
Penyanyi dan pelakon jelita, Amira Othman sekali lagi menarik perhatian warganet dengan kemerduan suaranya ketika mengalunkan bacaan Al-Quran.
Menerusi perkongsian di TikTok, penyanyi lagu popular Hati Hati itu tampil sopan berpakaian putih sambil membaca surah Al-Buruj.
ARTIKEL BERKAITAN:
Fasha Sandha Tampil Manis Berhijab, Peminat Titip Doa Agar Kekal IstiqamahDalam video tersebut, Amira dilihat lancar menghabiskan bacaan dari ayat pertama hingga ke penghujung dengan penuh khusyuk.
Menjengah di ruangan komen, ramai juga yang mengagumi suara Amira yang tenang dan merdu ketika mengalunkan bacaan Al-Quran.
Selain itu, ramai yang memuji pelakon naskhah Abang Bomba I Love You itu menganggapnya sebagai seorang wanita yang memiliki pakej lengkap sebagai calon menantu.
“Tajwid dan makraj yang sempurna, Alhamdullilah,” komen seorang pengguna.
“Masya-Allah tabarokaAllah terbaik bacaan daripada Cik Amira Othman… rasanya macam cukup dgn tajwidnya… panjang, pendek, tempt dengung, qolqolahnya, tebal nipisnya dan harqadnya. Alhamdulillah,” tulis seorang lagi.
“Wanita beginilah yang dikatakan limited edition… Alhamdulillah,” komen yang lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok @19731367x