Baru-baru ini, pelakon ternama Korea Selatan, Kim Namgil bersama Profesor Seo Kyungduk dari Sungshin Women’s University mencuri perhatian apabila berganding bahu dalam menyumbangkan pelbagai peralatan kelengkapan pendidikan kepada Monterrey Hangul School di Mexico bersempena sambutan Hari Hangeul ke-579.
Usaha Globalisasi Hangeul
Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada projek berterusan mereka dalam kempen Hangeul Globalization Campaign yang bermula dengan sumbangan pertama ke New York City School of Korean Studies. Selepas itu, sumbangan turut disalurkan ke Canamsadang School of Korean Culture di Vancouver, Kanada, dan Hangul Learning Center di Budapest, Hungary. Kini, Monterrey menjadi destinasi keempat dalam siri projek globalisasi Hangeul ini.
Kim Namgil yang popular menerusi drama The Fiery Priest, Trigger, Live Up To Your Name, Island
Matlamat Kempen Globalisasi Hangeul
Melalui kempen ini, kedua-dua tokoh berhasrat membantu sekolah hujung minggu serta kumpulan pelajar asing yang tekun mempelajari bahasa Korea di seluruh dunia. Usaha ini bukan sahaja menyokong pendidikan tetapi juga memperkukuh proses globalisasi Hangeul sebagai bahasa dan warisan budaya yang dihormati di peringkat antarabangsa.
Menurut Profesor Seo Kyungduk, mereka baru-baru ini telah menyumbangkan pelbagai peralatan pendidikan seperti smart TV, komputer riba dan alat tulis kepada Monterrey Korean School di Mexico. Profesor Seo, yang bertanggungjawab menguruskan projek ini, menjelaskan bahawa inisiatif ini diilhamkan oleh semangat untuk memartabatkan bahasa Korea.
Ads
Profesor Seo yang bertanggungjawab menguruskan projek Hangeul Globalization Campaign
Peranan Fenomena K-Pop dan K-Drama
Dengan fenomena K-Pop dan K-Drama yang semakin popular di seluruh dunia, semakin ramai warga asing dan generasi Korea di luar negara berminat untuk mempelajari bahasa serta budaya Korea. Melihat situasi ini, Kim Namgil dan Profesor Seo ingin membantu usaha pendidikan tersebut sebagai sebahagian daripada misi globalisasi Hangeul.
Dalam kenyataannya, Kim Namgil menegaskan bahawa mereka akan terus memberikan sokongan kepada organisasi di seluruh dunia yang aktif menjalankan pendidikan Hangeul. Beliau percaya bahawa pelaburan dalam pendidikan bahasa akan membawa impak positif terhadap hubungan budaya antara masyarakat global dan Korea.
Ads
Peningkatan Pengaruh Global Hangeul
Sementara itu, inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh kedudukan Hangeul sebagai bahasa yang semakin mendapat perhatian global, malah menghubungkan generasi baharu dengan akar budaya Korea melalui pendidikan. Ia menjadi bukti nyata bahawa globalisasi Hangeul bukan sekadar teori, tetapi dilaksanakan melalui tindakan sebenar oleh tokoh berpengaruh seperti Kim Namgil dan Profesor Seo.
Ads
Selain itu, Profesor Seo dan Kim Namgil turut terlibat dalam video promosi untuk acara 2025 Hangul Hanmadang, sebuah festival budaya yang menghimpunkan masyarakat dunia bagi meraikan keindahan serta keunikan Hangeul. Acara ini turut menjadi simbol kepada kejayaan kempen globalisasi Hangeul di peringkat antarabangsa.
Secara keseluruhannya, sumbangan dan dedikasi Kim Namgil terhadap pendidikan Hangeul mencerminkan usaha berterusan dalam memperkukuh pengaruh budaya Korea di peringkat global. Globalisasi Hangeul bukan sekadar memperkenalkan sistem tulisan Korea, tetapi juga mengangkatnya sebagai warisan budaya yang wajar dihargai oleh masyarakat antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, bintang K-Pop popular, Taeyong NCT sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila mengumumkan jelajah solo Asia pertamanya selepas secara rasmi menamatkan latihan khidmat ketenteraan pada 14 Disember lalu. Khabar ini sekaligus menandakan kemunculan semula beliau dalam industri hiburan dan membuktikan kesungguhan Taeyong untuk kembali aktif dalam industri muzik selepas 20 bulan berkhidmat sebagai tentera laut.
Menerusi sebuah kenyataan rasmi daripada SM Entertainment, Taeyong atau pemilik nama sebenar Lee Taeyong (30), bakal memulakan jelajah solo Asia ‘TY TRACK – REMASTERED’ dengan dua persembahan pembukaan di Seoul pada 24 dan 25 Januari akan datang. Konsert ini juga merupakan versi terbaru kepada konsert solo sulungnya ‘TY Track’, yang telah berlangsung pada Februari 2024.
Selepas Seoul, pelantun lagu ‘Love Theory’ itu akan meneruskan jelajahnya ke beberapa bandar utama di Asia termasuk Jakarta, Yokohama, Macao dan Bangkok, sebelum singgah ke Kuala Lumpur sebagai destinasi seterusnya.
Difahamkan, konsert di Malaysia akan berlangsung di Idea Live Arena Kuala Lumpur pada 11 April 2026 dan dianjurkan oleh iMe Malaysia. Ini sekaligus menandakan kemunculan solo pertama Taeyong di negara ini sejak kali terakhir beliau menjejakkan kaki ke Malaysia bersama NCT pada tahun 2017.
Di samping itu, konsert jelajah ini juga membawa signifikan tersendiri buat Taeyong yang mula mencipta nama sebagai artis solo sejak Jun 2023. Sehingga kini, beliau telah melancarkan dua EP solo iaitu ‘Shalala’ pada 2023 dan ‘TAP’ pada 2024 yang memperlihatkan sisi artistik serta identiti muziknya secara lebih peribadi.
Untuk perkembangan terkini, Taeyong dijangka kembali menemui peminat lebih awal menerusi penampilan khas dalam sebuah program muzik terbitan SBS sempena sambutan Krismas, sekaligus menjadi penampilan pertamanya di kaca televisyen selepas tamat perkhidmatan tentera.
Bagi peminat di Malaysia khususnya NCTzen, kehadiran Taeyong pada April 2026 pastinya menjadi momen yang paling dinantikan, lebih lagi apabila ia menandakan kepulangan semula penyanyi rap tersebut selepas hampir sedekad tidak membuat persembahan di negara ini.
Sementara itu, maklumat lanjut berkaitan pelan tempat duduk dan penjualan tiket dijangka akan diumumkan oleh iMe Malaysia menerusi saluran media sosial rasmi mereka dalam masa terdekat. Dengan kembalinya Taeyong ke pentas secara penuh bertenaga, jelajah ini dijangka menjadi antara konsert K-Pop paling dinanti pada tahun hadapan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menurut sumber, ahli BLACKPINK itu telah membeli sebuah vila di kejiranan ‘UN Village’ yang terkenal di Seoul tanpa sebarang pinjaman.
Dia dilaporkan telah membeli apartmen mewah itu secara tunai dan mendaftarkan alamatnya dengan pejabat perbandaran tempatan.
Di tengah-tengah laporan rundingan kontrak Jennie dengan YG Entertainment, ahli BLACKPINK itu didapati dilaporkan telah membeli sebuah unit di kompleks vila LaTerrace di UN Village pada Julai lalu.
Pangsapuri seluas 2636 kaki persegi itu dikatakan mempunyai 5 bilik tidur dan 3 bilik mandi, dan Jennie dilaporkan telah membuat bayaran pendahuluan sebanyak 10% untuk tempat itu pada Februari 2021.
Jirannya termasuk pelakon terkenal Lee Jong Suk, yang didakwa memiliki sebuah apartmen di kompleks yang sama.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dua penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika baru-baru ini memberikan kejutan kepada peminat masing-masing apabila mengumumkan bakal mengadakan konsert ‘The Journey of Sound’ yang bakal diadakan di Stadium Merdeka pada 14 Disember ini.
Judika atau nama sebenar Judika Nalon Abadi Sihotang (46) berkata, beliau tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju selepas mendapat tawaran berkolaborasi bersama penyanyi lagu ‘Biarlah Rahsia’ itu
“Bila saya dengar nama datuk (Siti Nurhaliza) terus tidak ada kata-kata lain langsung kerana saya memang mengaguminya dari dulu, jadi bila diminta untuk buat konsert dengan Datuk saya terus pilih tarikhnya. Ini antara salah satu impian saya untuk nyanyi bersama bakal jadi kenyataan”
“Dulu waktu Datuk buat konsert di Axiata Arena, saya hanya datang jadi tetamu sahaja dan waktu saya pula buat konsert di sana (Axiata Arena) dan ingin minta Datuk nyanyi sekali tapi jadual tidak sesuai. Jadi konsert ini akan jadi konsert ‘balas dendam’ saya kerana boleh berkolaborasi,” Judika berseloroh ketika sidang media konsert ‘The Journey of Sound’ di Kuala Lumpur pada Khamis.
Dalam pada itu, Siti Nurhaliza pula menyifatkan Judika sebagai seorang penyanyi serba-boleh dan menyakinkan para peminat yang hadir di konsert tidak akan kecewa dengan persembahan yang bakal disajikan selama tiga jam.
“Judika ini senang sangat bekerja dengannya, sebab kalau saya bagi lagu orang lain seperti Cakra Khan, Faizal Tahir pun suaranya semua boleh masuk malah dia boleh buat style dia tersendiri. Saya suka sangat terutamanya bila dapat bersama atas pentas dengan artis yang ada karisma, karakter serta aura memukau,” ujar Siti Nurhaliza.
Selain itu, kedua penyanyi yang bakal mengegarkan pentas konsert ‘The Journey of Sound’ itu juga teruja apabila untuk melakar sejarah menjadi antara penyanyi terawal membuat persembahan di stadium yang boleh memuatkan sehingga 26,000 peminat setelah siap diubah suai nanti.
‘The Journey of Sound’ akan menjadi konsert mega daripada dua penyanyi ini, dari negara berbeza namun dengan tujuan sama iaitu mengukuh dan mengeratkan silaturrahim peminat muzik di Nusantara.
Pembelian tiket boleh dibuat melalui www.ticket2u.my bermula 12 Oktober, tiket dijual pada harga RM 199 (CAT 5), RM 299 (CAT 4), RM 399 (CAT 3 LOWER / UPPER), RM 499 (SEAT 3), RM 599 (SEAT 2), RM 699 (SEAT 1), RM 799 (ROCK ZONE), RM 799 (VIP ROYAL BOX), RM 899 (VIP ROCK ZONE), RM 1,199 (VIP) dan RM 1,299 (SUPER VIP).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!