Berita baik bagi yang tercari-cari topeng muka dan rasa risau mana nak mendapatkan, kerajaan yang prihatin dengan masalah dihadapi rakyat akan mengagihkan topeng muka percuma kepada 8.63 juta isi rumah di seluruh negara secara berperingkat dalam waktu terdekat ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, topeng muka berkenaan akan diedarkan melalui jawatankuasa bencana negeri dan daerah.
“Kita sedang menunggunya dari negara yang kita import dan apabila sampai ke negara kita dalam waktu terdekat, kita akan edarkan secara berperingkat,” kata Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.
Menurutnya, topeng muka berkenaan tidak diperoleh secara percuma, sebaliknya dibeli oleh kerajaan.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Tabung Covid-19 telah menerima sumbangan sebanyak RM8.129 juta setakat ini.
Ads
Beliau berkata, pada peringkat awal, sebanyak 70 peratus atau RM5.86 juta daripada sumbangan itu akan digunakan untuk membantu rakyat terutamanya golongan miskin yang terkesan akibat pelaksanaan PKP.
Bantuan dalam bentuk bekalan makanan pula akan diagihkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kepada mereka yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan.
Ads
Mengenai rakyat Malaysia termasuk pelajar yang terkandas di luar negara, Ismail Sabri berkata, ramai daripada mereka yang ingin pulang tetapi sesetengah negara telah mengambil tindakan menyekat penerbangan keluar dan masuk ke negara berkenaan.
Berikutan itu, katanya, Kementerian Luar dan Jabatan Imigresen diminta memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) untuk menyelesaikan isu itu.
Ads
“Kita sedang menunggu mereka untuk membentangkan SOP baharu tentang bagaimana untuk membawa masyarakat kita pulang dari luar negara,” katanya.
Dalam pada itu, Ismail Sabri mengulangi peringatan kepada masyarakat supaya tidak menyebarkan berita palsu yang boleh menghuru-harakan keadaan.
“Masih banyak berita palsu yang dikeluarkan…tiada untungnya kepada sesiapa dengan mengeluarkan berita palsu ini,” tegasnya. – Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin remaja lain bercita-cita mejadi seorang doktor, jurutera mahupun selebriti tapi lain pula dengan remaja ini.
Baru-baru ini viral di laman sosial apabila video seorang remaja gigih berlatih menebar roti canai sehingga berjaya. Video tersebut ditonton seramai 298.2 ribu orang setakat ini.
Sudah semestinya sebagai rakyat Malaysia pasti kita tahu apa itu roti canai kan?Roti canai merupakan antara makanan yang paling popular bukan sahaja dalam kalangan kita malah pelancong asing juga.
Dimuat naik oleh satu akaun di Twitter yang dikenali sebagai @faktura dimana menerusi video perkongsian itu, remaja terbabit telah memasang cita-cita untuk menjadi seorang penebar roti canai terbang.
Rakaman yang berdurasi 20 saat itu memaparkan pelbagai usaha yang dilakukan olehnya sehingga dia bertekad untuk mencapai impiannya. Meskipun sudah beberapa kali menempuh kegagalan, namun itu tidak membuatkan dia berpatah semangat malah meningkatkan lagi usahanya dengan membuat latihan menggunakan kain.
Setelah mempunyai keyakinan yang tinggi, remaja terbabit mula beralih dengan melatih dirinya menggunakan doh pula. Lama-kelamaan, usahanya membuahkan hasil sehingga dia berjaya mendapat tempat pertama di dalam sebuah pertandingan.
Apabila melihat situasi itu, rata-rata warga netizen berasa terharu dan turut tidak ketinggalan memberikan kata-kata semangat agar dapat menjadi seorang penebar roti canai berjaya buat remaja yang bernama Muiz Ruzaini. Posting itu berjaya telah mencuri perhatian ramai menerusi laman media Twitter berkenaan.
Hari ini pasti ramai berlumba-lumba membeli pelbagai barangan secara dalam talian kerana banyak syarikat membuat jualan murah sempena tarikh 9/9.
Namun dalam ghairah membeli, bacalah dengan teliti barangan yang ingin dibeli kerana dikhuatiri terbeli barangan tidak halal. Jika dilihat dari segi pembungkusan, tiada apa meragukan namun adakalanya tulisan yang kecil boleh memerangkap kita untuk membeli barangan mengandungi tidak halal.
Sebentar tadi, Bahagian Hab Halal JAKIM mengeluarkan kenyataan bahawa produk bijirin keluaran Bee Cheng Hiang iaitu Ez Mini Crunchies Crispy Pork Floss adalah tidak halal.
Berikut adalah status dikongsi oleh JAKIM.
Penjelasan Isu Status Halal Produk Bijirin Keluaran Bee Cheng Hiang
Ramai pengguna yang mula menularkan di media sosial berkaitan status produk bijirin keluaran syarikat Bee Cheng Hiang yang didakwa tidak halal seterusnya menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna khususnya pengguna Islam.
Untuk makluman, produk bijirin Ez Mini Crunchies Crispy Pork Floss keluaran syarikat Bee Cheng Hiang bukan pemegang dan tidak layak untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia kerana menggunakan bahan ramuan yang tidak halal dari sumber babi (pork).
Justeru, pengguna dinasihatkan agar meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk makanan yang berada di pasaran sebelum membeli atau menggunakannya. Elakkan keraguan dengan mengutamakan produk atau premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah kerana ianya dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard serta perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini.
Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar SmartHalal.
Itulah, sebelum kita buat sesuatu yang tidak senonoh dan memuat naik di laman media sosial, sila fikir banyak kali ya!
Dek kerana bukan satu tetapi DUA video tular semalam membabitkan aksi bercumbu di antara anak perempuan kepada penyanyi, Nora Ariffin dan seorang remaja lelaki yang telah dikenal pasti identitinya, isu ini telah menjatuhkan maruah banyak pihak.
Justeru, abang sulung kepada Putri Nor Dahlia iaitu Mohd Syakir Iman tampil memberikan respon.
Dalam satu kemas kini di akaun Twitter-nya sebentar tadi, Syakir menyatakan bahawa pihaknya akan menemui keluarga remaja lelaki itu pada petang ini.
Baginya, isu ini sudah berubah menjadi lebih serius memandangkan netizen Malaysia sudah tampil mencaci dan membenci adiknya serta ibunya. Oleh itu, mereka akan duduk berbincang untuk memperbetulkan keadaan.
*
“Saya mohon jasa baik anda untuk tidak share video yang sedia ada, dan doakan kami semua InsyaAllah.
“InsyaAllah kalau disabitkan kesalahan, kami cubalah untuk bawa anda ke muka pengadilan sekali. Sebab bukan sekali awak post video ini. Memang berniat untuk memburukkan lagi keadaan ya?”
Tambah Syakir lagi bagi pihak Putri, adiknya sekarang sedang berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil. Mereka sekeluarga sedang melakukan yang terbaik untuk membantunya kembali positif.
Syakir juga berkata Putri tidak lagi aktif di media sosial dengan harapan agar langkah tersebut boleh membantunya.
Langkah Terbaik Bersama Remaja Lelaki?
Syakir tidak menyalahkan remaja lelaki tersebut sahaja memandangkan baik dia mahupun Puteri bersalah dan perlu bertanggungjawab di atas tindakan masing-masing.
“Allah nak tunjuk juga, maksudnya ini memang ketentuanNya. Kita terpaksa redha dan usaha lebih keras untuk perbaiki diri sendiri.”
Kita nantikan sajalah perkembangan terkini daripada perbincangan pada petang ini ya.
* Terdahulu semalam, seorang pelajar perempuan telah membuat laporan polis apabila dia menerima kecama teruk gara-gara nama akaun yang hampir sama dengan Puteri Nor Dahlia.