Inpirasi

Keluar Modal Lebih RM2 Juta, Khairul Aming Perkenal Produk Terbaharu ‘Dendeng Nyet Berapi’

Share

Khairul Aming kini memperluaskan rangkaian produknya dengan melancarkan produk kedua, Dendeng Nyet Berapi selepas sekian lama mendapat permintaan daripada peminat setianya.

ARTIKEL BERKAITAN: 2.4 Juta Botol Terjual Bersamaan RM33.5 Juta, Sambal Nyet Khairul Aming Pecah Rekod Lagi!

Pengumuman mengenai produk terbaru ini dibuat melalui akaun Instagramnya semalam. Buat makluman, 80 ribu unit produk ini dijadualkan akan dijual sempena pelancaran bermula Jumaat, 2 Februari ini.

Usahawan anak jati Kelantan ini turut mendedahkan bahawa proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk produk kedua ini mengambil masa setahun, melibatkan pelaburan modal lebih daripada RM2 juta untuk persiapan mesin dan penyesuaian kilang.

R&D yang mengambil masa setahun diperlukan untuk menyusun resipi baru, mendapatkan mesin yang sesuai, merancang pembungkusan, dan menentukan cara penyimpanan yang ideal bagi produk tersebut.

Produk Dendeng Nyet ini juga boleh dimakan secara terus kerana direka khas untuk ready to eat.

Di akhir ciapan, Khairul Aming berharap agar orang ramai menyukainya dan maklumkan sebarang kekurangan untuk penambaikan. Dia juga menantikan kehadiran para peminat pada hari pelancaran nanti.

Buat makluman, produk terdahulu Khairul Aming iaitu Sambal Nyet masih menjadi rebutan orang ramai sehingga ke hari ini. Bahkan, populariti Sambal Nyet ini tular di pelbagai platform dan sering sold out pada setiap masa.

Tahun 2023 telah memperlihatkan jualan Sambal Nyet mencecah RM20 juta yang mana peningkatan lebih 40% dari tahun 2022. Wow! 

BACA LAGI: Datuk Nicol David Atlet Berpendidikan Tinggi, Rajin Timba Ilmu Walau Dah Bersara!

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Khairul Aming

 

 

IKLAN