Cemas, resah gelisah dan teruja bercampur baur. Mungkin itulah perasaan mereka yang menanti saat-saat manis bakal bergelar ayah. Begitu besar tanggungjawab yang digalas oleh insan yang bergelar ayah, papa, abah, daddy, walid dan berbagai macam panggilan diberikan.
Sumber Gambar : Photo by kelvin octa from Pexels
Baru-baru ini, Ustaz Don Daniyal menerusi laman Facebooknya mengajar kita semua tentang cara tahnik bayi yang baru lahir dengan betul. Sudah tentu ini boleh dijadikan panduan oleh bapa-bapa muda diluar sana.
Sebelum itu, untuk pengetahuan korang apa yang dimaksudkan dengan tahnik adalah mengunyah tamar atau selainnya kemudian disapukan kepada lelangit bayi.
Hukum mentahnik bayi merupakan satu sunnah. Perkara ini telah dijelaskan oleh Imam al-Nawawi. Kata beliau :
“Adapun berkaitan hukum hakam yang terdapat di dalam hadis ini, terdapatnya hukum sunat mentahnikkan anak yang baru lahir. Juga berkaitan keharusan mengambil berkat daripada orang yang soleh dan baik. Di dalam hadis itu juga terdapat hukum sunatnya membawa kanak-kanak menemui orang yang soleh untuk bertabarruk dengan mereka.
Rujuk Syarh Sahih Muslim (14/143)
Ini Perkongsian Ustaz Don Daniyal
Ads
Maaf, kelmarin saya tak tunjuk full video. Hat ni saya tunjuk. Terima kasih jugak kat kawan saya Hafiz Ngadenan sudi edit bagi ada subtitile bagi semua mudah nak follow. Cara dia saya copy semula hat kelmarin punya. Ok? Moga-moga bermanfaat untuk semua.
Langkah 1
Sediakan kurma (ajwah terbaik) dan air zamzam (dpt mcm dlm botoi eyemore tu syempoi. Tapi jangan silap p sumbat eyemore. Jahanam anak Bang)
Langkah 2
Istighfar (agar Allah ampun dosa kita (bapak), dan nnt nk doa, mudah Allah kabul)
Langkah 3
Mula dengan Al-Fatihah
Langkah 4
Ayat Kursi (boleh mula بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم atau teruih baca saja. Betui dua dua)
Langkah 5
-Selawat Syifa
-Selawat Kamilah (nnt dengaq dalam video na)
Langkah 7
Amik Kurma. Kunyah2 sampai lebik. Amik dengan jari. Kalau takut, pakai jari kelingking kecik sikit. Biasanya jari telunjuk. Masuk dalam mulut baby. Nnt tgk video mcm mn nk masukkan dlm mulut anak na. Kena ada skill. Hahahahha.
Ads
Langkah 8
Sambil jari dalam mulut, bacakan ayat 33-37 Surah Ali Imran
Langkah 9
Cabut jari. Suap air zamzam. Bacakan doa yg saya baca. Itu dr Arwah TG Dato Haron Din. Doa tu dalam video.
Langkah 10
Baca Doa. Bab ni boleh baca apa saja doa. Apa saja bahasa. Semua Allah faham. Yang penting, keikhlasan hati seorang Bapak mendoakan anaknya.
Doalah dengan penuh
– ikhlas
– tawadhuq
– berharap Allah dengaq n perkenankan
– sungguh-sungguh.
Kesimpulannya, tahnik bayi adalah satu sunnah. Ia tidaklah sampai ke tahap wajib. Dan jika seseorang itu meninggalkan perkara tersebut tidaklah dikira berdosa. Seelok-eloknya yang mentahnikkan bayi itu adalah dari kalangan orang yang berilmu dan soleh seperti mana yang dijelaskan oleh Imam al-Nawawi.
Sumber : Ustaz Don Danial , muftiwp.gov.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak kisah lah korang ada wajah cantik, atau handsome, tapi kalau badan berbau datang daripada lipatan ketiak atau peluh, pasti boleh mencacatkan penampilan.
Menurut pakar perubatan moden, bau badan disebabkan kewujudan bakteria atau kuman. Bakteria itu akan memecahkan protein sehingga menjadi masam dan berbau busuk. Jadi, pastinya setiap pagi kita wajib pakai deodorant. Wajib okay!
Tapi kalau dah terlupa pakai macam mana? tak kan nak biarkan ‘haruman’ korang dihidu orang. Hmm, so dalam keadaan macam ni apa yang korang kena buat? Boleh ikut step ini ya.
1. Apa yang korang boleh buat adalah pergi cari hand sanitizer percuma yang ada tergantung di dinding-dinding office atau di tempat awam.
Kalau takde carilah rakan office yang jenis mak-mak sikit. InsyaAllah ada hand sanitizer dalam beg tangan diorang. Minta baik-baik dengan diorang, bukan curi.
2. Pergi tandas, keringkan dengan tisu kemudian sapulah ketiak dengan sanitizer. InsyaAllah, ketiak takkan berbau, paling tidak sampai kita balik rumah nanti.
Kenapa pakai sanitizer
Logiknya pakai sanitizer adalah, kita tahu kan punca bau badan adalah disebabkan bakteria yang terperangkap di celah ketiak. Maka di situlah gunanya sanitizer.
Ads
Ia untuk membunuh kuman yang ada di bahagian ini. Dalam masa yang sama dapatlah juga mewangikan ketiak kalau guna sanitizer yang ada pewangi! Bijak kan?
Tip ini boleh kita amalkan kalau travel dan lupa bawa deodorant. Hand sanitizer pun boleh jadi penyelamat tau.!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Meskipun isu pemain warisan pernah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat bola sepak tempatan, semangat untuk menjejaki bakat berdarah Malaysia di luar negara tetap tidak pernah luntur.
Terbaharu, laman penyokong Harimau Abroad di platform X menemui satu lagi figura menarik iaitu Laikha Macwilson, pemain bola sepak wanita berdarah campuran yang kini beraksi bersama kelab Gold Coast Bond University di Australia.
Menariknya, Laikha bukan sahaja pemain utama pasukan, malah turut memegang tanggungjawab sebagai ketua pasukan.
Sejak tahun 2024, beliau juga memulakan langkah baharu dalam bidang kejurulatihanapabila dilantik sebagai pengendali pasukan wanita Bond University Soccer.
Baru-baru ini, pihak kelab mengesahkan bahawa Laikha akan kembali membimbing pasukan tersebut bagi musim 2025, selepas mencipta kejayaan luar biasa pada musim sebelumnya.
Di bawah kendaliannya, pasukan itu berjaya meraih promosi ke Divisyen 1, menamatkan saingan di tangga kedua liga serta mara ke perlawanan Grand Final, antara pencapaian terbaik dalam sejarah kelab berkenaan.
Atas prestasi cemerlang itu, Laikha turut dinobatkan sebagai Jurulatih Terbaik (Coach of the Year) bagi kategori komuniti dalam Anugerah Queensland Football Gala, menjadikannya antara jurulatih muda wanita paling menonjol di wilayah Queensland.
Bukan itu sahaja, Laikha terus membuktikan kemampuannya apabila membantu pasukan merangkul kejuaraan South Coast Senior Women Division 1 bagi musim 2025.
Beliau juga aktif dalam pertandingan futsal wanita di peringkat komuniti di Australia.
Dalam satu kenyataan di laman Women Football Malaysia, Laikha mengesahkan bahawa beliau mempunyai darah keturunan Malaysia melalui ibunya, selain mendedahkan bahawa dirinya merupakan adik kepada pelakon terkenal tanah air, Zahirah Macwilson.
“Saya dilahirkan di England, tetapi mempunyai darah warisan Malaysia. Kakak saya ialah Zahirah Macwilson,” katanya dalam satu tangkap layar perbualan yang dikongsi di media sosial.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
.Selain wajah, rambut juga sering menjadi perhatian para wanita mahupun lelaki. Namun, pernah tak korang terfikir sama ada syampu yang dipakai hari-hari tu sebenarnya baik atau tidak penggunaannya untuk diri kita?
foto via pexels
Biarpun dalam seseorang itu lebih penting, bahagian luaran kita juga wajib dijaga sebaik mungkin demi kepuasan diri sendiri. Pemberian Tuhan kan, haruslah kita menjaganya.
Baru-baru ini kecoh apabila terdapat kajian mengatakan botol syampu merupakan antara punca kenapa seseorang itu boleh gemuk. Lapor Daily Mail, saintis menemukan 11 bahan kimia yang boleh menjejaskan metabolisme sekaligus menyumbang kepada penambahan berat badan dalam produk harian tersebut.
Antara produk harian itu termasuk botol minuman, span dapur dan perapi rambut.
Sebelum ini, perkara ini juga pernah dijelaskan oleh Dr. Siti Aniza Basir yang menegaskan bahawa produk syampu yang ada di pasaran sekarang mengandungi beberapa bahan yang boleh menyebabkan gangguan pada keseimbangan hormon estrogen dan progesterone.
Malah, kumpulan penyelidik dari Universiti Sains dan Teknologi Norway mengkaji 34 produk plastik berbeza untuk menilai bahan kimia terkandung di dalamnya.
Mereka menemukan lebih 55,000 komponen kimia berbeza di dalam produk tersebut dan mengenal pasti 629 bahan.
Daripada jumlah itu, sebanyak 11 bahan kimia dikesan mengganggu metabolisme. Eksperimen makmal juga menunjukkan bahan kimia daripada satu pertiga produk plastik menyumbang kepada pembangunan sel lemak dalam badan.
Bahan dalam produk itu bertindak menyusun semula sel prekursor untuk menjadi sel lemak yang kemudian membiak dengan cepat dan mengumpul lebih banyak lemak.
Sekarang, korang dah tahu kan kenapa syampu organik tu mahal? Dan tak hairanlah kalau kita lihat promosi syampu yang ada dipasaran dijual dengan harga rendah.