Kini Family Mart Pula Tawar Minuman Bubble Tea Dengan Harga RM4.90

Share

Sejak kebelakangan ini, ramai yang sepertinya obses dengan minuman bubble dan sanggup beratur panjang untuk mendapatkan minuman tersebut gara-gara viral di media sosial.

Harganya juga bukan calang-calang. Satu cup

kecil boleh mencecah sehingga RM15. Tapi disebabkan nak merasa, gigihlah juga beratur panjang dan melabur duit lebih sikit.

Kalau dah setiap minggu nak beli, boleh rabak jugak poket.

Don’t worry guys. Kini Family Mart pun dah ada minuman Brown Sugar Bubble Milk yang confirm akan bersaing sengit dengan jenama bubble tea yang lain.

Sebab apa? Sebab harganya yang jauh lebih murah, hanya RM4.90 pada waktu terhad sehingga 25 Jun ini. Kira macam harga pengenalan la. Selepas itu, ia akan dijual dengan harga RM6.90 setelah promosi tamat.

But still, masih lebih murah kan?

Apa lagi gais, jom serbu ramai-ramai.

IKLAN