Sejak Februari lalu, rakan ASEAN kita iaitu Myanmar dilanda pergolakan negara apabila pihak tentera merampas kuasa dan menuduh wujud penipuan dalam sistem pengundian pilihan raya umum mereka pada tahun lalu.
Sejak itu, Suu Kyi dan tokoh-tokoh kanan telah ditahan. Manakala masyarakat Myanmar memilih untuk turun ke jalan raya bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka menerusi demonstrasi jalanan.
Walaupun ditekan dan didesak oleh rakyat dan pemerhati antarabangsa, pihak tentera Myanmar masih tegas dengan keputusan mereka untuk memimpin hingga mengorbankan nyawa.
Pihak tentera turut memberitahu Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa mereka bersedia melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa.
Baru-baru ini, nama wakil Miss Grand Myanmar iaitu Han Lay tiba-tiba menjadi sebutan setelah gadis berusia 22 tahun ini lantang bersuara di pentas akhir Miss Grand International 2021. Dalam slot yang diberikah khas kepadanya, Han Lay merayu masyarakat dunia agar membantu Myanmar.
1. Han Lay merupakan pemenang tempat kedua di pertandingan Miss Universe Myanmar 2020. Selaku naib juara, dia dilantik mewakili Myanmar di pentas Miss Grand International 2020 yang baru saja diadakan di Bangkok, Thailand pada bulan lalu.
2. Han Lay yang juga dikenali sebagai Thaw Nandar Aung menyuarakan pandangan rakyat Myanmar tentang kekejaman tentera di negaranya. Dia lantang bersuara semasa mendapat platform bercakap di Miss Grand International.
3.“Hari ini di negara saya, Myanmar, ketika saya berdiri di atas pentas ini, lebih 100 orang sudah terbunuh. (Berhenti sebentar) Tolong bantu Myanmar. Kami amat memerlukan pertolongan segera antarabangsa,” katanya.
Ads
4. Ini bukanlah kali pertama Han Lay berani menentang kekejaman tentera di Myanmar. Sebelum ini, gadis ini pernah menyertai demontrasi jalanan di Yangon, Myanmar.
5. Merupakan mahasiswa di Universiti Yangon, dia menyatakan kepada pihak BBC bahawa dia menggunakan medium pertandingan ratu cantik untuk bersuara memandangkan pihak media di Myanmar juga tidak mempunyai kuasa.
Di sana, penggiat media akan ditahan jika menentang tentera. Jadi dia bijak menggunakan peluang keemasan tersebut untuk bercakap kepada keseluruhan penonton dunia.
Ads
6. Bagaimanapun, soal keselamatan Han Lay kini terganggu disebabkan kelantangan suaranya. Oleh sebab itu, dia kini masih berada di Thailand selepas pertandingan berakir.
Menurut penganjur Miss Grand International iaitu Encik Nawat Itsaragrisil, Han Lay akan tinggal di Thailand sekurang-kurangnya tiga bulan dan berada di bawah jagaan penganjur selama tempoh itu.
7. Dalam segmen kostum nasional Miss Grand International 2020, Han Lay mengenakan busana bertemakan ‘A Goddess of Peace’. Kostum yang didominasi warna kuning keemasan dan putih itu melambangkan kedamaian yang diimpikan oleh dunia dan negara Myanmar.
8. Han Lay sebelum ini pernah tercalit dengan kontroversi akibat insiden yang tidak disengajakan berlaku ketika segmen baju renang.
Han Lay yang ketika itu sedang memakai bikini lengkap berwarna biru berjalan dan memperagakannya di sudut sebelum secara tiba-tiba payudaranya tersembul keluar secara tidak sengaja.
Fenomena rancangan hiburan Gegarvaganza 6 di saluran Astro Ria dilihat semakin menjadi bualan. Salah seorang yang sering menjadi bualan ialah Sham Visa yang mendapat jolokan Tony Stark Malaysia.
Berwajah maskulin dan penuh karakter, Sham menjadi bualan serta kegilaan ramai kerana penampilan terkininya.
Baru-baru ini, anak kepada Sham Visa atau nama sebenarnya Rohisham Hashim telah memuat naik curahan rasa di laman sosialnya.
Shakir Zafran, 16, pelajar tingkatan empat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan memuat naik luahan hatinya mengenai pengorbanan bapanya yang meninggalkan dunia seni dan bekerja tetap demi memastikan masa depan keluarganya terjamin.
Tulis Shakir menerusi akaun Twitternya, @mochizafran, pengorbanan bapanya meninggalkan dunia seni demi membesarkan keluarga tidak ternilai budinya.
“Dia mengorbankan kerjayanya demi membesarkan saya, dia meninggalkan perkara yang dia paling suka dalam hidup untuk memberikan laluan buat saya.
“Saya sangat menghargai setiap jasa-jasamu daddy. Tiada kata-kata dapat diungkapkan betapa saya sayangkan kamu. Terima kasih atas segala-galanya,” tulisnya semalam.
I Love You Son
Tidak habis di situ sahaja, Sham Visa juga sempat membalas curahan hati anaknya itu di laman instagram miliknya.
Menerusi Tweet yang dibuat Shakir itu, rata-rata warganet telah memberikan respon positif diatas perkongsian tersebut. Mereka telah meninggalkan kata-kata sokongan terhadap Sham Visa dan sentiasa mendoakan penyanyi itu berjaya dalam GV6 dan berbahagia bersama keluarga tercinta.
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa tersentuh dengan kasih sayang yang ditunjukkan Sham dan anaknya. Malah, ramai yang berkata anak-anaknya beruntung kerana memiliki bapa yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tak sabar pula penulis nak tengok abang Sham Visa menyanyikan lagu Afgan bertajuk Terima Kasih Cinta untuk minggu kelima pada Ahad ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah jerawat bukan saja hanya di bahagian wajah, malah ia juga boleh muncul di anggota badan seperti dada dan bahagian belakang badan.
Ternyata kewujudan jerawat jenis ini lebih memalukan daripada tumbuh di muka. Ia akan memberi kesan dan mengganggu penampilan korang. Nak tak nak, masalah jerawat di badan ini harus diatasi segera.
Banyak sebab kenapa jerawat tumbuh di belakang badan. Majoriti gadis memiliki jerawat di bahagian belakang badan daripada usia belasan tahun dan awal 20 ‘an.
Faktor hormon untuk gadis dalam lingkungan umur subur menjadi punca utama. Selain itu, faktor keturunan seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan. Jangan ingat masalah ini akan selesai dengan sendirinya tanpa tindakan bijak yang perlu dilakukan oleh kita sendiri.
Jadi, jom amalkan 14 cara ini untuk menghilangkan jerawat di badan dengan cara yang paling mudah.
1. Banyakkan minum air
.
Salah satu faktor yang menyebabkan jerawat muncul adalah kerana kekurangan air atau cairan untuk kulit. Dengan mengambil minuman air putih yang konsisten akan membuatkan darah menjadi bersih dan kotoran dalam darah akan terbuang dan disingkirkan.
2. Rajin mandi
.
Debu dan kotoran yang lekat pada kulit akan membuatkan liang pori tersumbat lalu mengakibatkan jerawat. Oleh itu, rajinkan diri mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari bagi mengekal kebersihan dan kesegaran kulit.
3. Jangan gosok kuat-kuat
Sewaktu mandi, cuba elakkan diri daripada menggosok terlalu kuat dan kerap menggunakan sabun antiseptik kerana bimbang ia akan mengakibatkan kulit keradangan dan lebih mudah berjerawat.
4. Ubat-ubatan
.
Gunakan ubat-ubat yang disyorkan oleh doktor pakar, jangan beli ubat sembarangan takut masalah akan bertambah buruk. Elakkan penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 kerana ia menggalakkan penumbuhan jerawat.
5. Jangan malas ganti baju
Setelah melakukan aktiviti luar rumah sepanjang hari, gantikan pakaian kamu. Penggunaan kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
6. Elak Baju Ketat Dan Berlapis
Elakkan menggunakan pakaian yang berlapis-lapis agar bahagian dada dan badan tidak tertutup rapat.
7. Jaga pemakanan
Amalkan gaya pemakanan yang sihat. Elakkan makanan berminyak dan tidak berkhasiat untuk tubuh.
8. Air sirih
Sirih mengandungi antiseptik yang semula jadi dapat membantu menyembuhkan infeksi pada kulit serta mengurangkan masalah jerawat. Oleh itu, cuba mandi dengan rebusan air sirih sekurang-kurangnya sehari sekali.
9. Kulit kayu manis
Cara mengaplikasikannya senang saja, hiris kayu manis sehingga halus kemudian campurkan sedikit air perahan limau. Kemudian usap kan terus di bahagian yang bermasalah lalu biarkan ia selama 30 minit. Akhir sekali bilas bahagian berlumuran dengan air bersih.
10. Kawal emosi dan stres
Sesetengah dari jerawat timbul daripada ketegangan dan stres emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin daripada penghasilan minyak dan sebum di kulit yang bertambah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Heboh di media sosial dengan berita tentang seorang pelajar Malaysia, Azhar Ali yang dikatakan telah menerima emel scam bahawa anak muda itu mendapat biasiswa daripada NASA selepas menyertai sebuah pertandingan reka bentuk sut angkasa lepas.
Namun, turut menjadi perhatian adalah nama Dr. Wan Wardatul Amani Wan Salim yang pernah tular di media sosial kerana penglibatannya dalam NASA.
Dr Wan Amani Wan Salim
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa fakta yang tidak benar tentang Dr. Amani dan beliau sendiri telah mengemukakan beberapa pembetulan terhadap info yang kini sedang berlegar di media sosial.
1. Beliau bukanlah wanita pertama yang bekerja di NASA dalam projek Nano satelit.
2. Beliau tidak mengetuai 28 saintis NASA. Beliau merupakan Penyelidik Utama dan memimpin pembangunan muatan sains. Menurutnya, dalam misi NASA, mereka tidak mempunyai pemimpin, hanya ada Pengurus Projek, Pengurus Program, Ketua Teknologis dan Penyelidik Utama.
3. 28 saintis NASA adalah bilangan yang dibuat bagi menunjukkan ramai yang terlibat dalam misi tersebut, di mana kita tidak tahu berapa ramai individu yang terlibat dalam membuat roket, memastikan pelancaran berjaya dan lain-lain.
Beliau tidak memimpin saintis-saintis tersebut, malah hanya bertanggungjawab untuk muatan sains dan bekerjasama dengan NASA Ames bagi merancang muatan untuk disatukan.
4. Beliau tidak bekerja di NASA sebagai pekerja NASA , sebaliknya menyambung phD di Universiti Purdue dan dilantik untuk memimpin muatan sains sebagai Penyelidik Utama kerana bos belia memegang jawatan yang lebih besar di NASA.
5. Dua orang pekerja telah dihantar ke makmal menguji sensor cip pada muatan dan individu itu adalah pelajar PhD, iaitu beliau dan Joon Park. Makmal pada chip centrifuge sensor adalah kunci kejayaan SporeSat dan merekalah yang merancang, membuat dan menguji sensor.
6. SporeSat bukan sebahagian misi ke Marikh. SporeSat menggalas pada misi NASA yang lebih besar di Space X 3. Misi tersebut adalah misi bekalan komersial ke Stesen Angkasa Antarabangsa.
Seharusnya kita berbangga menjadi masyarakat Malaysia kerana sudah ramai anak tempatan yang menempa kejayaan di luar negara. Apa yang dilakukan oleh Dr. Amani boleh dijadikan inspirasi buat remaja Malaysia, terutamanya bagi mereka yang minat dalam bidang sains dan teknologi.