Kenapa Kebanyakan Pesawat Penumpang Sinonim Dengan Warna Putih? Ini Sebabnya

Share

Mungkin warna pesawat tidak berapa dipedulikan kerana kebanyakan dari kita lebih memfokuskan kepada jenis pesawat seperti Airbus 330 atau Boeing 737 selain mahu mengetahui keluasan dan jumlah penumpang boleh diisi dalam satu-satu penerbangan.

Ia penting kerana kita mahukan sedikit keselesaan terutama jika perjalanan masa mengambil masa lebih dari enam jam ke atas sebelum sampai ke destinasi.

Namun tahukah, jika kita perasan, kebanyakan pesawat dicat warna putih dan boleh dikatakan kebanyakan pesawat penumpang diwarnakan sebegitu. Walau ada warna-warna lain bagi pesawat komersial seperti merah untuk Air Asia, ia masih dicat putih bersamanya. Bagi Malaysia Airlines pula, kebanyakkannya berwarna putih selain warna lain bagi logonya. Malah kebanyakan negara di seluruh dunia turut memilih warna putih bagi pesawat komersial mereka.

Jika kita menganggap warna putih lebih bersih tetapi ada sebab mengapa badan pesawat penumpang dicat sedemikian.

Menurut Reader’s Digest, ada dua alasan warna putih menjadi warna pilihan pesawat.





Pertamanya untuk memastikan pesawat kelihatan “tenang atau sejuk mata memandang”.

Jelas Steve Deane dari syarikat Stratos Jet Charters dalam satu temuramah berkata, bayangkan pesawat berada di landasan sebelum menunggu untuk berlepas.

“Jika pesawat berwarna gelap, ia pandangan tidak selesa untuk penumpang yang memandang. Malah dengan semua teknologi yang ada di dalam pesawat, jika ia diwarna putih, teknologi lebih tahan lama dalam keadaan “sejuk”.

Steve turut menjelaskan bahawa pesawat yang memiliki warna putih akan membuatkan mesin pesawat bertahan lebih lama dan dapat menghadkan waktu membaikinya. Tapi ia masih tetap diperbaiki apabila tiba masanya.

“Malah ia juga mudah dikesan jika terjatuh ke dalam laut atau terhempas di daratan. Warna putih memantulkan cahaya matahari dan pesawat lebih mudah dikesan jika berlaku kemalangan,” katanya lagi.

Mudah kesan keretakan pesawat

Seorang bekas pramugari Philip Weiss berkata, pemilihan waran putih biasanya akan membuatkan penumpang berasa lebih aman dan tenang.

“Tapi paling penting, jika ada kerosakan atau keretakan pada badan pesawat, ia lebih mudah dikesan berbanding warna gelap,” kata Weiss lagi.

Peningkatan segi keamanan dari pemilihan warna putih ini merupakan bonus.

Dalam pada itu, penelitian dibuat oleh Human Wildlife Interactions mendapati bahawa pemilihan cat ini mempunyai pengaruh pada burung. Penemuan ini memperlihatkan sudut pandang burung lebih jelas ketika di udara selain awan yang ada. Walau ada kerosakan terjadi akibat terlanggar burung namun ia adalah perkara biasa terjadi hingga kerugian kasar dianggarkan lebih dari USD300 juta setahun.

IKLAN