Hari ini masuk hari ke tiga Pakatan Harapan menerajui negara. Rakyat, baik orang muda dan tua, masih tak boleh move on bercakap tentang politik. Ada macam-macam info disiarkan di media sosial yang mana rakyat bagai menjadi hakim tak bertauliah.
Mungkin sudah lama memendam rasa dan umpama gunung berani yang meletus, apa saja perbuatan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, rakyat mula menggila termasuk berani menghambur terutama kepada ex first lady Rosmah Mansor.
Jika sebelum ini kontroversi dirinya bermula dengan pernyataan anak kandungnya Azrene Soraya yang mengatakan ibunya seorang yang kuat bomoh, suka menindas, semalam tular di media sosial, rakyat mengubah data Wikipedia iaitu sebuah rujukan individu dan menulis kata-kata kesat terhadap Rosmah Mansor di Wikipedia atas namanya.
Mencerca adalah satu perbuatan dilarang oleh agama, islam menyuruh umatnya menutup aib orang lainWikipedia atas nama Rosmah Mansor ini ditularkan ke media sosial oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, mungkin dengan niat untuk memalukan orang lain
Ada mendakwanya sebagai penipu paling besar, pencuri wang RM69 bilion, malah soal cincinnya juga tulis dan diubah seolah menggambarkan dirinya terlalu kejam dan kemudiannya ditularkan ke media sosial tanpa sebarang rasa bersalah sedikit pun. SIAPA PUNYA KERJA LA AGAKNYA YANG KREATIF SANGAT NIE? Kenapa la mencerca sebegitu rupa kerana belum terbukti lagi kesalahan empunya diri.
Cerita mengenai first lady ini masih belum redha dan kebanyakan akhbar melaporkan hari ini sejumlah 50 beg tangan berjenama mewah, Birkin yang bernilai RM200,000 setiap satu cuba dipindahkan ke beberapa buah kondominium mewah di ibu kota melalui van Jabatan Perdana Menteri. Sejak tular video itu, satu laporan polis telah dibuat yang menurut mereka ia milik isteri bekas pemimpin negara.
Ads
Akhbar pernah melaporkan beg tangan Rosmah berjenama Crocodile bernilai RM820,000 yang dipakainya dalam satu majlis
Itu belum lagi ratusan rakyat dan wartawan menunggu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang selepas tular di media sosial jadual penerbangan DS Najib dan isteri ke Jakarta. Namun akhirnya bekas pemimpin negara ini akur apabila Jabatan Imigresen telah mengeluarkan larangan keluar negara terhadap mereka.
Episod demi episod ini mengingatkan kita kepada sejarah Imelda Marcos. Mungkin generasi muda tidak kenal nama ini tetapi dia adalah isteri kepada bekas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos yang telah meninggal dunia pada tahun 1989 (mula memerintah Filipina pada 1966-1986) selepas ditolak oleh rakyatnya sendiri selepas 20 tahun memerintah Filipina yang suatu ketika dahulu amat kaya tetapi menjadi negara miskin kerana keborosan pemimpin dan isterinya, Imelda.
Ads
Apa menariknya tentang Imelda Marcos yang pernah menjadi Wanita Pertama Negara Filipina sekitar tahun 80-an dahulu?
Mempunyai 1200 koleksi kasut mewah. Rahsianya terbongkar selepas suaminya digulingkan dengan kuasa rakyat. Pihak berkuasa Filipina menemui ribuan koleksi kasut miliknya hingga boleh menubuhkan sebuah muzium. Antara jenama kasut yang terdapat di Muzium Kasut Marikina City ialah Ferragamo, Givenchy, Channel dan Christian Dior yang bersaiz 8 1/2 inci.
Imelda mempunyai koleksi berlian merah jambu bernilai RM21.16 juta.
Data Transparency International memaklumkan, Marcos sudah merompak wang rakyat sekurang-kurangnya 10 billion dollar atau setara dengan 450 billion ringgit.
Imelda dilihat sentiasa menyokong suaminya tetapi amat bijak memanipulasi menggunakan jolokan Wanita Pertama Filipina untuk kepentingan bersuka ria.
Ads
Imelda pernah menggunakan sewenang-wenangnya kemudahan pesawat Philipine Airlines (PAL) untuk tujuan peribadi dan membeli-belah di seluruh dunia.
Wang dihabiskan suka membeli barangan mahal sedangkan rakyat negara itu dibiarkan menderita dihimpit kemiskinan.
Mempunyai puluhan jongkong emas.
Akaun bank Marcos di beberapa bank di Switzerland di mana wang tunai USD450 juta (RM1.5 bilion) tersimpan.
Imelda pernah menerima rasuah dan melakukan penyelewengan wang berjumla USD352 juta (RM1.3 bilion) sekitar tahun 1970-an.
Mayat Ferdinand Marcos dilarang disemadikan di Filipina kerana rakyat begitu benci dengannya. Dia mati di Hawaii
Hasil curiannya itu juga disimpan berupa dana di bank-bank Swiss dan aset-aset hartanah di Amerika Syarikat dan Eropah.
Selepas penangkapannya, semua harta rampasan hasil dari rasuah ini dilelong untuk dikembalikan kepada rakyat iaitu. Di antara aset yang disita, tiga koleksi barang kemas telah dianggarkan oleh firma lelongan Christie dan Sotheby bernilai lebih daripada 1 bilion peso.
Ia termasuk, tiara berlian, kerosang, subang, rantai, tali pinggang dan batu-batu permata.
Dengan semua senario politik ini adakah drama ini bakal berlaku di Malaysia?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan di India ye guys! Ini real kes Covid-19 yang berlaku di negara kita, Malaysia.
Kes baharu Covid-19 mencatat kenaikan yang membimbangkan, hari ini sebanyak 3780 kes positif telah direkod, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 470,110 setakat Ahad, 16 Mei 2021.
Sumber : KKM
Manakala, hari ini juga mencatat 36 kematian akibat Covid-19, secara tidak langsung menjadikan jumlah kematian Covid-19 di negara ini meningkat kepada 1902 orang.
Menerusi perkongsian Facebook rasmi KKM, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan jenazah/mayat yang meninggal dunia kerana #COVID19.
Sumber Gambar : KKM
Hal ini kerana semalam sahaja, enam lagi kematian dilaporkan di hospital itu. Dan akhir-akhir ini, kes-kes BID di Lembah Klang semakin meningkat.
Sumber : KKM
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka rupa-rupanya pemain baharu kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat sebenarnya merupakan keturunan diraja. Perkara ini disahkan sendiri oleh Dewan Kerajaan Kesultanan Adat Nusantara Indonesia apabila mengurniakan tonggak pertahanan tengah itu gelaran Pengeran yang kebiasaannya diberikan kepada keturunan Raja Indonesia.
“Dengan ini menyampaikan dasar perhatian dan penghargaan terhadap Trah Keluarga Besar Raja & Sultan Nusatara Indonesia dalam hal ini perkumpulan Dewan Kerajaan Kesultanan Adat Nusantara menyambut dengan penghormatan kepada YM Pangeran Jordi Amat Maas, generasi ketiga dari Raja M D Kansil, kerajaan Riau, Sulawesi Utara,”
Jodi turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang mengiktiraf statusnya itu dan menjelaskan ini adalah satu penghormatan baginya dan juga keluarga.
Untuk info, Jodi merupakan bekas pemain Real Betis dan Swansea City dan baru sahaja menyertai kelab JDT pada minggu lalu. Pemain berdarah kacukan Indonesia-Sepanyol itu menyarung jersi nombor 55 bersama JDT dan dijangka kemunculannya bakal memantapkan lagi benteng pertahanan kelab bola sepak itu.
Fuh, bukan biasa-biasa nampaknya pemain baharu JDT ni! Apa-apa pun selamat maju jaya diucapkan buat Jodi dan semoga pemain ini dapat membantu kelab JDT untuk melangkah maju lagi ke hadapan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap individu pastinya mempunyai kenangan manis yang dicipta sepanjang hidup mereka. Seperti yang dilalui seorang siswazah meraikan dua berita gembira dalam satu hari, pagi bernikah dan petang menghadiri hari konvokesyen.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Ameerul Hakim Muzi @ Ahmad Fauzi dan pasangan, Nur Izzatul Nabilah Ghazali sepatutnya bernikah pada Mei ini namun disebabkan kekangan kerja isteri yang agak padat, tarikh tersebut telah dipercepatkan dan majlis sudah ditetapkan di sebuah hotel.
Graduan itu hanya mengetahui hari konvokesyen pada bulan lepas dan mustahil baginya untuk menunda atau mempercepatkan tarikh pernikahan kerana semua persiapan sudah dibuat seperti tempahan hotel dan undangan tetamu.
Jelasnya, dia pada awalnya terkilan dan sedih kerana terpaksa membuat keputusan untuk tidak hadir di majlis konvokesyen dan menganggapnya sebagai tiada rezeki, namun sebaik sahaja dimaklumkan kepada pihak UniSZA bahawa dia tidak dapat hadir kerana majlis pernikahan, lain pula yang berlaku. Pihak pengurusan UniSZA memberi kebenaran untuk Ameerul Hakim hadir pada sesi petang.
Inilah yang dikatakan rezeki kahwin. Hiks! Semua urusannya dipermudahkan dan kedua-dua majlis juga berjalan dengan lancar. Walaupun kepenatan, tetapi semuanya berbaloi kerana dapat meraikan dua majlis bahagia ini dalam masa serentak.
Tahniah kami ucapkan kepada Ameerul Hakim dan pasangan.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.