Kemunculan Red Velvet Dalam Trolls World Tour Buat Peminat Kpop Excited

Share

Kecomelan karakter Poppy dan Branch kini kembali lagi dalam siri animasi Trolls World Tour yang merupakan sekuel kepada filem Trolls lebih kurang empat tahun yang lalu. Masih mengekalkan karakter comel penuh warna warni, filem ini bukan hanya sesuai untuk kanak-kanak, malah ia juga bakal menghiburkan seisi keluarga.

Trolls World Tour menyaksikan Queen Poppy dan Branch menemui sesuatu yang mengejutkan, iaitu satu lagu dunia Troll yang terpisah berdasarkan genre musik mereka.

Apabila ancaman misteri melanda tempat tinggal mereka, Poppy dan Branch serta rakan-rakan mereka memulakan penggembaraan epik di beberapa kawasan lain untuk menyatukan Troll antara satu sama lain.


.

Dibintangi oleh Anna Kendrick, Justin Timberlake, J Balvin, Rachel Bloom, Flula Borg, Kelly Clarkson, James Corden, Ozzy Osbourne, Anderson Paak, George Clinton dan Mary J. Blige, filem sekuel ini nyata sekali lagi berjaya menambat hati penonton dengan membawa sebuah tema muzikal yang menghiburkan.


.

Apa yang membuat Trolls World Tour lebih seronok adalah kali ini ia lebih lucu daripada filem terdahulu dan korang juga bakal dibawa menggembara ke lima alam suku Troll yang berlainan genre muzik termasuklah Funk, Country, Techno, Klasik dan Rock, serta sub-genre seperti Smooth Jazz, Reggaeton dan K-pop.

Peminat K-pop pastinya teruja apabila melihat kemunculan Red Velvet yang telah dianimasi menjadi karakter Troll. Serious comel wey! Tarian mereka juga membuatkan penonton tidak duduk diam dan rasa ingin turut sama menari.


.

Playlist lagu yang mengiringi filem ini juga seakan memberi ‘feel’ seperti menonton konsert. Pendek kata memang korang akan terhibur la bila menonton Trolls World Tour ni.

Tidak hanya itu, mesej yang disampaikan dalam filem sekuel ini juga lebih kuat dan realisitik dengan kehidupan seharian kita. Bersatu, harmoni dan menerima perbezaan orang lain adalah kunci kehidupan yang dipegang oleh Queen Poppy.

Secara keseluruhannya, Trolls World Tour menjanjikan kepuasan menonton dan korang kena menyaksikannya sendiri di pawagam bermula 12 Mac 2020.

IKLAN