Wakil negeri Johor, Allyson Mei Ee berjaya mengenepikan saingan 11 jelitawan lain untuk dinobatkan sebagai Miss International Malaysia 2025, malam tadi.
Berlangsung di Sabah Intenational Convention Centre, Kota Kinabalu; Allyson yang merupakan seorang jurutera kimia ialah salah seorang peserta kegemaran yang diramalkan memberi saingan hebat terutamanya kepada peserta lain yang mempunyai pengalaman dalam dunia ratu cantik.
Terdahulu, Allyson pernah menyertai pertandingan Miss Universe Philippines 2025 menerusi tiket Persatuan Filipina Di California Utara dengan mewakili Caloocan City.
Berbekalkan pengalaman lalu ketika menyertai pertandingan tersebut, Allyson yang merupakan gadis kacukan Malaysia-Filipina berjaya memberikan persembahan penuh menyakinkan untuk setiap pusingan terutamanya dalam segman soal jawab (Q&A).
Allyson telah dimahkotakan oleh bekas juara Miss International Malaysia terdahulu, Cassandra Yap dan Ashlynn Ooi. Kedudukan naib juara disandang oleh We Wei manakala Chua Jian berpuas hati di kedudukan ketiga.
Pada usia 16 tahun, Allyson telah merantau keluar dari Manila, Filipina untuk melanjutkan pengajian di California, Amerika Syarikat dalam jurusan ijazah muda sains dalam Kejuruteraan Kimia. Allyson meneruskan impiannya itu dengan berkhidmat di syarikat terkenal, Tesla di Silicon Valley sebagai seorang Jurutera Kimia untuk unit Penyelidikan & Pembangunan (R&D).
Ads
“Ia merupakan salah satu impian saya untuk berada di barisan hadapan pembangunan teknologi. Ketika saya bergelar pelatih di Tesla, pada hujung minggu saya ditugaskan menghantar kenderaan baharu ke rumah klien kami.
“Untuk melihat keterujaan pada wajah mereka dan mengetahui saya adalah sebahagian daripada pasukan yang membangunkan bateri untuk kenderaan itu, ia adalah satu perasaan yang sukar untuk digambarkan,” kata Allyson dalam salah satu temubual melibatkannya.
Tambah Allyson, dia percaya ramai gadis di luar sana sepertinya yang meminati dunia ratu cantik sejak kecil dan ingin satu hari nanti berada di atas pentas yang sama.
“Saya mula meminati ratu cantik sejak usia 10 tahun dan pada setiap tahun, saya tidak pernah terlepas menonton pertandingan seperti Binbining Filipina, Miss Universe Philippines dan Miss Universe. Perlahan-lahan saya meraih keyakinan daripada pengalaman saya dan hanya pada dua tahun lepas, saya menjadi lebih serius untuk mengejar impian itu.
“I believe in the power of representation. Sebagai seseorang dalam aliran yang didominasi oleh lelaki, saya tahu halangan yang perlu diharungi oleh wanita untuk dipandang secara serius. Kita boleh memiliki kelayakan yang sama dengan lelaki di sekeliling kita tetapi sukar untuk diterima.
“Saya tahu ramai kanak-kanak perempuan yang inginkan kerjaya dalam bidang sains dan pada masa yang sama sukakan kecantikan. Saya ingin menjadi wakil mereka. Saya ingin membuktikan kita mampu ‘redefine’ makna kecantikan pada abad ini. Ratu cantik zaman ini bukan hanya sekadar mementingkan kecantikan tetapi juga berbekalkan ilmu dan menjadi diri yang autentik,” ujarnya lagi.
Kini, Allyson dalam proses mempersiapkan diri bagi mewakili Malaysia ke pertandingan Miss International 2025 yang dijadualkan berlangsung di Tokyo, Jepun pada bulan November ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Waktu sahur bukanlah waktu termudah bagi seseorang untuk bangun dari tidur dan bersahur. Namun, ia adalah salah satu perbuatan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad dan kita sebagai umatnya harus bersahur walaupun hanya dengan seteguk air masak atau seulas buah kurma.
Banyak jenis makanan ‘mudah’ yang boleh diambil, tetapi entah mengapa mi segera adalah antara yang paling digemari oleh ramai pelajar (dan orang dewasa). Kononnya ia mengandungi karbohidrat yang mampu menanggung lapar dahaga seseorang untuk tempoh seharian.
Dah ngantuk, memanglah senang kalau makan mi segera semasa sahur. Tapi…
Namun, amalan bersahur dengan mi segera amatlah tak dinasihatkan jika ia diambil pada setiap hari kerana 4 faktor ini..
Risiko Obesiti
Sepatutnya, amalan berpuasa membuatkan kita lebih sihat sepanjang bulan ramadan. Tetapi lain pula ceritanya jika kita mengamalkan mi segera untuk waktu sahur kerana ia boleh meningkatkan risiko obesiti.
Ini kerana kurangnya kandungan protein dan vitamin di dalamnya, lantas karbohidrat daripada mee segera mudah berubah menjadi lemak jika tidak digunakan.
Tekanan Darah Tinggi
Simptom tekanan darah tinggi ini adalah disebabkan zat sodiumnya yang berlebihan lalu meningkatkan risiko sakit jantung serta darah tinggi jika dimakan pada setiap hari.
Hati Rosak?
Fuhh, macam serius je ni.
Karbohidrat daripada mi segera tadi akan terpecah menjadi zat lain kerana badan korang kekurangan nutrisi lain. Zat itu kemudiannya beralih ke organ hati demi membantu sistem pencernaan. Namun, tak semua zat yang masuk ke bahagian hati itu adalah zat positif untuk tubuh badan.
Risiko Kanser
Mesti korang pernah dengar kan?
Pengambilan mi segera secara kerap boleh meningkatkan risiko kanser kerana sel-sel normal boleh berubah menjadi sel kanser jika bersentuhan dengan karsinogen dalam jumlah yang besar.
Walaupun keluarga korang tak mempunyai sejarah penyakit kanser, itu tak bermakna kita semua selamat jika gaya hidup pemakanan kita terutamanya pada bulan Ramadan tetap tak berubah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia, individu yang sudah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 akan dibenarkan bercuti di Langkawi selepas pulau peranginan itu dijangka dibuka kepada pengunjung pada September akan datang.
Perkara ini disahkan oleh Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor dengan menyatakan bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sudah bersetuju membekalkan vaksin yang mencukupi bagi memastikan 80 peratus penduduk pulau itu menerima suntikan vaksin sebelum kehadiran pelancong.
Gambar hiasan
Pihak MOSTI dan MOTAC bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas bagi mempercepatkan pemberian vaksin kepada 61,000 penduduk Langkawi yang layak menerima vaksin. Ini bermakna sebanyak 120,000 dos vaksin perlu dibekalkan kepada penduduk Langkawi sebelum dibuka kepada orang ramai.
Pelancong yang hendak masuk ke Langkawi pula perlu lengkap dua dos vaksin dan mereka yang tidak disuntik atau hanya menerima satu dos suntikan, tidak dibenarkan bercuti di Langkawi.
Jangkaan pembukaan Langkawi dalam tempoh dua bulan lagi dapat memulihkan kembali sektor pelancongan di pulau lagenda itu.
Tidak dinafikan sektor pelancongan antara yang paling terkesan teruk dan kerana itu kita sering mendengar tentang penutupan hotel-hotel besar yang ada di Malaysia.
Gambar hiasan
Semoga dengan pemberian vaksin yang telah diberikan kepada rakyat mampu memberikan kehidupan seperti sedia kala. Ramai yang sudah tidak sabar untuk merentas negeri, bukan semata-mata untuk melancong tetapi ingin menziarahi keluarga yang sudah lama tidak ditemui.
Sebagaimana kita tahu, sejak kebelakangan ini kes Covid-19 kian meningkat di negara kita. Semalam sahaja kes baru Covid-19 mencatatkan sebanyak 2881 kes dengan Selangor menjuarai tangga teratas sebanyak 759 kes diikuti Sarawak dan Kelantan.
Hal ini sangat merisaukan semua pihak terutamanya yang berada dilembah Klang.
Situasi kritikal #COVID19 di negeri-negeri di Lembah Klang.
1. Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi, diikuti KL dan Putrajaya.
2. Kadar insiden kes tertinggi ialah Kuala Lumpur.
Terbaru, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ada berkongsi keadaan sebenar yang berlaku sekarang di Hospital Sungai Buloh di laman sosialnya.
Menurut beliau, jumlah katil itu akan ditambah mengikut keperluan di wad biasa bersesuaian yang ditukar fungsi kepada katil kritikal.
Dr Noor Hisham juga memaklumkan kadar penggunaan katil rawatan kritikal dan ICU Covid-19 terkini di Lembah Klang secara purata keseluruhan telah mencapai 90 peratus pada pagi ini.
Selain itu, Dr Noor Hisham turut berkongsi sebuah video berdurasi 45 saat yang memaparkan pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di ICU Hospital Sungai Buloh.
Menerusi posting berbeza, beliau berkata sebahagian ruang pemerhatian Jabatan Kecemasan Hospital Sungai Buloh dijadikan sebagai ICU Covid-19.
“Petugas dari jabatan perubatan Hospital Sungai Buloh dilihat sedang membawa alat bantuan pernafasan untuk digunakan di wad biasa.
“Terdapat peningkatan dalam jumlah pesakit Covid-19 yang kritikal tetapi diberi bantuan pernafasan di wad biasa akibat kekosongan katil ICU yang terhad,” kongsinya di laman Facebook rasmi.
Melihat perkongsian Dr Noor Hisham ini, rata-rata warganet mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana berkongsi realiti sebenar yang berlaku di hospital sekarang. Tak kurang juga yang minta dilaksanakan lockdown atau PKP untuk mengelak penularan pandemik ini menjadi semakin serius lagi.
Maxis memohon maaf susulan insiden data pelanggan yang tular di media sosial. Syarikat mengesahkan insiden terpencil, sedang menjalankan siasatan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang dikaitkan dengan kes tersebut.