Menyambut kelahiran cahaya mata sulung semestinya memori yang akan kekal terpahat di minda ibu bapa buat selamanya.Sembilan bulan mengandung bukanlah masa yang singkat.
Baru-baru ini, Sofyank, seorang pengaruh dan artis VFX Malaysia selamat bergelar seorang bapa setelah isterinya, Nabilah binti Ramli, berjaya melahirkan puteri pertama mereka pada 12 Disember.
Awhhh… cantik sangat tarikh kelahiran, 12.12!
Sofyank berkongsi berita gembira ini melalui cuitan di laman X (Twitter @sofyank96) berserta gambar yang memperlihatkan dia mendukung bayi mereka.
Ads
Pasangan ini turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan agar proses kelahiran anak pertama mereka berjalan lancar.
Pada Isnin lepas, Sofyank telah mengumumkan di laman Instagram tentang kehamilan isterinya yang sudah hampir melahirkan anak pertama tersebut dan meminta doa daripada orang ramai.
Pengumuman Sofyank ini mendapat sambutan positif daripada netizen, yang turut mengucapkan tahniah kepada pasangan ini atas kelahiran anak pertama mereka.
Menjenguk ke ruangan komen pula, terdapat segelintir netizen yang memberi komen berbaur usikan dan gurauan terhadap pasangan tersebut.
“Tahniah bro. Tapi tu real kan? Bukan effect kan?” tanya seorang netizen.
Ads
“Tahniah Pyan dan isteri. Semoga anak tersebut menjadi anak yang solehah. Jangan buat magic tiba-tiba minggu depan dah convo,” usik peminat lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem horror Korea, Whispering Corridors telah pun di-remake menjadi filem Indonesia, Death Whisper yang bakal ditayangkan diseluruh pawagam tanah air bermula 22 Ogos ini.
Mengisahkan tentang dua orang pelajar baru, Alex dan Maggie yang bersekolah tinggi eksklusif. Malangnya, mereka dibuli oleh pelajar lain terutamanya Andre, Erika dan Fahri. Apabila trio itu memaksa Alex untuk melakukan ritual, kesilapan berlaku menyebabkan satu roh jahat mula mengganas di sekolah tersebut.
Dibintangi oleh Amanda Rawles, Angga Aldi Yunanda, Arya Vasco, Naomi Paulinda, Teuku Ryzki, Remaja nak berikan korang sepasang tiket percuma ke tayangan perdana Death Whisper arahan Awi Suryadi pada 19 Ogos 2019 di TGV 1 Utama dengan hanya menjawab soalan mudah seperti berikut:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai anak selebriti tempatan dan luar negara mengikut jejak ibu atau bapa mereka dalam industri hiburan. Ini adalah perkara biasa dalam keluarga berdarah seni.
Minat yang sama mendorong mereka untuk turut serta dalam bidang seni, dan status sebagai anak selebriti memberi mereka kelebihan untuk dikenali peminat. Di Malaysia, kita sudah mengenali anak selebriti yang berkecimpung dalam industri hiburan. Kali ini, kami ingin kongsikan anak selebriti Bollywood yang turut mengikuti jejak langkah ibu atau bapa mereka.
1.Sara Ali Khan
Sara Ali Khan merupakan anak perempuan kepada pelakon terkenal, Saif Ali Khan. Dilahirkan pada 12 Ogos 1993, Sara sudah mula aktif dalam bidang lakonan pada tahun 2018 dan mendapat pujian ramai atas lakonannya. Dikatakan merupakan antara pelapis pelakon Bollywood yang paling laris dan mempunyai wajah jelita seperti ibunya, Amrita Singh, Sara Ali Khan berada di kedudukan pertama! Bahkan, adiknya Ibrahim Ali Khan pun dikatakan bakal ke layar perak juga.
2. Janhvi Kapoor
Menempa nama sebagai salah seorang anak pelakon yang paling disanjungi tahun 90-an merupakan jalan mudah kepadanya. Janhvi Kapoor merupakan anak kepada mendiang Sri Devi. Janhvi dilahirkan pada 6 Mac 1997, memulakan karier pada tahun yang sama seperti Sara Ali Khan iaitu 2018. Bukan sahaja anak kepada pelakon terkenal malah, ahli keluarganya juga terdiri daripada pelakon-pelakon terkenal lain seperti Anil Kapoor dan Arjun Kapoor.
3.Suhana Khan
Buat peminat Bollywood, pasti pernah lihat gadis ini bersama ayahnya yang digelar sebagai King Khan semasa dia masih kecil bukan? Suhana Khan merupakan anak gadis kepada pelakon, Shah Rukh Khan dan dilahirkan pada 20 May 2000. Oleh kerana selalu menerima tempias populariti ayahnya, Suhana pernah luah bahawa dia tidak suka tentang perkara itu. Oleh itu, Suhana memulakan kerjaya sebagai pelakon melalui filem pendek dahulu dan menjadi duta produk kecantikan.
4. Junaid Khan
Inilah nama yang baru-baru ini menjadi bualan ramai apabila secara tiba-tiba muncul di layar perak dengan filem Maharaj. Junaid Khan merupakan anak kepada pelakon yang ‘otai’ juga iaitu Aamir Khan. Dilabel mempunyai aura seperti pelakon terkenal Hollywood, Henry Cavill, dia banyak mempelajari tentang lakonan dari ayahnya yang dikenali ramai sebagai seorang yang sangat cerewet.
5.Ishaan Khatter
Ishaan ialah adik kepada pelakon popular, Shahid Kapoor. Dia memulakan kerjaya filemnya sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem pada tahun 2005. Agak privasi dan kurang menonjol dalam media sosial, Ishaan lebih memilih untuk terus belajar mengenai dunia lakonan dan bekerja di sebalik tabir. Namun, disebabkan abangnya sering menjadi bualan ramai, Ishaan tidak terlepas untuk dikaitkan serta dibandingkan oleh para media.
6.Shanaya Kapoor
Mungkin jarang didengari, tapi Shanaya Kapoor merupakan antara nama yang dijanjikan bakal memeriahkan industri perfileman India. Dia merupakan anak perempuan kepada hero filem Bollywood tahun 90-an iaitu Sanjay Kapoor. Memudahkan lagi perjalanannya dalam industri ini adalah dia rapat dengan pengarah filem popular iaitu Karan Johar yang sering memperkenalkan pelakon-pelakon baharu.
7. Aryan Khan
Akhir sekali, merupakan anak teruna kepada King Khan juga iaitu Aryan Khan. Dia merupakan abang kepada Suhana Khan yang sudah menempa nama dalam bidang lakonan. Walaupun pernah menyatakan bahawa tidak berminat dengan dunia lakonan serta populariti, namun ramai dalam kalangan peminat Bollywood tertanya-tanya bila Aryan akan muncul di dalam filem. Wajah kacak persis ayahnya, SRK, perlu ditunjuk!
Cantik dan kacak masing-masing. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi popular, Aina Abdul memaklumkan dia akan meneruskan berkarya di atas pentas walaupun menerima pelbagai reaksi yang kurang enak didengar ketika di kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38), baru-baru ini.
Pelantun lagu hit Terus Hidup itu berkata, penat lelah dan setiap perincian yang dipersembah buat para penonton itu harus dibanggakan menerusi sepanjang anugerah berkenaan.
“Saya tiada apa nak katakan mengenai perkara ini kerana apa yang saya tontonkan di AJL itu adalah DNA saya. Selain itu, ia juga adalah hasil kerja yang harus saya banggakan menerusi sepanjang anugerah gilang gemilang itu.
“Daripada pentas, pencahayaan, penampilan, susunan muzik di AJL adalah persembahan yang paling saya banggakan. Saya akan teruskan untuk melakukan lebih banyak lagi karya sebegini,” katanya kepada Remaja.
Dalam pada itu, Aina turut berpuas hati dengan segala susun atur yang dipersembahkan pada malam AJL38.
“Lagi orang cakap ‘over’, lagi saya akan terus lakukan kerana saya tidak nampak pun apa-apa yang salah dengan karya yang saya persembahkan ini. Di kaca televisyen nampak cantik, bila saya tonton ‘footage’ semula saya rasa gembira dan memang ini yang saya mahukan.
“Saya memberitahu dengan team, jika kita nak persembah musim luruh, kita perlu benar-benar memberi musim itu di atas pentas besar tersebut. Kita memang nak bagi seperti Nami Island di situ. Tetapi tidak mengapalah, orang nak komen apa, komenlah…” ujarnya.
Sebagai pemenang tempat ketiga, penyanyi lagu popular Jangan Mati Rasa Itu tersebut membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan trofi.
Selain itu, Aina juga memenangi kategori Vokal Terbaik dan berjaya membawa pulang hadiah RM12,000 serta trofi dan juga kategori Pilihan Alha Alfa dan membawa pulang RM12,000 dan trofi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...