Kenal Pasti Teknik Scammer Aplikasi Whatsapp, Ketua Polis Kongsi Tip Elak Ditipu

Share

Zaman sekarang ni kita perlu lebih berhati-hati dalam melakukan apa sahaja urusan harian. Bermacam jenis penipuan wujud demi untuk kepentingan peribadi.

Seram kan?

Kalau bukan kita pun yang terkena, mungkin ahli keluarga dan kawan-kawan yang kurang cakna dengan isu ini boleh terkena. And we do not want that to happen, right?

Sumber Gambar : Facebook Polis Sentul

Baru-baru ini, YDH ASP Rahmat Fitri bin Abdullah, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Sentul melalui Facebook page Polis Sentul telah berkongsi tips dan langkah untuk menghindari diri daripada menjadi mangsa penipuan di mana suspek akan mencuri akaun Whatsapp dan menyamar sebagai anda.

Modus operandi yang selalu digunakan oleh scammer ini ialah kemudian akan menghubungi rakan-rakan atau keluarga yang ada dalam list nombor tersebut untuk meminta wang menggunakan identiti Whatsapp.

Menurut anggota polis ini, jika korang menerima SMS seperti dibawah ini, dinasihatkan agar tidak menjawab atau respon apa-apa daripada SMS ini. Kalau boleh padam atau block sahaja.

Sumber Gambar : Facebook Polis Sentul

“Kumpulan sindiket akan mendaftar Whatsapp menggunakan nombor telefon anda yang mana mereka akan membuat permohonan seolah-olah Whatsapp anda bertukar ke nombor telefon atau telefon yang lain.

“Jangan serahkan kod nombor atau butiran kepada sesiapa yang menghubungi anda selepas itu.”

Tip Elak Scammer Curi Akaun Whatsapp

Cara untuk membuat pengesahan dua langkah atau ‘two step verification’ bagi memastikan penjenayah tidak dapat mencuri akaun Whatsapp.

Berikut adalah langkahnya.

1. Klik ‘Setting’ dan ‘Account’.

Sumber Gambar : Facebook Polis Sentul

 

2. Pilih ‘Two-step verification’

Sumber Gambar : Facebook Polis Sentul

3. Masukkan pin anda sendiri. Anda akan diminta mengesahkan kod pin tersebut.

Sumber Gambar : Facebook Polis Sentul

Untuk info korang, Whatsapp Scam adalah satu sindiket penipuan telekomunikasi yang menipu orang ramai dengan cara mencuri identiti korang. Kemudian, mereka akan menghubungi rakan-rakan dan keluarga anda melalui Whatsapp kononnya mereka adalah korang untuk meminjam atau meminta wang. Ramai yang dah terkena dan mengakibatkan kerugian mencecah jutaan ringgit kepada mangsa. Emm…sian kan!

Harap korang alert dengan panduan dan tip yang diberikan oleh pegawai polis ini dan berhati-hati dengan sindiket Whatsapp scam ni.

Sumber: Polis Sentul

IKLAN