Kini Korang Boleh Scan Untuk Follow Kawan Di Instagram Dengan ‘Nametag’!

Share

Satu persatu inovasi baru diperkenalkan oleh Instagram bagi memudahkan penggunanya menikmati pengalaman hebat dengan laman media sosial yang wajib dimiliki oleh semua remaja.

Pada hari ini, Instagram telah melancarkan feature baru dikenali sebagai ‘Nametag’. Ia merupakan sebuah feature boleh ubai mengikut citarasa pengguna yang bertindak seperti kad identifikasi bagi membolehkan rakan-rakan membuka profile korang dengan mudah.

Nametage memudahkan pengguna terutamanya yang baru berkenalan dalam real life

untuk berkenalan satu sama lain dan memperkenalkan akaun Instagram masing-masing.

Bagaimana ia berfungsi?

1

Di bahagian atas profile Instagram terdapat satu feature baru yang tersedia. Korang boleh set up Nametag di situ dan pilih opsyen yang tertera.

2

Pertama kali membuka opsyen ‘Nametag’ akan tertera seperti berikut. Instagram menerangkan bahawa kawan-kawan korang boleh scan Nametag korang di sini.

3

Di bahagian atas bertulis ‘color‘ korang boleh memilih style Nametag yang korang gemari. Selepas itu boleh tap di atas Nametag untuk melakukan customise

megikut selera masing-masing.

4

Untuk opsyen ini pula korang boleh gunakan untuk scan nametag rakan-rakan. Apabila korang tap di bahagian ‘scan a nametag’, kamera akan terbuka seperti di bawah. Then, you can start adding people in your following!

Untuk add rakan-rakan, Instagram akan membuka kamera agar korang dapat scan Nametag mereka.

5

Amacam, cool tak customization yang REMAJA buat ni? Nanti kalau jumpa admin bolehlah scan Nametag Majalah Remaja ya! 🙂

Ini merupakan beberapa customization

yang korang boleh buat iaitu color, emoji dan selfie!

Jadi apa pendapat korang dengan feature baru yang diperkenalkan oleh Instagram ini? Bagi REMAJA, this is something yang sangat cool. Bukan sahaja memudahkan untuk follow antara satu sama lain tetapi memberikan kita sebagai pengguna identiti yang unik dengan Nametag!

IKLAN