Kalau diikutkan, di antara ahli kumpulan dari Korea Selatan yang mempunyai jadual paling padat pada setiap tahun tentunya jatuh kepada ketujuh-tujuh ahli BTS.
Namun, kesibukan luar biasa mereka itu tidak dijadikan penghalang kepada salah seorang ahlinya untuk menamatkan pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda!
Jungkook, 24 telah dimaklumkan baru saja memperolehi ijazah dalam jurusan Hiburan & Penyiaran daripada Global Cyber University di Korea Selatan.
Tambah membanggakan apabila Jungkook turut terpilih sebagai penerima Anugerah Presiden yang merupakan pencapaian tertinggi yang diberikan kepada para graduan di universiti tersebut.
Ads
Atas faktor kesibukan, pemilik nama penuh Jeon Jung-kook ini tidak dapat menghadiri upacara konvokesyennya sendiri; namun video khas daripadanya dengan ucapan ringkas telah menjadi pengganti dirinya setlah ia dimainkan pada majlis tersebut.
“Ramai orang berkata saat menamatkan pengajian adalah satu pengakhiran dan juga permulaan. Saat ini membuatkan saya teruja namun beremosi pada waktu yang saya.
“Sya merasakan pembelajaran adalah satu perkara menyeronokkan untuk saya lakukan; ia juga menakjubkan dan mengujakan.
Saya berharap kita semua tidak akan terhenti di sini tetapi akan terus maju ke hadapan ke arah matlamat masing-masing.”
Ads
Sepeti dijangka, Jungkook menerima ucapan tahniah daripada pelbagai pihak terutamanya oleh peminat di laman Twitter setelah namanya tular dengan sejumlah 800,000 ciapan berbaur ucapan tahniah buatnya.
Untuk pengetahuan, Jungkook merupakan ahli terakhir BTS untuk menamatkan pengajian daripada kolej atau universiti. Siapa kata selebriti tidak perlu belajar tinggi?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon terkenal, Nadhir Nasar baru-baru ini meluahkan rasa kesal terhadap dakwaan isu buli yang berlaku antara pelakon senior dan junior di set penggambaran.
Menurut pemilik nama penuh Ahmad Nadhir Ahmad Nasar (28) disebabkan kenyataan itu, ada segelintir pelakon senior mempunyai pandangan stereotaip terhadap pelakon baharu.
“Sebab kau, pelakon senior ada stereotaip terhadap pelakon baru. Hebat”
“Senang cerita, kalau kau tak ada masalah, tak ada orang nak buat masalah dekat kau. Tidak perlu semua benda perlu cerita. Lihat diri semula,” kongsinya menerusi platform X.
Bercakap mengenai perkembangan Nadhir Nasar, beliau kini merupakan teraju utama drama adaptasi ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiiragi’ arahan Michael Ang. Ia mempunyai 20 episod yang ditayangkan bermula 25 September sehingga 28 November ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemunculan penyanyi remaja Asad Mowtah berjaya mencuri perhatian penonton dengan tarian comel ala-ala frog dance di pelancaran koleksi raya eksklusif PrimaValet malam tadi.
Majlis yang dihadiri lebih daripada 800 orang tetamu bersorak kuat apabila Asad membuat kemunculan dengan barisan selebriti lain di pentas runway.
Tapi, ntah kenapa tiba-tiba boleh boleh pulak si Asad tu jatuh terpelecok. Nervous juga para penonton pada waktu tu.
Asad kemudiannya ditenangkan oleh pengacara majlis, Faizal Ismail dan Elfira Loy. Pujian harus diberikan pada mereka kerana berjaya mengawal situasi dengan baik.
Mulanya kami ingatkan hanya prank, tapi memang betul pun Asad Mowtah terjatuh ketika membuat persembahan di pentas. But, don’t worry guys, selepas kejadian Asad ada berkata yang dia okay dan tetap bersama-sama menjayakan majlis malam tadi.
Tengok la video yang sempat dirakamkan oleh blogger Bagindadiraja ini. Dalam keadaan terjatuh tu pun Asad tetap maintain comel okay?
Insiden itu tidak langsung memberikan impak buatnya, malah dia tetap melayani tetamu dengan mesra. Cayalah bro, salute!
Glam lebaran
Asad Mowtah juga adalah antara barisan selebriti yang menjadi “Stars of Primavalet”, selain Zul Arifin, Alif Satar, Janna Nick, Nabila Razali dan ramai lagi.
Untuk Syawal yang akan datang, PrimaValet telah melancarkan lebih daripada 70 koleksi dan rekaan yang boleh korang gayakan pada pagi raya nanti. Kesemua koleksi ini dijual dengan harga berpatutan daripada serendah RM70 sehinggalah RM380.
Tak sabar kan nak melaram waktu raya nanti? Apa lagi guys, jom ramai-ramai serbu outlet PrimaValet yang ada di Ostia Bangi, Senawang, Kota Bharu dan coming soon, di Wangsa 118, Wangsa Maju.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saban tahun, tidak sah sekiranya stesen radio Hot FM tidak melancakan lagu khas bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, bukan?
Buat tahun 2022, tradisi sama masih akan diteruskan tetapi pada skala yang lebih besar apabila Hot Fm dan Molek FM buat kali pertamanya telah bergabung tenaga untuk melancarkan sebuah lagu raya berjudul Hangat Beraya.
Karya komposer dan penulis lirik Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh ini bukan setakat menggabungkan penyampai radio kedua-dua stesen berkenaan. Malah, mereka juga menjemput barisan penyai serta band terkenal tanah air bagi sama-sama memeriahkan lagi lagu berkenaan.
REMAJA berpeluang untuk bertemu dengan penyampai radio Hot FM, Imran Aqil baru-baru ini bagi bertanyakan dengan lebih lanjut mengenai pengalaman kali pertamanya memasuki studio rakaman bagi single Hangat Beraya ini.
Penyampai radio Hot FM, pelakon dan pempengaruh, Imran Aqil.
“Untuk single Hangat Beraya pada tahun ini, ada beberapa artis yang terlibat termasuklah kesemua penyampai Hot FM seperti Haziq Husni, Riena Diana, IU, Farah Fauzana, AG, Fad Bocey dan saya. Kami juga menjemput beberapa penyanyi popular seperti Marsha Milan, Daniesh Suffian dan Naqiu Boboy.
“Pada waktu itu, jujurnya saya struggle memandangkan saya bukanlah seorang penyanyi dan belum berpengalaman berada dalam studio rakaman. Bila dapat tahu mengenai projek ini, itulah perkara pertama yang saya fikirkan; saya tiada bakat nyanyian! (ketawa) Tidak seperti rakan penyampai yang lain seperti Haziq yang sekurang-kurangnya mempunyai suara yang sedap didengar walaupun tidak bergelar penyanyi.
“Saya ada bertanyakan nasihat daripada Haziq sebelum rakaman dan katanya, “Kau ‘bagi’ je. Penerbit akan tahu ‘membaca’ suara kau dan dia akan fit in suara kau ikut kesesuaian.” Sedikit sebanyak, nasihatnya itu membantu,” ulasnya yang juga merupakan finalis pencarian Hero Remaja 2020.
“Saya pasti lagu ini akan hit kerana ia lain daripada yang lain. Vibe-nya sangat riang dan muda, saya pun tidak sabar menantikannya.”
Perasaan cemas kongsi Imran lagi nyata tidak boleh dielakkan memandangkan dia enggan melakukan kesilapan. Apatah lagi apabila rakaman membabitkan penyanyi profesional.
“Sewaktu saya di dalam studio rakaman, saya tahu Marsha, Haziq dan Daniesh sedang mendengar suara saya. Saya berulang kali meminta maaf jika apa yang disampaikan tidak mencapai expectation mereka.
“Saya kalau boleh tidak mahulah ‘merosakkan lagu orang’ dan mengecewakan pihak yang terlibat dalam rakaman ini seperti rakan penyampai lain serta artis jemputan,.
“Nasib baiklah saudara Firdaus merupakan seorang yang penyabar. Dia berikan tunjuk ajar semasa saya sampaikan beberapa rangkap dalam lagu tersebut dengan meminta saya memilih teknik suara bass yang katanya lebih bersesuaian dengan suara saya,” katanya lagi.
Single Hangat Beraya ini bakal diluncurkan tidak lama lagi. Kongsi Imran, mereka baru sahaja menjalani penggambaran untuk video muzik Hangat Beraya dan besar harapannya agar ia akan diterima baik oleh semua pendengar serta penonton nanti.
Imran sewaktu ditemui di majlis berbuka puasa bersama rakan bilik ‘Trio 1912’ daripada pencarian Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar & Hazeeq Dean, baru-baru ini.
Menyentuh mengenai pengalaman tahun pertama Ramadan sebagai seorang penyampai radio, Imran menyifatkannya sebagai berbeza memandangkan dia perlu berada di konti berseorangan setiap Isnin hingga Jumaat bagi segmen Hot Flix bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam.
“Awal Ramadan lalu, saya rajin juga berbuka puasa di luar dengan rakan lain. Tetapi disebabkan waktu berbuka yang terlalu hampir dengan segmen saya, saya jadi letih bila perlu bergegas selepas makan. Akhirnya, saya berbuka sahaja di konti sampailah sekarang.
“Pengalaman berbuka seorang diri adalah sesuatu yang baru untuk saya. Ia secara tidak langsung membuatkan saya lebih menghargai waktu berbuka bersama keluarga dan rakan-rakan semasa hujung minggu.
“Untuk beraya nanti, insyaAllah saya masih berkesempatan untuk menyambutnya bersama keluarga tetapi pada hari yang mana satu; ia masih tertakluk kepada jadual di antara para penyampai,” simpulnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.