Kes Kedai Kena Rempuh Di US, Ini Yang Berlaku Jika Ada Yang Curi iPhone Di Apple Store

Share

Selepas kematian George Floyd di tangan anggota polis Minneapolis baru-baru ini, Amerika Syarikat digegarkan dengan insiden tunjuk perasaan besar-besaran bagi menunjukkan solidarity kematian beliau.

Tular di media sosial apabila banyak butik-butik mewah dipecah masuk dan ramai yang mengambil kesempatan untuk mengambil barangan daripada butik yang telah dirusuh.

Gambar hiasan

Apple Store tidak terkecuali daripada menjadi mangsa ‘rompakan’, apabila iPhone, iPad, Apple Watch, MacBook dan iMac yang diletakkan di ruang pameran kedai dan stok di dalam stor telah dicuri. Namun, apa yang mungkin tidak diketahui si ‘perompak’ ialah peranti demo di Apple Store dilengkapi sistem akan menyahaktifkannya apabila ia dicuri.

Seorang individu yang dipercayai telah mengambil iPhone tersebut memuat naik gambar di media sosial dengan menunjukkan amaran yang dipaparkan untuk memulangkan semula dari lokasi ia dicuri serta peranti sedang dijejak oleh pihak berkuasa yang telah dihubungi.

Sistem GPS yang menjejak lokasi peranti boleh digunakan secara percuma dan disebabkan itu, peranti boleh dikesan dengan mudah oleh pihak Apple selagi ia dihidupkan. Semua peranti yang dicuri kini tidak lagi boleh digunakan dan hanya bernilai sebagai alat ganti haram.

Ha, dalam mimpi sahajalah mereka nak pakai iPhone secara percuma. Sudahlah tak boleh guna, tak pasal-pasal didakwa mencuri pula. Hiks!

Sumber: Amanz

IKLAN