Inpirasi

Khairul Aming Pecah Rekod ‘Malaysia Book of Records’! Jualan Rendang Nyet Berapi Laris RM1 Juta Dalam 19 Saat

Share

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming sekali lagi mencipta sejarah tersendiri apabila jualan produk Rendang Nyet miliknya mencapai RM1 juta dalam masa hanya 19 saat menerusi siaran langsung di TikTok Shop baru-baru ini. Apa yang lebih menarik, kejayaan luar biasa itu telah melayakkan beliau tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Menurut pengumuman rasmi yang dikongsikan oleh Malaysia Book of Records di Facebook, pencapaian tersebut diiktiraf sebagai ‘Fastest RM1 Million Sales On TikTok Shop Livestream’ dan pihak MBOR turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Khairul Aming atau pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman, atas kejayaan menetapkan penanda aras baharu dalam dunia perniagaan digital tempatan.

Kredit foto: FB Malaysia Book of Records
Kredit foto: FB Malaysia Book of Records

Pada masa yang sama, Khairul Aming yang lebih mesra dipanggil KA turut tampil menjelaskan butiran kejayaan itu menerusi hantaran di media sosialnya, di mana beliau menegaskan bahawa jualan sebenar selesai dalam masa 19 saat, bukan 30 saat seperti yang disangka ramai.

“Launching RM 1 juta rendang nyet sold out dalam 19 saat, bukan 30 saat. Laju betul jari korang semua. This one is for all of us, terima kasih guysss sebab support selalu support perniagaan lokal,” tulisnya.

BACA: Tak Menang Trip Ke New Zealand, Khairul Aming Tampil Tenang Walaupun Pelanggan ‘Cancel’ Order

BACA: Khairul Aming Raih Anugerah Maulidur Rasul Kebangsaan 2025

BACA: Mahu Luaskan Ke Pasaran Lebih Besar, Kini Sambal & Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming Terima Sijil Halal

Dalam pada itu, kejayaan ini menambah lagi deretan pencapaian KA dalam dunia perniagaan makanan. Sebelum ini, pelancaran Dendeng Nyet Berapi pernah mencatatkan jualan 80,000 pek dengan nilai RM1 juta hanya dalam masa 3 minit dan 39 saat.

Kredit foto: IG Khairul Aming
Kredit foto: IG Khairul Aming

Pada tahun 2024 juga menyaksikan pertumbuhan pesat empayar makanan KA apabila dilaporkan mencatat lebih RM42 juta dalam jumlah jualan keseluruhan di mana angka ini membuktikan kekuatan jenama yang dibina melalui keaslian dan strategi pemasaran digital yang berkesan.

Untuk pengetahuan ramai, siaran langsung TikTok Khairul sering menarik jutaan penonton, menonjolkan bagaimana gabungan penjenamaan tulen dan kandungan kreatif mampu menjadikan produk tempatan satu fenomena nasional.

Sementara itu, menerusi pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records ini, beliau sekali lagi membuktikan bahawa dalam dunia keusahawanan digital yang pantas berubah, KA bukan sekadar ikut arus tetapi menjadi pencetus gelombang terbaru.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE