“Kenyataan Saya Disalah Tafsir”, Ikmal Amry Beri Penjelasan Tentang Isu ‘Buka Baju’

Share

Sejak kebelakangan ini, nama finalis Hero Remaja 2017, Ikmal Amry sering menjadi sebutan netizen kerana berita mengenai dirinya disalah erti. Baru-baru ini, telah tular di beberapa ruangan media digital mengenai Ikmal yang dikatakan memuat naik gambar tidak berbaju di laman Instagram untuk menarik perhatian pihak produksi.

Syarikat pengurusannya, Absolut Management telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa penyataan yang dikeluarkan dari mulut Ikmal Amry telah pun disalah tafsir dan kurang tepat sama sekali.

Remaja menghubungi tuan badan sendiri untuk bertanyakan tentang hal ini.

“Kenyataan saya telah disalah tafsir. Sebenarnya Am cakap Am ni tidaklah sehebat mana macam Syafiq Kyle dan Aedy Ashraf yang sudah ada nama dan orang dah kenal sebagai seorang pelakon. Am baru nak masuk dalam industri ini, jadi untuk menaikkan keyakinan diri, Am ke gymnasium untuk buat badan. Am nak bagi orang nampak yang Am juga seorang pelakon dan itu sahaja yang Am jelaskan,” jawabnya.

Ikmal Amry juga tidak menyebut seperti apa yang diterbitkan oleh media pada 28 Ogos lalu yang bertajuk “Sedar diri tidak hebat berlakon, Ikmal Amry tak berbaju di IG untuk tarik perhatian produksi”.

Korang boleh baca kenyataan rasmi sepenuhnya yang dikeluarkan oleh Absolut Management seperti yang tertera di bawah.

Ikmal Amry turut berasa kesal dengan apa yang berlaku dan berharap agar penyokongnya tidak salah anggap dengan kenyataannya itu.

“Am amat berterima kasih kepada penyokong yang tetap setia memberikan sokongan dan kata-kata semangat buat Am. Sejujurnya, Am tidaklah begitu tertekan dengan isu ini, tapi Am harap agar ia tidak disalah erti dan memberi tanggapan yang tidak baik kepada kerjaya Am nanti,” jelasnya yang bakal muncul dalam beberapa buah drama televisyen akan datang.

Diharap penjelasan ini dapat memberikan pencerahan bagi menjernihkan segala salah faham yang berlaku. Apa-apa pun kami ucapkan selamat maju jaya buat Ikmal Amry, dan jadikan hal ini sebagai salah satu semangat untuk anda terus berusaha gigih dalam menjadi anak seni yang dihormati.

IKLAN