
Sejak dari tahun lepas kita diuji dengan ujian yang begitu getir buat seluruh masyarakat dunia disebabkan wabak pandemik yang memberi kesan pada kehidupan harian kita.
Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sangat perlu dilaksanakan dikala kes baru Covid-19 yang kian meningkat hari demi hari. Namun, bukan semua bernasib baik dapat berkerja dari rumah malah ada juga yang terpaksa berhenti berniaga di kala PKP disebabkan kebanyakan sektor ekonomi ditutup.
Baru sebentar tadi, Mufti Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui laman Facebook rasmi membuat hebahan Permohonan Bantuan Kecemasan 3.0 telah dibuka. Permohonan boleh dibuat bermula hari ini sehingga 30 Jun 2021.
Sebelum membuat permohonan, anda perlu semak terlebih dahulu sekiranya anda tersenarai dalam penerima automatik inisiatif MAIWP Prihatin – Kasih Asnaf 3.0 di sini. Jika tidak tersenarai, anda boleh membuat permohonan di laman web rasmi Baitulmal MAIWP.
Bantuan kepada penerima Bantuan Kecemasan 2.0 akan disalurkan secara automatik dan tidak perlu membuat permohonan baharu. Permohonan dibuka kepada golongan B40 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang terjejas pendapatan.
Rata-rata wargenet juga meluahkan rasa syukur dengan bantuan yang diberikan oleh MAIWP ini.

Sumber: Facebook MAIWP
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
9 Ditahan Dalam Kes Pelajar Kena Belasah Sambil Dinyanyikan Lagu Happy Birthday

Dalam beberapa hari ini telah tular sebuah rakaman video seorang pelajar sekolah menengah dipukul oleh beberapa rakannya. Menerusi rakaman video yang tular itu, mangsa didapati dipukul oleh beberapa orang pelajar lain sebagai salah satu cara untuk ‘menyambut’ hari jadi.
Pelbagai reaksi yang telah diluahkan oleh netizen berikutan rakaman belasah yang memang nampak sangat menyakitkan buat mangsa. Menurut komen-komen dari netizen, perkara seperti ini bukanlah satu benda baru tetapi dianggap sebagai ‘tradisi’ di kalangan pelajar sekolah menengah sekarang.

Berikutan dengan kejadian tersebut, mangsa telah membuat laporan polis. Menurut Ketua Senior Asisten Komisioner Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat berkata mangsa yang berusia 17 tahun tersebut melakukan laporan polis di ibu pejabat polis pada Ahad lalu.
Jelas beliau, insiden tersebut berlaku pada 8 Februari dan pihak polis telah sebenarnya telah mula melakukan siasatan terlebih dahulu sebe;um mangsa membuat laporan. Mangsa dikatakan membuat laporan polis pada jam 9 pagi pada hari Ahad.

Tambah beliau lagi, siasatan tersebut dijalankan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Difahamkan kejadian ini berlaku di sebuah sekolah di Shah Alam dan polis kini sudah mengenal pasti semua pelajar yang terlibat. Pihak sekolah juga telah mengadakan siasatan dalaman.
Dan semalam, seramai 9 orang pelajar telah ditahan oleh pihak polis sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. Mereka telah ditahan sekitar jam 11.30 pagi pada Isnin sebelum dibebaskan pada jam 4.45 petang.
Rakam video selama 30 saat yang tular itu menampilkan seramai lapan orang pelajar menyanyikan lagu Happy Birthday sebelum memukul mangsa dengan batang penyapu, menendang dan menumbuk mangsa.
Nasihat Remaja, jika korang menjadi saksi kepada kejadian seumpama ini janganlah berdiam diri. Lakukan sesuatu seperti melaporkan kepada guru dan pihak berkuasa. Jangan nanti sudah berlaku kecederaan parah atau lebih teruk lagi kematian, barulah semua nak tergadah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Main Kutu Satu Kesalahan Jenayah, Denda RM500,000 & Penjara 10 Tahun Untuk Ibu Kutu

Ramai mungkin tidak sedar ia satu kesalahan jenayah. Di sebalik ramai main kutu sesama kawan, konon untuk membayar road tax, pergi travel, membeli barang peribadi seperti emas, barangan dapur dan sebagainya tanpa sedar ia adalah salah di sisi undang-undang yang mana pelakunya boleh dikenakan denda RM500,000 dan penjara 10 tahun lamanya jika ada laporan dibuat terhadap mereka.
Memetik laporan Berita Harian, main kutu adalah satu kesalahan dan pesalah boleh didenda tidak lebih daripada RM500,000 atau dipenjara tidak lebih sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), melalui laman Facebook (Fb) Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police, memaklumkan terdapat beberapa kes apabila penganjur atau ‘ibu kutu’ yang menghilangkan diri bersama wang yang dibayar pelabur atau peserta.
“Di bawah Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971, salah di sisi undang-undang menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu.
“Mana-mana orang untuk menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu dan mana-mana orang yang menjalankan perniagaan itu melakukan suatu kesalahan.
“Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya,” menurut makluman itu.
Pihak polis turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati jika menyertai mana-mana kutu kerana selain melanggar undang-undang, ia juga berisiko untuk ditipu.
“Tetapi, jika ibu kutu lari (menghilangkan diri), anda tetap boleh membuat laporan polis di balai berhampiran dan kebiasaannya kes ini akan dipindahkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk disiasat,” katanya.
Akhbar NSTP sebelum ini juga pernah melaporkan beberapa kejadian mangsa ditipu ibu kutu terutama membabitkan pakej umrah yang ditawarkan syarikat tertentu dengan tawaran menarik.
Dalam sat ukes pernah terjadim sembilan wanita di Segamat, Johor, dilaporkan kerugian ribuan ringgit selepas diperdaya ibu kutu berusia 30-an yang melarikan wang pelaburan mereka.
Mangsa yang sebahagian besar adalah suri rumah, mendakwa melabur RM200 hingga RM4,500 bagi mendapatkan pulangan berkali ganda seperti dijanjikan ibu kutu yang juga seorang wanita. Sumber : BERITA HARIAN ONLINE
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 10 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/www.remaja.my-1-3.jpg)
2018 meninggalkan kita dengan pelbagai peristiwa pahit manis yang banyak menjadi teladan buat semua rakyat Malaysia.
Tak kurang juga dengan berita sedih yang kita terima sepanjang tahun ini.
Kisah mendiang adik Satiswaran menjadi satu tamparan buat masyarakat kerana kematiannya berpunca daripada sikap tidak bertanggung jawab masyarakat sekeliling.
Berikut merupakan coretan kisah ini yang berlaku sekitar Januari lalu.
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 11 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/12/2018.jpg)
Tiada apa lagi yang cukup menyedihkan bila mana seorang ibu melihat anak meninggal di depan mata sendiri.
Dengan cara kematian yang agak tragis, terpaksa menadah otak anak dengan kedua belah tangan sebelum anaknya rebah dipangkuannya, pengalaman inilah yang dilalui oleh Kasthuribai A/P M. Sattayappan, 45 tahun apabila anaknya mati di depan mata selepas terkena balingan sebuah kerusi pejabat dipercayai dari tingkat 21 Flat PPR Seri Pantai (Blok 102), Jalan Pantai Dalam, Kuala Lumpur dalam kejadian semalam.
Menceritakan kejadian lebih lanjut kejadian malam semalam yang membawa kepada kematian anak bongsunya, kata Kasthuribai, dia bersama mendiang anak bongsunya, Satiswaran turut ke bawah flat PPR itu kerana anaknya mahu membeli kad tambah nilai untuk membuat kerja sekolahnya.
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 12 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/IMG_20180116_100001-379x675.jpg)
Namun kad tambah yang dihajati tidak ada. Mendiang Satiswaran kemudian mendekati ibunya secara berhadapan di hadapan lif dan tanpa diduga, sebuah kerusi tiba-tiba melayang dari bawah dan tepat mengenai kepala mangsa sehingga terbelah.
“Ketika itulah otaknya terburai. Saya tadah dengan kedua belah tangan. Anak memandang muka saya tepat tapi kosong. Dia kemudian rebah di depan mata saya lalu saya menjerit meminta tolong,’ katanya ketika ditemui di rumahnya dalam satu ziarah oleh YB Nurul Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai yang menzahirkan rasa simpati.
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 13 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/blur.jpg)
Mengakui begitu sedih dan masih lagi trauma, berkali-kali dia bertanya soalan kepada barisan wartawan yang berada di sekelilingnya.
Tanya Kasthuribai, hari ini nyawa anaknya sudah pergi. Pergi kerana kerakusan dan sikap bodoh orang lain yang mengambil mudah membaling kerusi yang sudah rosak tanpa mahu menghantarnya ke ruang sampah di bawah.
“Ini bukan soal nyawa orang India. Bukan juga soal bangsa Melayu atau Cina tetapi kejadian ini melibatkan satu nyawa remaja yang langsung tidak berdosa kerana kecuaian orang lain.
“Hari ini anak saya kena. Kalau esok lusa, anak orang lain atau sapa-sapa kena, kenapa tiada tindakan dalam hal ini. Ini bukan kejadian pertama. Sudah banyak kes baling barang berlaku. Ada mangsa kena 16 jahitan, ada kena 6 jahitan. Kita semua ada hati. Hari ini anak saya sudah mati. Nyawanya tak mungkin boleh datang semula. Tapi apa kita boleh buat? Apa peranan kita semua,” soalnya bertalu-talu.
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 14 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/IMG_20180116_095829-1024x575.jpg)
Mengakui masih lagi trauma dan kesedihan kerana kehilangan anak bongsu dari dua beradik itu, kata Kasthuribai, mendiang anak bongsunya itu memang baik.
“Dua hari sebelum ini, selepas balik dari sekolah, dia tolong bersihkan ruang tamu rumah yang sudah digenangi air akibat tempias hujan dari tingkap yang sudah reput. Air penuh sampai ke ruang tamu. Tanpa sempat makan dan salin pakaian, dia bersihkan rumah dahulu. Mop satu rumah. Tengoklah, bila hujan, air masuk ke dalam rumah,”katanya sambil menunjukkan kerosokan tingkap yang sudah mulai mereput akibat tempias hujan.
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 15 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/IMG-20180116-WA0005.jpg)
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 16 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/IMG_20180116_102819-1024x575.jpg)
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 17 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/IMG_20180116_104635-1024x575.jpg)
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 18 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/IMG_20180116_101640-1024x575.jpg)
Bukan saja terkenal sebagai budak baik malah mendiang anaknya itu akan mencuci ruang koridor rumah mereka jika terdapat najis haiwan selain sisa kencing orang dewasa yang sengaja membuang air kecil di tangga berkenaan.
“Anak saya yang baik sudah tiada. Siapa mahu menggantikan nyawanya yang sudah tiada akibat kecuaian orang lain. Anak saya menjadi mangsa sikap orang lain,” katanya dalam nada tangis bertalu.
Mungkin masih trauma dan kesedihan berpanjangan, semasa kunjungan ini Kasthuribai yang bekerja sebagai tukang masak di Chile Bangsar tiba-tiba rebah sehingga mengakibatkan keadaan menjadi panik.
Dia yang dipercayai mempunyai sakit jantung rebah sebelum dipapah oleh YB Nurul Izzah yang berada di ruang berdekatan.
Buat masa ini mendiang Satiswaran masih lagi di tempatkan Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa untuk upacara pengkebumian.
Malah pelaku yang mencampakkan kerusi dipercayai dari tingkat 21 masih belum ditangkap oleh pihak berkuasa kerana pihak forensik mahu mencari dna di kerusi sebelum menahan pelakunya.
Remaja turut difahamkan oleh nenek mendiang yang tinggal di tingkat 21, dia tahu dan kenal kerusi yang dibaling tepat mengenai kepala cucunya itu adalah milik jirannya yang diletakkan di ruang siar.
“Tapi saya tak tahu dia sudah kena tangkap atau tidak. Tapi kerusi itu memang ada sebelah rumah saya sebelum ini,” katanya mendakwa, pelakunya adalah golongan dewasa dan bukan kanak-kanak kerana kerusi berkenaan agak berat.
Saya akan bawa isu ini ke Parlimen dan meminta jaring keselamatan dipasang di bawah lif
Berasa simpati dengan kejadian yang menimpa mendiang Satiswaran, YB Nurul Izzah memaklumkan, dia akan membawa isu tentang soal keselamatan flat-flat di bawah selenggaran DBKL ini ke Parlimen pada sidang parlimen Mac akan datang.
“Bagi saya, soal keselamatan adalah penting bagi semua orang. Ini mungkin kes melibatkan kematian pertama, namun kita mahu budaya membuang sampah ini yang boleh membahayakan nyawa orang lain dipandang serius oleh semua pihak kerana kita tahu mahu isu ini berulang. Kita berasa simpati dan saya akan mendapatkan semua maklumat lengkap mengenai isu ini bersama pihak berkuasa,” katanya menegaskan, untuk langkah awal dan pertama, adalah lebih baik jaring keselamatan dipasang di bawah flat demi menjamin kesejahteraan semua penduduk.
Baling barang perangai biasa penduduk Flat PPR ini
Remaja turut mendapatkan pandangan dari Ketua Blok 100 Flat PPR Seri Pantai, Azaman bin Agam mengenai sikap buang sampah dari atas blok tanpa turun ke tempat pembuangan sampah.
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 19 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/IMG_20180116_103927.jpg)
“Soal buang barang dah jadi perkara biasa bagi mereka yang suka mengambil kesempatan ini. ada yang baling tayar, rim motor, batu bata, kaca, gelas dan banyak lagi. Kejadian orang pecah kepala akibat terkena barangan dibaling sudah banyak kali berlaku. Ada menerima 16 jahitan dan lain-lain lagi.
“Biasa selaku ketua blok, saya akan berkomunikasi dengan ketua tingkat. Jika kita temui sampah diletakkan di siar kaki, kita akan buka dan tengok jika ada dokumen yang boleh kita serah kepada pejabat di DBKL di ruang bawah.
“Sudah beberapa kali saya lihat penguatkuasa DBKL pergi ke rumah mereka yang suka membaling sampah ini. Biasanya mereka akan diberi amaran dahulu sehingga beberapa kali. Kemudian lisan dan jika berterusan diusir dari rumah sewaan mereka,”katanya ketika ditemui dan memaklumkan terdapat 984 buah rumah bagi kedua-dua blok.
Menyifatkan tidak timbul isu sukar membuang sampah ke ruang buang sampah, Azanan berkata, sikap mementingkan diri sendiri adalah mengapa isu ini tidak pernah selesai sejak dulu lagi.
Saksikan video ini bagaimana ibu mangsa tidak dapat menahan tangisannya…
*****
Sememangnya perkara seperti ini tidak akan berlaku jika masyarakat kita tidak bersikap pentingkan diri sendiri. Kecuaian orang lain menjadi satu kemalangan buat insan yang tidak berdosa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

