Susulan kes kematian empat individu yang berkait dengan penyalahgunaan dadah ketika menghadiri Konsert Pinkfish sempena sambutan ambang tahun baru di Bandar Sunway, Subang Jaya; Kerajaan Negeri Selangor ingin menyemak semula garis panduan pelaksanaan konsert di negeri itu.
Ini termasuklah mengesyorkan ujian air kencing sebagai salah satu prosedur operasi standard (SOP) kepada pengunjung konsert di Selangor.
Ketika ditemui awal minggu ini, Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri iaitu Datuk Ng Suee Lim berkata pengesyoran itu adalah antara perkara yang akan dibincangkan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), esok.
Selain itu, antara penambahbaikan pada SOP penganjuran konsert di Selangor termasuklah menyediakan kelengkapan mesin pengimbas badan untuk mengesan sebarang bahan terlarang yang cuba dibawa masuk ke tapak acara oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Ads
Acara konsert ambang tahun baru ‘Pinkfish’ yang berlangsung di Bandar Sunway pada 31 Disember lepas.
Kebenaran Permit Konsert Ditangguh
Tambah Ng lagi, pihaknya memandang serius kes kematian tersebut. Ini kerana ia sedikit sebanyak menganggu perancangan kempen Tahun Melawat Selangor 2025 yang melibatkan beberapa penganjuran konsert.
Kesemua kebenaran permit kepada penganjur acara konsert di Selangor terpaksa ditangguhkan untuk sementara sehingga siasatan kes selesai.
Ads
Malah, beliau berkongsi mengenai satu konsert yang terpaksa dipindahkan lokasi dari Bandar Sunway ke Kuala Lumpur pada minggu hadapan disebabkan kes ini.
Sebelum ini, media melaporkan kematian empat individu berusia lingkungan 20 hingga 40-an termasuk dua wanita selepas menghadiri konsert ambang tahun baru ‘Pinkfish’.
Ads
Laporan polis berkaitan kematian mangsa dibuat oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang sedang menonton drama “Under the Queen’s Umbrella”, pastinya perasan dengan pelakon Moon Sang-min.
Berkat kemahiran lakonannya yang stabil, ketinggian dan visualnya yang kacak, Moon Sang-min telah menerima banyak cinta dan perhatian oleh penonton seluruh dunia. Tambahan lagi apabila dia yang memegang watak sebagai Putera Seong-nam, kini menjadi kegilaan ramai.
Berikut adalah 7 fakta mengenai Moon Sang Min, putera kacak dalam drama Korea Under the Queen’s Umbrella:
1. Memulakan Kerjaya sebagai Model
Sebelum dikenali sebagai pelakon, Moon Sang Min memulakan kerjayanya sebagai model. Dia telah biasa untuk berjalan ‘runaways’ ketika dia menjadi model untuk Sewing Boundaries jenama Korea dan jenama Itali CARUSO mempamerkan koleksi Fall Winter 2018 mereka.
Pelakon yang dilahirkan pada 14 April 2000 itu juga merupakan bintang komersial untuk Samsung Grande Mia dan Samsung QLED 8K.
2. Satu agensi dengan Park Seo Joon
Putera-putera raja dalam kdrama “Under the Queen’s Umbrella”
Moon Sang Min kini berada di bawah agensi Awesome Entertainment begitu juga dengan beberapa artis Korea terkenal iaitu Park Seo Joon dan Kim Yoo Jung.
Agensi itu juga menempatkan beberapa bintang muda yang bersinar, termasuk Lee Hyun Woo (Money Heist Korea), Kim Do Wan (My Roommate Is A Gumiho), dan Kim Kang Hoon (Racket Boys).
3. Mula Berlakon Pada 2019
Setahun selepas debutnya sebagai model, Moon Sang Min cuba berlakon. Dia membintangi drama web bertajuk 4 Seasons Why I Hate Christmas dan dibarisi untuk menjadi watak utama walaupun tidak mempunyai pengalaman berlakon sebelum ini.
Dan pada tahun 2020, dia membintangi dua tajuk drama web, The Colors of Our Time dan The Mermaid Prince: The Beginning
4. Rapat dengan Pelakon Han So Hee
Moon Sang Min dan Han So Hee Foto: Instagram
Moon Sang Min berkawan rapat dengan Han So Hee selepas membintangi drama Korea Netflix My Name tahun lepas.
Pada Jun 2022, peminat gempar selepas melihat foto Han So Hee bersama seorang lelaki yang disyaki Song Kang. Moon Sang Min kemudian menjelaskan dan mendedahkan bahawa gambar jujur itu diambil selepas mereka berdua berkumpul dengan beberapa pemain drama Korea My Name.
Foto itu diambil oleh jurugambar yang rapat dengan Moon Sang Min dan Han So Hee, Min Jihee (@nogrid_photo). Min Jihee juga menonton drama Korea Under The Queen’s Umbrella bersama mereka berdua.
Walaupun mempunyai jadual yang padat, Moon Sang Min tetap mengutamakan pendidikan. Beliau kini seorang pelajar di Universiti Sungkyunkwan, Jabatan Lakonan dan Seni.
Moon Sang Min turut dibarisi untuk menjadi duta PR untuk kampusnya. Dia menyertai pasukan promosi yang dipanggil S-ANGEL. Disebabkan itu Moon Sang Min sering menyertai beberapa acara kampus seperti tempoh orientasi pelajar baru dan juga berjualan semasa perayaan kampus.
6. Takut Haiwan
Foto Via TVN
Dalam wawancaranya dengan Esquire Korea, Moon Sang Min mengakui bahawa dia takut untuk berinteraksi dengan haiwan. Pelakon itu mengalami kesukaran kerana terpaksa menunggang kuda dalam drama terbaharu Korea Under The Queen’s Umbrella. Tetapi dia berjaya melawan ketakutannya.
“Pada mulanya saya sangat takut, namanya Equus, dia kawan saya. Ketika berlatih (menunggang kuda), saya membawa lobak merah juga. Saya rasa dia mengenali saya, jadi saya rasa lebih selesa. Saya rasa saya cukup mahir. menunggang kuda,” kata pelakon berusia 22 tahun itu.
7. Buat Vlog Belajar
Selain itu, Moon Sang Min mengakui dia sangat menyukai persekitaran kampus. Dia seronok menjalankan aktiviti sebagai seorang pelajar kerana bertemu rakan sebaya.
“Apabila saya pergi ke kolej, saya berasa sangat selesa. Saya mempunyai kawan yang berasa selesa dengan saya. Saya fikir ia adalah tempat yang banyak memberi kekuatan,” jelas Moon Sang Min. Pelakon itu juga membuat vlog belajar yang dimuat naik di YouTube Awesome Entertainment.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Tiada siapa boleh sentuh UiTM!” – itulah titah tegas Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang sekali gus membangkitkan rasa bangga warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-102 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Shah Alam.
Menurut laporan Sinar Harian, Baginda menegaskan bahawa kedudukan dan peranan asal UiTM tidak boleh diganggu-gugat kerana ia selari dengan Akta 173 (1A) dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang memelihara hak orang Melayu, Orang Asli serta anak negeri Sabah dan Sarawak.
Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan bertitah sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-102 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam pada Rabu.
UiTM Benteng Ilmu & Simbol Perjuangan
“UiTM terbukti mempunyai sejarah istimewa dalam membina kecemerlangan dan jati diri bangsa Melayu serta Bumiputera melalui pendidikan tinggi. Justeru, saya berharap tiada pihak cuba mengganggu-gugat kedudukan dan peranan asal universiti ini,” titah baginda.
UiTM yang bermula sebagai Dewan Latihan RIDA kini berkembang menjadi universiti gergasi dengan kampus di seluruh negara. Ia bukan sekadar institusi akademik, tetapi medan perjuangan anak bangsa menimba ilmu dan membina masa depan.
Pada konvokesyen kali ini, seramai 24,643 graduan diraikan, termasuk 237 graduan pascasiswazah pada sidang pertama.
Istiadat Konvokesyen UiTM ke-102 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam pada Rabu.
Pesanan Bermakna Untuk Graduan Muda
Dalam titahnya, Tengku Permaisuri Selangor turut mengingatkan graduan agar tidak berhenti menuntut ilmu walaupun selepas tamat pengajian. “Ilmu adalah cahaya dan kunci maruah diri. Pendidikan harus terus menjadi agenda utama negara, bukan sekadar melahirkan tenaga kerja, tetapi membina insan berakhlak dan berjiwa merdeka,” pesan baginda.
Baginda turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Dr Ahmad Sazali Hamzah yang dianugerahkan Profesor Emeritus atas jasa besar beliau dalam memperkasa pendidikan dan penyelidikan di UiTM.
Inspirasi Buat Generasi Remaja
Buat remaja dan anak muda, titah ini jadi peringatan penting – UiTM bukan sekadar universiti, tapi simbol perjuangan bangsa melalui ilmu. Ia membuktikan bahawa pendidikan adalah senjata paling ampuh untuk membina maruah diri, keluarga dan negara.
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada pagi Rabu di usia 86 tahun.
Perkara berkenaan disahkan peguam, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar yang mewakili Daim dan isterinya, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid dalam kes mahkamah.
Tun Daim merupakan tokoh politik dan ahli perniagaan Malaysia yang terkenal. Beliau dilahirkan pada 29 April 1938 di Kedah dan pernah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan Malaysia dan memainkan peranan penting dalam ekonomi negara.
Selain itu, Tun Daim dikenali sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan pada era 1980-an dan 1990-an, terutamanya semasa pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau memainkan peranan besar dalam membantu Malaysia mencapai pembangunan pesat dan melaksanakan dasar-dasar ekonomi yang fokus kepada perindustrian dan eksport.
Kredit: Sinar Plus
Semasa kepimpinannya sebagai Menteri Kewangan, Malaysia menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan beberapa pembaharuan dalam sektor kewangan serta pelaburan infrastruktur.
Beliau juga terkenal dengan pendekatan pragmatik dalam pengurusan kewangan negara dan dikenali sebagai seorang tokoh yang berdedikasi dalam menggalakkan pembangunan ekonomi.
Di luar politik, Tun Daim terlibat dalam pelbagai perniagaan dan pelaburan. Beliau dianggap sebagai salah satu individu yang berpengaruh dalam dunia korporat di Malaysia.
Tun Daim lantang dalam menyuarakan pendapatnya tentang isu-isu nasional, terutamanya dalam bidang ekonomi.
Walaupun telah bersara daripada politik aktif, beliau masih memainkan peranan penting dalam memberi pandangan terhadap polisi-polisi ekonomi negara.
Al-Fatihah…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!