
Seorang lelaki ditemui mati lemas, manakala seorang lagi rakannya masih hilang ketika mandi di Pantai Teluk Batik semalam.
Menurut Astro Awani, S Emmanuel Raj, 21, ditemui lemas pada 6.55 petang manakala rakannya, R Vigneis,22, masih belum ditemui. Mangsa pertama ditemui terapung dibawa arus ombak sebelum anggota bomba bersama orang awam membantu membawa mangsa ke tepi pantai.

Mangsa dilaporkan telah diberi bantuan pernafasan oleh pasukan perubatan tetapi disahkan meninggal dunia pada jam 7.20 petang.
Sebuah video turut dikongsi oleh laman Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS apabila ada individu yang berjaya merakamkan momen cemas tersebut.
Di ruangan komen, ramai yang turut berkongsi pengalaman menakutkan dan hampir lemas di Teluk Batik.




Jadikan pengajaran


Semoga perkongsian ini dapat memberi peringatan buat korang agar sentiasa berhati-hati, lebih-lebih lagi ketika beriadah di kawasan pantai dalam musim hujan seperti sekarang.
Stay safe guys!
Sumber: Astro Awani & Info Roadblock JPJ/POLIS
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Tolak Drama Melayu Cliche,” Drama Jalan Sesat Ke Syurga Undang Perbalahan Netizen

Seluruh umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Haji bagi negeri-negeri seluruh Malaysia pada Jumaat ini bersamaan dengan 30 Julai 2020 Masehi.
Selain dikaitkan dengan ibadat korban, Zulhijjah juga memiliki banyak kemuliaan yang mungkin kurang diketahui atau diamalkan oleh masyarakat.

Oleh itu, setiap Muslim perlu menggali ilmu supaya tidak tertinggal kelebihan bulan yang bukan saja untuk mengejar ganjaran pahala, bahkan meningkatkan amal dan keimanan kepada Allah.
Astro Prima turut berkongsi kemuliaan sambutan Raya Haji ini menerusi tayangan drama menarik Drama Jalan Sesat Ke Syurga disiarkan pada 3 Ogos ini.
Drama ini adalah sebuah drama bersiri 34 episod yang bakal disiarkan melalui slot Astro Prima. Drama ini adalah hasil gandingan pelakon hebat Aaron Aziz, Elizad Sharifuddinarahan.
Namun, poster drama ini menjadi bualan netizen apabila memaparkan perempuan menjadi imam dalam satu solat berjemaah.

Menurut seorang penguna Twitter dengan nama @Madbexer, beliau mengatakan drama ini seakan mengisahkan tentang ajaran sesat apabila seorang wanita mengimamkan solat jemaah.
Macam drama ajaran sesat. Perempuan jadi imam. ada makmum yang tak pakai telekung dan sebaris dengan lelaki.
Seorang lagi penguna Twitter meluahkan rasa gembira dan teruja dengan cerita dan drama-drama sebegini kerana paparkan info dan pengetahuan tentang ajaran sesat kepada umum.


Namun, ada juga yang tidak bersetuju dengan paparan drama ini kepada umum kerana mungkin akan memberi ikutan kanak-kanak.

Untuk info, teraju untuk drama ini dibintangi oleh Aaron Aziz, Elizad Sharifuddin, Jalaludin Hassan, Aleza Shadan dan ramai lagi. Drama terbitan Nuansa Sdn Bhd, arahan bersama Osman Ali dan Shuhaimi Zulkefli.
Tak sabar penulis nak tonton drama sebegini. So apa pendapat korang, still suka drama melayu cliche atau nak sesuatu yang baru?
Sumber : Twitter
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Buku Tahunan Financial Times 2018 Bakal Disirikan, Tentang Rasuah & Skandal 1MDB

Masalah rasuah ternyata melangkaui sempadan agama, jantina dan latar belakang seseorang. Korang masih ingat lagi ke kes rasuah berprofil tinggi 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berlaku pada tahun 2015 dan masih belum selesai sehingga kini?

Nampaknya cerita mengenai kes 1MDB yang melibatkan usahawan dan kini buruan utama Malaysia dan antarabangsa Jho Low dan bekas Perdana Menteri Malaysia bakal disiri dan diterbitkan. Pencipta House Of Cards Beau Willimon dan rakan penerbitnya di Westward, Jordan Tappis akan membuat siri yang berkisar mengenai skandal rasuah terbesar di Malaysia.
Menurut Hollywood Reporter. buku yang ditulis pada tahun 2018 oleh wartawan Wall Street Journal, Tom Wright dan Bradley Hope, Billion Dollar Whale menawarkan sudut pandang dalaman skandal terbesar pengubahan wang haram, kekayaan kaum elit, perbankan, Hollywood, dan politik.

Watak utamanya, sudah tentu Jho Low yang menjadi dalang kepada rompakan besar-besaran melibatkan USD$ 5 bilion. Malah, lelaki ini juga kini turut menjadi buruan antarabangsa termasuk Singapura, Luxembourg, Switzerland dan Amerika Syarikat.
Buku Billion Dollar Whale, ini juga menjadi buku terlaris New York Times dan dinamakan sebagai Buku Tahunan Financial Times 2018. Lebih setengah juta salinan berjaya dijual di seluruh dunia, termasuk lebih seratus ribu salinan berjaya dijual di Asia dan sehingga kini kekal sebagai buku terlaris.

Laporan Wright dan Hope mengenai aktiviti rasuah tersebut telah menyumbang kepada pendakwaan di seluruh dunia. Bukan itu sahaja, kes ini turut memain peranan penting dalam pilihan raya lalu, di mana bekas perdana menteri, Najib Razak tewas teruk dan didakwa di mahkamah.
ARTIKEL BERKAITAN : GEMPAR! Najib Jawap Semua Tuduhan Terhadapnya & Keluarga, Akui Beg Tangan Mewah Hadiah Kahwin Anak, Tiada Kaitan IMDB
“Di Westward kami tertarik dengan cerita yang mencerminkan kerumitan zaman yang kita hadapi, berpusat pada watak yang membingungkan dan mengejutkan,” kata Willimon dan Tappis dalam satu kenyataan. “Kami juga tertarik untuk menghidupkan cara inovatif bagi menghasilkan kerja dalam landskap hiburan yang berubah dengan cepat. Dengan David Henry Hwang menerajui, dan SK Global di pihak kami, projek ini membolehkan kami melakukan kedua-duanya.”
ARTIKEL BERKAITAN : Pernah Dibayar Lebih RM100k Oleh Jho Low, Ini Tip Badan Seksi Emily Ratajkowski
John Penotti dari SK Global, Charlie Corwin dan Marcy Ross akan berkhidmat sebagai penerbit eksekutif bersama Willimon dan Tappis dalam siri ini. Selain itu, bintang kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh difahamkan bakal turut membarisi kerusi penerbit.
Rata-rata netizen menyatakan teruja dan tak sabar ingin tahu siapa para pelakonnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akhirnya, Demi Keselamatan 4 Daerah Sabah Dikenakan PKPDB Mulai Malam Ini

Peningkatan kes dari sehari ke sehari di Sabah dan terdapat 1,195 kes positif jangkitan Covid-19 dilaporkan di beberapa daerah dalam tempoh 1 hingga 27 September lalu membimbangkan semua orang.

Tambahan lagi apabila PRU di Sabah melabuhkan tirai dan ramai yang pulang semula ke semenanjung.
Terbaru, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Dato Seri Ismail Sabri Yaakob telah membuat pengumuman bahawa kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) Secara Pentadbiran di daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna mulai 12.01 tengah malam ini sehingga 20 Oktober depan.
MENGENAI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN BERSASAR (PKPDB) SECARA PENTADBIRAN DI DAERAH LAHAD DATU, TAWAU,…
Posted by Ismail Sabri Yaakob on Monday, 28 September 2020
Perintah yang akan berkuatkuasa bermula malam ini itu akan berlanjutan sehingga 25 September. Semua aktiviti di masjid dan institusi pendirikan diarahkan tutup. Aktiviti sykan dan juga social dan budaya turut tidak dibenarkan sehingga tamatnya perintah yang dikeluarkan.
“Mengambil kira jumlah kes Covid-19 terbabit, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan memutuskan untuk melaksanakan arahan PKPDB secara pentadbiran di kawasan-kawasan ini.

“Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 dalam daerah berkenaan serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi.

.
Menurut beliau, bagi memastikan pematuhan perintah itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terbabit.
***P/S – Diharapkan mereka yang tinggal di 4 daerah di Sabah ini mengikut perintah yang dikuatkuasakan. Kita yang masih boleh bergerak bebas ini, sila patuhi saranan kerajaan. Kalau boleh elakkan tempat sesak dan amalkan penjarakan sosial.
Sumber : Ismail Sabri Yaakob
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

Jadikan pengajaran