah disaman kerana penipuan. Difahamkan, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat produksi HUG INTL merupakan salah seorang mangsa yang mendakwa ibu Keeho meminjam 1.1 billion won daripadanya. Ibunya juga turut menggunakan nama anaknya, Keeho sebagai cagaran bahawa hutang itu akan dibayar dalam tempoh empat (4) bulan.
Namun, hampir setahun kemudian, hutang tersebut masih belum dijelaskan dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu bertindak mendedahkan segala-galanya di akaun Instagram peribadinya, serta mengutuk ibunya, Keeho dan FNC Entertainment, sekaligus secara rasmi menyaman mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dari lagu kegemaran mereka, apa yang mereka akan bawa kalau hilang di angkasa, hingga pandangan mereka tentang DURIAN—semuanya ada dalam video ni! 🌟
CRAVITY adalah kumpulan K-pop yang terdiri daripada 9 ahli berbakat: Serim, Allen, Jungmo, Wonjin, Minhee, Hyeongjun, Taeyoung, Seongmin, dan Kangmin. Mereka dikenali dengan konsep yang penuh tenaga dan muzik yang catchy.
Jangan lupa tonton temubual penuh semangat bersama CRAVITY! 💥