Khas Buat Yang Selalu Lewat Check In, Gelongsor Di Airport Ini Betul-Betul Praktikal!

Share

Selalu je kita dengar member-member kita terlepas flight kan? Relaks. Tarik nafas dalam-dalam. Dah tenang? Ok…

Ini merupakan inisiatif yang patut diberi pujian kepada pihak lapangan terbang Changi,  Singapura.

Tidak banyak lapangan terbang di seluruh dunia yang benar-benar menawarkan suatu pengalaman menyeronokkan kepada penumpangnya — tetapi perkara itu berbeza di Lapangan Terbang Changi di Singapura.

Sering kali dipanggil salah satu lapangan terbang terbaik di dunia, Changi yang terkenal dengan tarikan air terjun tertingginya iaitu “Jewel Rain Vortex”, sebenarnya turut mempunyai satu lagi kemudahan unik yang dapat membawa anda ke pintu pelepasan dengan sangat cepat dan menyeronokkan.

Kemudahan yang dimaksudkan adalah permainan gelongsor berwarna merah yang boleh anda gunakan selepas mengimbas pas berlepas untuk terus ke pintu pelepasan di Terminal 4.

Menurut Daily Mail, seorang penumpang bernama Yusuf El Askary telah mencuba sendiri pengalaman menggunakan gelongsor berkenaan dan beliau memuat naik video tersebut di Youtube.

Selain gelongsor merah di Terminal 4 itu, Lapangan Terbang Changi juga sebenarnya mempunyai sebuah lagi gelongsor yang lebih panjang iaitu di Terminal 3, yang sering dipanggil “gelongsor paling tinggi di dunia dalam lapangan terbang”!

Gelongsor itu berketinggian 12 meter dan boleh membawa individu yang menaikinya dari Tingkat 1 hingga Basement 3.

Bagaimanapun, gelongsor yang di Terminal 4 tidak dapat dipastikan berapa ketinggiannya.

Macam best je kan video orang tu guna gelongsor merah ni?

Lagi-lagi bila kita tergesa-gesa dah lambat nak ke pintu pelepasan, tinggal meluncur je guna gelongsor tu tak payah susah-susah nak guna eskalator ataupun tangga.

Sumber : Youtube

IKLAN