Penyanyi dan pelakon popular Korea Selatan, Kim Se-jeong (30) baru-baru ini memberi kejutan kepada peminat apabila mengumumkan siri jelajah fan-concert terbarunya “Tenth Letter” pada 24 November lalu. Pengumuman tersebut dibuat menerusi hantaran rasmi di media sosial miliknya sekaligus mengesahkan beberapa destinasi serta tarikh konsert yang bakal berlangsung sepanjang tahun 2026.

Difahamkan, jelajah ini akan membuka tirai dengan dua malam persembahan di Seoul pada 10 dan 11 Januari 2026 bertempat di YES24 Live Hall. Konsert seterusnya turut dijadualkan berlangsung di beberapa lokasi antarabangsa termasuk di Kuala Lumpur, Taipei, Melbourne, Sydney, Manila, Hong Kong, dan Yokohama. 

Kembali Bertemu Peminat Di Malaysia! Kim Se-jeong Bakal Hangatkan Kuala Lumpur Mac Tahun Hadapan

Kembali Bertemu Peminat Di Malaysia! Kim Se-jeong Bakal Hangatkan Kuala Lumpur Mac Tahun Hadapan
Sejeong yang pernah menghangatkan peminat di Malaysia pada tahun lalu

Ini juga menandakan kembalinya Kim Se-jeong ke Malaysia selepas penampilan terakhirnya pada tahun 2024, jelajah Tenth Letter ini turut membawa signifikan istimewa buat peminat apabila tahun 2026 menandakan ulang tahun ke-10 debutnya dalam industri hiburan Korea selepas kemunculannya sebagai ahli kumpulan I.O.I pada tahun 2016.

Ads

Dalam satu lagi pengumuman berasingan, Kim Se-jeong turut berkongsi bahawa jelajah ini akan merangkumi sebanyak 14 negara setakat ini. Walaupun maklumat penuh bagi setiap hentian masih belum didedahkan, poster rasmi jelajah tersebut menunjukkan penyanyi itu bakal mengadakan siri persembahan berskala besar bagi meraikan perjalanan kariernya selama sedekad.

Kembali Bertemu Peminat Di Malaysia! Kim Se-jeong Bakal Hangatkan Kuala Lumpur Mac Tahun Hadapan

Ads

Kembali Bertemu Peminat Di Malaysia! Kim Se-jeong Bakal Hangatkan Kuala Lumpur Mac Tahun Hadapan

Ads

Dalam perkembangan terkini, Kim Se-jeong kini sedang membintangi drama terbaru berjudul ‘Moon River’ bersama pelakon terkenal, Kang Tae Oh. Drama tersebut menerima perhatian peminat sejak tayangan episod pertama, sekaligus menambah keterujaan menjelang siri jelajah yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Untuk makluman, konsert Tenth Letter bakal menghangatkan Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 7 Mac 2026 dan maklumat lanjut mengenai penganjur, harga tiket dan sebagainya bakal diumumkan dari masa ke semasa. Setakat ini, peminat masih perlu menantikan pengumuman lanjut bagi memastikan mereka tidak terlepas peluang mendapatkan tempat terbaik.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads