Percintaan antara manusia dan naga, is it possible?
Sering kali terdengar kisah percintaan antara dua darjat yang ditentang seperti kisah cinta epik Romeo dan Juliet, pernah tak terfikir percintaan antara makhluk mistik dan juga manusia?
Filem hit Thailand, Nakee 2 merupakan kesinambungan kisah naga Nakee yang pernah hits di Thailand pada tahun 2016 dibarisi oleh para pelakon popular seperti Nadech Kugimiya, Yaya Urassaya, Ken Phupoom, Taew Natapohn dan ramai lagi.

Nakee dimulakan menerusi penceritaan semula mengenai kisah cinta Nakee yang merupakan seekor naga betina dengan seorang manusia hinggalah mereka bakal dikurniakan cahaya mata. Namun, oleh kerana tidak mahu dihukum kerana menentang hukum karma, maka Nakee menyorokkan kehamilannya itu.

Namun, pelbagai dugaan buruk melanda hinggalah Nakee terpaksa berpisah dengan kekasih namun mereka berjanji akan bersama semula untuk kelahiran seterusnya. 1000 tahun kemudian, Nakee dan juga kekasih hatinya dilahirkan semula.
Namun, nasib malang tetap menimpa mereka apabila ibu Nakee dibunuh dihadapan matanya membuatkan dia mengamuk dan membunuh seluruh penduduk kampung. Susulan itu, dia dihukum dan jika engkar perkara yang lebih buruk akan menimpanya.

Fast forward, Sroi yang dilakonkan oleh Yaya Urassaya merupakan gadis sunti di kampung tersebut bermimpi orang-orang kampung yang dibunuh. Tanpa diketahui bahawa mimpi-mimpinya itu menjadi benar.
Sementara itu, Pongprab yang dilakonkan oleh Nadech Kugimiya merupakan inspektor polis yang baru tiba di kampung tersebut pada mulanya tidak mempercayai makhluk-makhluk mistik tersebut namun dia mempercayai Sroi.
Entah bagaimana, penduduk kampung yang paranoid ingin menangkan dan membunuh Sroi kerana mempercayai bahawa dia adalah dalang segala pembunuhan di kampung tersebut.
Rupa-rupanya, segala kisah antara Nakee, Sroi dan juga Pongprab ini saling berkait dan segalanya terungkai di penghujung cerita.

Cinta, lucu, seram, mistik semuanya ada dalam Nakee 2. Malah, lakonan kesemua pelakon di dalam filem ini juga menjadi malah ada babak dimana penonton tertawa.
Namun begitu, terdapat juga pengajaran yang boleh kita pelajari dalam filem ini seperti kita tidak sepatutnya menuduh tanpa usul periksa, sepatutnya siasat dahulu dan setelah pasti barulah menjatuhkan hukuman.

Anda mungkin berminat dengan
Selain itu, ada ketika Pongprab juga seolah-olah muak dengan kepercayaan penduduk kampung yang dianggapnya karut. Kadang-kadang, kita harus menghormati kepercayaan seseorang itu walaupun kita anggap ia tidak munasabah.
Dan akhir sekali, jika sudah jodoh…berpisah bagaimanapun pasti akan bersama juga. Dalam filem ini, Sroi berdoa agar Nakee dapat bertemu cinta sejatinya. Well, kalau sudah tertulis jodoh kita, pasti tak akan ke mana?
∞
Kehadiran penceramah Muslim dari India, Dr Zakir Naik ke Malaysia tidak pernah lekang daripada kontroversi.
Dan kali ini, situasi tersebut masih tidak berubah.
Pada sebuah slot syarahan yang berlangsung di Kota Bharu Kelantan pada 9 Ogos lalu, Dr Zakir Naik telah mengeluarkan satu kenyataan bersifat rasis terhadap masyarakat Cina serta India di Malaysia.

Menurut laporan rakan media di Sinar Harian, kenyataan itu berbunyi, “Agama Islam tersebar secara aman menerusi para pedagang. Malaysia (awalnya) menjadi (negara) Muslim sepenuhnya. Kemudian Cina datang, India datang, Inggeris datang. Mereka adalah tetamu baru kita.”
Err.. “Kita” ?
Kenyataan tersebut nyata tidak dipersetujui oleh beberapa orang menteri negara. Terbaru, menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga inginkan Dr Zakir Naik dihantar pulang ke India.
Kata beliau menerusi kenyataan media melalui aplikasi WhatsApp, “Serangan ke atas saudara (berbangsa) Cina dan India adalah serangan terhadap semua rakyat Malaysia. Memanggil rakyat Malaysia sebagai ‘tetamu’ adalah tindakan yang tidak masuk akal.
“For God’s sake, they are Malaysians! Enough is enough..,” saran beliau.

Sebelum ini, Dr Zakir Naik menafikan tuduhan akan memecah belahkan masyarakat Malaysia melalui syarahan. Beliau berpendapat ramai pengkritiknya yang selalu salah tafsir ucapan beliau untuk tujian politik dan aniaya.
Dan untuk pengetahuan, beliau kini dikehendaki di India atas tuduhan rasuah serta pengubahan wang haram.
Sumber: Sinar Harian
∞
Pemilik nama Alif Satar sebelum ini pernah trending di laman Twitter berikutan sikap romantik terhadap isterinya, Sha Dila Hadid sering mendapat perhatian ramai.
Malah, pernah saja Alif mendapat gelaran lelaki paling gentleman dan juga disenangi ramai orang kerana sikapnya terhadap orang ramai.
Terbaru, Alif sekali lagi trending di Twitter, kali ini kerana dia dipercayai cepat menyelamatkan keadaan yang awkward semasa mengacarakan program Big Stage 2019.
Insiden tersebut dipercayai berlaku semasa salah seorang peserta dikritik oleh salah seorang juri bagaimanapun, juri tersebut kemudiannya berkata bahawa program ini adalah besar, malah pengacaranya juga besar merujuk kepada salah seorang lagi hos, Sherry Alhadad.
Susulan itu, Alif segera menyelamatkan keadaan dengan mengatakan ‘big talent’ membuatkan juri tersebut segera membetulkan ayatnya.
“Itulah yang saya maksudkan,” kata juri tersebut.
Demikian itu, netizen memuji tindakan pantas Alif tersebut.

Anyway, marilah kita bersangka baik…mungkin betul itu yang dimaksudkan oleh juri cuma tak sampai kata-katanya itu. Spread love not hate ya gais!
Foto: Instagram Alif Satar
∞
Tarikh 11 November mungkin menandakan hari besar-besaran jualan secara online.
ARTIKEL BERKAITAN: Lihat 7 Sale ‘Gila-Gila’ Sempena 11.11
Tapi, kami tidak sangkalah pula bahawa esok juga menandakan hari permulaan bagi Monsun Timur Laut ataupun musim tengkujuh di negara kita. Dalam tempoh ini, empat hingga enam kejadian hujan lebat dijangka akan berlaku.
Semasa fasa awal Monsur Timur Laut iaitu dari November hingga Disember 2020, hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Manakala mulai Januari 2021 pula, fasa hujan lebat akan lebih tertumpu di Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.
Hujan lebat untuk tempoh beberapa hari ini berpotensi mengakibatkan banjir di kawasan-kawasan kedudukan rendah dan kawasan kerap banjir. Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan ribut, risiko banjir boleh menjadi lebih buruk.
Selain itu, tiupan angin kencang secara berterusan dari Timur Laut akan menyebabkan laut bergelora dan ombak besar di perairan Laut China Selatan.
Orang ramai dinasihatkan bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh dan sentiasa peka dengan amaran hujan lebat serta angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan oleh Jabatan Metreologi Malaysia.

COVID-19 lebih mudah merebak di musim sejuk
Sekiranya kawasan korang berdepan dengan kejadian banjir dan terpaksa menetap di pusat penempatan sementara seperti sekolah atau dewan orang ramai, pastikan korang masih menjaga jarak fizikal. Dalam keadaan cuaca tidak menentu, risiko jangkitan Covid-19 lebih mudah berlaku.
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu kenyataan baru-baru ini memaklumkan wabak Covid-19 ini telah memasuki tahap yang membimbangkan pada akhir tahun ini.
Jelasnya, ketika hemisfera utara dilanda musim sejuk, semakin banyak kes yang dicatatkan terutamanya di Eropah dan Amerika Utara. Bukan itu sahaja, bantuan dan perhubungan keselamatan dan kesihatan juga semakin sukar untuk dicapai dalam keadaan cuaca tidak menentu.
Take care semua!
∞