
Aktres jelita, Izara Aishah kini disahkan sedang hamil cahaya mata ketiga.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan secara rasmi oleh jenama tudung terkemuka, Shawl Publika menerusi satu hantaran di Instagram baru-baru ini.

Kehadiran bekas peserta Dewi Remaja itu dalam kempen koleksi terbaharu jenama tersebut disifatkan sangat istimewa apabila menampilkan figura seorang ibu yang sedang menantikan detik kelahiran.
“Izara sedang menantikan cahaya mata ketiga! Tahniah.
“Kolaborasi tahun ini sangat istimewa sebab kita dapat muse yang sedang hamil,” tulisnya.

Untuk rekod, Izara telah mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid pada 17 November 2017.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selamat Tinggal The Penthouse 3! Foto Belakang Tabir Pelakon Tinggalkan Memori

Dengan hanya berbaki satu episod sahaja lagi, drama ‘berhantu’ The Penthouse bakal melabuhkan tirainya pada malam ini di siaran waktu Korea Selatan.
Namun begitu, ada desas-desus yang mengatakan drama bersiri ini bakal disambung pada musim keempat nanti. Biar betul?
Rasanya ramai yang sudah cukup ‘sengsara’ menantikan pengakhiran musim ketiga ini, tup tup dengarnya ada musim empat pula.
Nah, kita tunggu sahaja nanti sama ada khabar angin ini benar atau tidak.
Walaupun di dalam drama ini kebanyakan watak yang dimainkan berseteru di antara satu sama lain, namun disebalik tabir pembikinan k-drama ini, mereka sangat akrab dan menjalinkan hubungan baik sesama pelakon.
Sempena episod akhir The Penthouse 3, banyak foto disebalik tabir (BTS) yang sempat dirakamkan untuk kenangan buat penonton setia siri ini.
Jom kita lihat antara momen-momen disebalik tabir sepanjang penggambaran The Penthouse 3 dijalankan.






Episod terakhir The Penthouse bakal bersiaran pada pukul 10.10 malam ini waktu Korea Selatan dan untuk siaran di Malaysia pula, pada pukul 9.35 malam esok di saluran Astro ONE HD.
Tak sabar rasanya nak menonton kesudahan drama ini. Jangan ada yang mati hidup balik sudahlah ya. Hiks!
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Idea Deko Untuk Makeover Home Office Secara DIY, Lebih Selesa & Praktikal

Boleh dikatakan tahun 2020 kebanyakan pekerja yang bekerja di pejabat menghabiskan masa kerja mereka dengan melakukan Work From Home (WFH) dek kerana wabak COVID-19 yang melanda negara.
Ada yang terpaksa WFH selama berbulan-bulan, malah ada juga syarikat yang memberikan kelonggaran buat pekerja mereka WFH sejak Mac lalu sehinggalah sekarang. Hal ini bagi mencegah penularan COVID-19 di tempat kerja dan ia juga memberi peluang kepada individu, khususnya ibu bapa yang risau untuk menghantar anak mereka ke tempah pengasuh kerana khuatir dengan virus berjangkit itu.
Jadi, bila dah bekerja dirumah tu pastinya kita memerlukan ruang yang selesa untuk melakukan pekerjaan betul tak?

Nah, berikut kami nak kongsikan kepada korang tentang idea melakukan deko home office di bilik kecil yang boleh dilakukan secara DIY.
Guna sahaja meja konsol terpakai dan catkan warna putih untuk memberikan impak deko ala-ala Scandinavian.

Selain itu, berikut merupakan detail item yang korang boleh cari:
• Langsir RM37/pcs – MR DIY
• Kerusi eames RM152/2 pcs – Lazada (Cassa)
• Karpet RM90 – Carpet Prima Nilai 3
• Wire net & basket RM5.57/pcs – Daiso
• Cork board – MR DIY/IKEA
• White board – MR DIY
• Bakul sampah – IKEA
• Frame – IKEA/Daiso
• Jam dinding – IKEA
• Rak albert – IKEA
• Alat tulis – MR DIY


Rasanya korang juga boleh mengambil sudut di rumah untuk melakukan home office ini. Tidak semestinya perlu dilakukan di dalam bilik kecil, cari sahaja sudut rumah yang sesuai untuk dijadikan home office seperti ini.

Bajet yang diperlukan juga tidak begitu banyak, yang penting korang kena pandai cari barangan yang dijual dengan harga berbaloi.
Selamat mencuba!
Sumber: Noor Hafiza Mohamad
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Oh No! Pelakon Tampan & Berbakat Song Kang Bakal Tinggalkan Dunia Lakonan?

Bintang K-Drama yang terkenal, Song Kang, mengaku bahawa drama Sweet Home musim kedua yang akan ditayangkan di platform penstriman Netflix bermula esok adalah skrip terakhirnya sebelum beliau memulakan perkhidmatan tentera.
ARTIKEL BERKAITAN: BIGHIT Umum RM, Jimin, V & Jung Kook Sedia Mulakan Khidmat Tentera, ARMY ‘Stay Strong’ Tau!

Kang, 29, dalam sebuah temu bual maya yang disiarkan secara langsung dari Seoul, Korea Selatan, menyatakan bahawa kerana perkhidmatan tentera adalah suatu kewajipan di negaranya, beliau sudah bersedia untuk melaksanakannya dalam masa terdekat.
“Iya betul (lakonan terakhir sebelum memulakan perkhidmatan tentera). Ini adalah tanggungjawab saya. Jadi, saya akan menunaikan tugas tentera tersebut.
“Saya akan kembali dengan sihat dan baik-baik sahaja,” kata pelakon tersebut yang memulakan kerjaya lakonannya melalui drama The Liar and His Lover pada tahun 2017.

Pada masa yang sama, dirinya mengakui bahawa beliau tidak begitu beremosi menjalani perkhidmatan tentera kerana memahami bahawa itu adalah suatu kewajipan, malah bersedia untuk menyumbang semula kepada industri lakonan setelah menyelesaikan tugas tersebut.
“Perkara ini tidak terlalu memberi kesan kepada saya hanya kerana ia drama terakhir sebelum memasuki tentera. Ia lebih kepada bagaimana drama Sweet Home telah membentuk diri saya sekarang,” katanya.

Buat makluman di Korea Selatan, lelaki dari umur 18 hingga 35 tahun diwajibkan menjalani perkhidmatan tentera dalam tempoh sehingga 21 bulan.
Sweet Home musim kedua yang diarahkan oleh Lee Eung Bol turut dibintangi oleh Lee Jin, Uk Lee, Si Young, Ko Min Si, Jinyoung, Yoo Oh Seong, dan Kim Moo Yeol.

Watak Cha Hyun Su yang dilakonkan olehnya sebelum ini berjuang menentang raksasa dan menjadi satu-satunya harapan bagi penduduk Green Home, tetapi kini beliau bersendirian selepas beberapa peristiwa berlaku setelah beliau meninggalkan kawasan tersebut.
Hmmmmm…kwenchana yeorobon! Pejam celik, pejam celik Song Kang pasti akan kembali menghiburkan kalian semua okay!
BACA LAGI: Angkara Obses Dengan Jimin BTS, Pelakon Kanada Meninggal Dunia Selepas Jalani 12 Pembedahan
KREDIT FOTO: Soompi
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

