Kisah Cinta Erra Fazira Yang Bermula Dengan Cara Paling Natural
SIAPA sangka, pelakon dan penyanyi legenda Erra Fazira berkenalan dengan bakal suaminya, Ezwan Zain atau lebih mesra dipanggil Mr. E, melalui cara yang cukup santai tetapi penuh warna-warni. Tiada drama cinta pandang pertama, tiada usaha berlebihan hanya pertemuan biasa yang akhirnya membawa kepada perjalanan hati yang luar biasa.
Menurut Erra Fazira, hubungan mereka bermula sebagai kawan, sebelum masing-masing mula melangkah ke fasa seterusnya. “Insya-Allah daripada kawan kita melangkah lagi satu langkah,” ujar Erra sambil mengukir senyuman manis.
Detik Pertemuan Yang Simple Tapi Sweet
Segalanya bermula pada tahun 2022 ketika Erra menjadi announcer undangan di Sinar FM. Rakan setugasnya memperkenalkan Erra kepada seseorang yang dikatakan “sebijik macam Erra”, dan dari situlah hati mereka mula dijentik tanpa dirancang.
Lebih kelakar, sewaktu pertemuan pertama itu, Erra menyangka Mr. E hanyalah pekerja stesen radio kerana cara dia duduk dan melayan semua orang. Sifat humble lelaki itu nyata menjadi antara perkara terawal yang mencuri perhatian Erra Fazira.
Putu Mayam Jadi ‘Ayat Mengurat’ Tak Disangka
Siapa sangka kuih tradisional boleh jadi love language seseorang?
Ads
Erra yang memang peminat tegar putu mayam terhibur apabila Mr. E makan kuih itu berkali-kali semasa sesi makan bersama. Dari gurauan tentang putu mayam itulah, mereka mula rapat dan semakin selesa antara satu sama lain.
“Saya tackle Erra pakai putu mayam ni… gurau je! Tapi memang betul itu kuih kegemaran dia,” seloroh Mr. E, disambut tawa Erra Fazira.
Kesederhanaan inilah yang membuatkan momen mereka terasa begitu asli dan comel.
6 Jam ‘Bergayut’, Padahal Erra Seorang Introvert!
Salah satu perkara paling mencuit hati yang dikongsikan Erra ialah dirinya tidak pernah berbual lama di telefon sehinggalah dia mengenali Mr. E.
“Pertama kali dalam hidup bercakap dalam telefon 6 jam. Saya macam… dia ni bila nak letak telefon?” kata Erra sambil ketawa. Sedangkan dirinya seorang introvert yang cepat penat dengan komunikasi, perbualan mereka mengalir begitu natural hingga Erra boleh letak telefon di tepi sambil buat kerja lain!
Di awal hubungan pula, mereka berdepan sedikit cabaran komunikasi kerana Erra tidak menggunakan WhatsApp. Ya, betul, Erra Fazira berhubung melalui WeChat di tahun 2024!
Ads
“Saya ingat dia tipu mula-mula,” cerita Mr. E. “Tapi rupanya Erra memang ‘rare’. Kami mula berhubung melalui Instagram.”
Erra mengaku dia berhenti menggunakan WhatsApp selepas menerima mesej daripada nombor tidak dikenali, selain tidak tahan melihat notifikasi yang banyak.
Keserasian Anak-Anak Jadi Tanda Penting
Walau hubungan mereka penuh humor dan momen lucu, perkara paling penting bagi kedua-duanya ialah penerimaan anak masing-masing. Kebetulan, mereka berdua memiliki anak perempuan berusia 16 tahun.
Bagi Erra Fazira, apabila anak boleh menerima, barulah dia yakin untuk meneruskan ke fasa seterusnya.
“Bila anak boleh terima, lega… Baru next fasa jumpa parents,” jelas Erra.
Adab, Hormat & Keselesaan Dalam Cinta Matang Mereka
Walaupun hubungan ini bermula dengan putu mayam dan sembang santai, perjalanan mereka melibatkan nilai yang sangat mendalam—kesopanan, kestabilan dan rasa hormat.
Pertemuan keluarga juga diatur dengan penuh adab, tanpa gopoh atau paksaan.
“Saya rasa lebih selesa kalau jumpa di luar, tak ada mata memandang. Adab tu penting,” kata Erra.
Kasih Onz & Tarikh Nikah Yang Ditunggu Ramai
Menariknya, pasangan ini kini tampil bersama dalam platform digital Kasih Onz untuk berkongsi pengalaman, refleksi dan perjalanan hubungan mereka.
Dan yang paling dinanti?
Erra Fazira mengumumkan bahawa mereka bakal bernikah pada 12 Disember ini satu berita yang pastinya membuatkan peminat menanti penuh debar dan gembira.
Penyanyi asal Jepun yang baru meningkat naik, Imase baru-baru berjaya menambat hati para peminat dalam konsert Imase 1st Asia Tour ‘Shiki’ Khamis lalu yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur.
Imase bukan sahaja memberikan penampilan yang bersemangat dan terbaik pada 20 Jun lalu. Malah, penyanyi berusia 24 tahun itu turut berinteraksi dengan para peminat dalam Bahasa Melayu dengan perbualan kasual seperti bertanya apakah makanan terkenal tempatan, tempat yang patut dikunjungi di Kuala Lumpur dan sebagainya.
Selain itu, Imase juga menyediakan skrip pendek dalam Bahasa Melayu lantas dan bersemangat menyapa peminat agar mereka rasa dialu-alukan dengan bertanya khabar dan sebagainya.
“Apa khabar semua! Nama saya Imase! Adakah anda semua tidak sabar untuk hari ini?” – Imase
“Saya sangat teruja untuk berjumpa dengan anda semua. Hari ini, jom! enjoy sama-sama ya! dan mari kita have fun sampai habis!” – Imase
Dalam pada itu, Imase turut memuji kecekapan para peminatnya yang turut mahir berbahasa Jepun semasa berinteraksi bersamanya. Imase juga sering menggunakan Bahasa Melayu untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan mereka.
Konsert ini bertemakan ‘Empat Musim Jepun’ dan penyanyi yang popular melalui lagu Night Dancer ini ingin peminat merasai pengalaman musim bunga, musim panas, musim gugur dan musim sejuk persis negara asalnya, Jepun dengan bertukar-tukar pakaian yang mencerminkan tema setiap musim.
Sementara itu, Imase juga mengambil peluang untuk mempromosikan album terbarunya Bonsai yang akan dilancarkan pada Mei lalu. Beliau mengakhiri konsert dengan tiga lagu dari album tersebut Bonsai, Lit dan Heroine meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi peminat-peminatnya di Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sempat melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Malaysia selama 5 bulan, membuka mata remaja Jepun ini tentang keunikkan negara kita.
Gadis Jepun ini ditemu bual oleh seorang pelajar Malaysia yang berasal dari Kuala Terengganu dan juga fasih berbahasa Jepun, saudara Ridzwan Mahazan memuat naik rakaman menemu bual rakannya dari Jepun yang pernah menuntut di Malaysia, menanyakan beberapa soalan yang dipetik dari Twitter mengenai Malaysia.
Menerusi temu bual itu, Yuna berkata orang di Malaysia mempunyai sikap yang baik seperti mesra dan tidak sombong. Mula-mula dia sampai ke Malaysia semua dah tegur jadi dia tak rasa malu sangat.
Antara perkara lain mengenai Malaysia, Yuna menggemari pencuci mulut Malaysia iaitu cendol sehingga menggunakan nama Instagram, @yuna_cendol. Yuna juga menyatakan jalan raya di Malaysia ‘menakutkan’ kerana jarak antara kereta yang bergerak terlalu rapat dan hal itu boleh mengakibatkan kemalangan.
Yuna turut ditanya pelbagai soalan yang dipetik dari Twitter antaranya makanan kegemaran, lokasi percutian dan keadaan cuaca di Malaysia.
Tapi apa yang menarik dan mengejutkan ialah bila Yuna Sato ditanya mengenai tandas di Malaysia. Yuna sejujurnya mengakui tidak menyukai kebersihan tandas di negara ini.
Menurut Yuna dia suka tinggal di Malaysia cuma bab tandas yang dibiarkan basah tanpa mengeringkannya itu sedikit menganggunya.
“Ada paip air dalam tandas kan? Kita basuh guna air paip kan. Lepas tu kita biar macam tu saja. Biar dia basah macam tu,” kata Yuna yang pernah menuntut di sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan.
Yuna menambah, sepanjang lima bulan berada di Malaysia beliau sedikit terseksa dengan situasi itu sehingga perlu membawa segulung tisu di dalam beg sebelum masuk ke tandas.
Selain mengenai tandas, Yuna turut mengadu kelewatan memulakan kuliah pengajian di universiti adalah salah satu perkara yang tidak disukainya apabila ditanya mengenai keburukan sikap orang Malaysia.
Aduh, malu pula penulis bila orang asing kata negara kita tak bersih dan tak masa kita tak punctual
Jadi harap-harapnya kita boleh la membuka mata dan mengambil memperbaiki segala kekurangan. Come, let’s work together! let’s make a better nation together!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang sebenarnya mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat Master atau PHD tapi teragak-agak dan tidak tahu macam mana nak mulakan.
Lebih-lebih lagi mereka yang sudah berkerjaya dan dah meninggalkan bidang pendidikan untuk beberapa lama. Niat di hati memang nak sambung belajar, cuma kadang timbul rasa ragu-ragu.
So guys, kalau ada berniat nak sambung belajar ke peringkat Master atau PHD, apa yang perlu korang buat?
Korang boleh refer panduan yang telah dikongsi oleh Dr. Mar yang juga merupakan seorang Pensyarah dan Penyelidik.
1. Diri sendiri
2. Jenis pengajian
Coursework, Mixed-mode & Research
3. Bagi yang pilih research, make sure..
4. Lokasi
5. Kewangan
6. Cara approach SV (by research)
Good luck guys!
Namun begitu, thread ini hanyalah pandangan peribadi beliau saja dan tidak menggambarkan pandangan universiti di mana beliau bekerja, atau mana-mana organisasi yang disertainya.
Jadi, korang nilailah sendiri ya?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi pelakon dan pengacara Izzue Islam, setiap watak yang dibawakan bukan sekadar soal mencabar kemampuan lakonan, tetapi pada masa sama perlu selari dengan batas...