Adiwira lokal legenda ini pertama kalinys muncul di kaca televisyen lewat tahun 90-an dalam bentuk animasi.
Namun kini dengan kemunculan filem Keluang Man yang sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh negara, ‘demam’ Keluang Man kembali dirasai tidak kira usia dan latar belakang penontonnya.
Nas Muammar Zar Nasruddin yang lebih dikenali sebagai Nas-T benar-benar berjaya menjiwai personifikasi diri Borhan a.k.a Keluang Man sepanjang jalan cerita filem berkenaan sehinggakan ramai yang berharap agar mereka dapat bertemu dengan Keluang Man sendiri secara face-to-face.
Ternyata harapan tersebut berjaya direalisasikan apabila Keluang Man benar-benar turun padang untuk berjumpa dengan orang awam!
Bertempat di tengah-tengah kesibukan kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru- baru ini, suasana bertukar gamat kelibat adiwira itu muncul secara mengejut dari satu penjuru.
Orang ramai tidak membazirkan peluang itu untuk bergambar dan ‘merasai’ sendiri aura Keluang Man dalam versi live-action!
“Saya dan juga rakan saya gembira sangat dapat berjumpa dengan Keluang Man. Saya siap panggil lagi adiwira ini untuk bergambar. Dapat juga release stres selepas seharian bekerja. Apa yang saya boleh harapkan adalah produk keluaran Malaysia seperti ini dapat bersaing dengan filem antarabangsa yang lain,” tutur seorang peminat filem.
“Syukur Alhamdulillah, gembira sangat. Saya menonton Keluang Man ketika saya kecil lagi. Sejak saya di bangku sekolah rendah hinggalah kini. Ya, memang best. Terbaik!” tambah seorang peminat setia Keluang Man ketika ditemui.
“Happy sangat sebab ketika saya kecil memang layan Keluang Man di kaca televisyen. Jadi dapat lihat pula depan mata malam ini memang teruja! Saya letakkan expectation yang tinggi terhadap filem ini kerana saya amat minat,” ujar seorang lagi peminat.
Ads
Selain merakamkan foto kenangan bersama orang ramai, ‘Keluang Man’ turut sempat berseloroh dengan kakitangan yang bekerja di ruang legar terbuka di Bukit Bintang termasuklah dengan pekerja vendor Aiskrim Turkiye dan kugiran buskers yang sedang melakukan persembahan seperti biasa.
Untuk korang yang belum berkesempatan untuk menonton filem Keluang Man di pawagam, jom sama-sama kita ambil peluang sempena cuti sambutan Aidiladha hujung minggu ini bagi melihat sendiri mengapa filem arahan sutradara muda, Anwari Ashraf ini menerima pujian.
Tambahan pula dengan barisan pelakon terkenal seperti Nas Muammar Zar, Dato’ Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Amelia Henderson, Halim Othman dan ramai lagi.
Itu belum lagi aksi cameowajah-wajah popular termasuklah Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Wahid Senario dan Azlee Senario. Memang enjoiiii!
Saksikan sendiri kemunculan semula adiwira kita yang satu ini. Keluang Man bukan lagi sekadar kartun zaman dulu, beliau kini merupakan simbol kebangkitan masyarakat seMalaysia!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi K-Pop popular, Bang Chan Stray Kids baru-baru ini meraih perhatian peminat apabila menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-28 melalui cara penuh bermakna dengan membuat sumbangan besar kepada dua organisasi utama.
Menurut laporan media antarabangsa, Bang Chan atau pemilik nama sebenar Bang Christopher Chan dilaporkan telah menyalurkan dana sebanyak 100 juta Korea Won (kira-kira RM330,000) masing-masing kepada Samsung Medical Center dan 100 juta Korea Won kepada Jawatankuasa Korea untuk UNICEF, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 200 juta Korea Won (anggaran RM660,000) pada 3 Oktober.
Difahamkan, sumbangan bagi Samsung Medical Center akan digunakan untuk menampung kos rawatan pesakit kanak-kanak dan remaja, manakala dana kepada UNICEF pula akan membantu kanak-kanak di seluruh dunia yang paling memerlukan dalam aspek kesihatan, pemakanan, bekalan air bersih, sanitasi, pendidikan, perlindungan serta bantuan kecemasan.
Dalam pada itu, menerusi sumbangan ini, ketua kumpulan Stray Kids itu turut disenaraikan sebagai ahli UNICEF Honors Club, iaitu sebuah kumpulan khas yang menghimpunkan penderma utama organisasi itu. Gelaran ini sekaligus mengiktiraf peranan beliau sebagai figura yang memberi impak positif di peringkat global.
Menerusi sebuah kenyataan, Bang Chan meluahkan rasa terima kasih kepada para peminat (STAY) kerana sentiasa memberikan kasih sayang dan kehangatan pada hari istimewanya.
“Saya benar-benar berharap sumbangan ini dapat memberi sedikit kekuatan kepada kanak-kanak yang sedang bermimpi dengan lebih cerah dan membayangkan hari esok yang lebih bahagia,” jelasnya lagi.
Apa yang menarik, tindakan murni ini juga mencerminkan sikap peduli dan keikhlasan Bang Chan terhadap isu kemanusiaan. Malah, ianya memberi inspirasi kepada peminat seluruh dunia untuk turut menyumbang kepada golongan yang memerlukan.
Bukan itu sahaja, Bang Chan pada masa yang sama mempunyai rekod konsisten dalam melakukan pelbagai kerja amal. Tahun lalu, beliau pernah menyumbang sebanyak 100 juta Korea Won kepada Community Chest of Korea, sekaligus dilantik sebagai ahli Honor Society iaitu sebuah kumpulan penderma utama organisasi tersebut.
Sementara itu, sikap dermawan idola K-Pop ini menunjukkan bagaimana seorang selebriti mampu menggunakan pengaruh dan populariti untuk menyebarkan kebaikan. Dalam dunia hiburan yang sering dipenuhi kontroversi, langkah Bang Chan ini membuktikan bahawa populariti boleh diguna sebaiknya untuk tujuan kemasyarakatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa kata silat ni sukan kampung? REMAJA sempat luangkan masa dengan atlet silat yang pernah memenangi pelbagai tournament antarabangsa, Fauzi Khalid.
Bagaimana Fauzi boleh menyertai sukan silat?
Saya bermula agak lewat pada usia yang agak lewat, sekitar 16 tahun. Pada masa itu, jurulatih saya pada waktu itu iaitu arwah Suhardi Chin datang ke Pulau Pinang untuk perkenalkan silat olahraga kepada remaja di sana.
Gigih juga arwah luangkan masa nak berjumpa dengan remaja yang duduk melepak dekat tepi jalan, tepi laut. Semata-mata nak mencari pelapis atlet silat.
Saya kira saya bernasib baik juga dapat bertemu dengan arwah. Kalau tak, mungkin sampai ke hari ini saya masih bergelar kutu rayau.
Susah tak nak ceburi silat secara serius?
Mestilah susah. Ada banyak perbezaan antara silat peringkat kampung dan silat peringkat negeri. Of course, yang paling ketara adalah facility dan equipment yang disediakan.
Selepas menyertai skuad negeri juga, saya mula didedahkan dengan teknik sparring dan jatuhan yang betul.
Pesilat negara, Fauzi Khalid.
Foto: Izari Rosli
Semasa mula menyertai pertandingan dulu, pernah tak Fauzi terfikir untuk mengaku kalah setelah mengalami beberapa kekalahan awal kepada pihak lawan?
Acara nasional terawal saya adalah Sukan Malaysia (SUKMA) di Negeri Sembilan pada tahun 2004 dan seperti dijangka, saya kalah kerana kurang pengalaman. Tapi sebenarnya kekalahan itulah yang buatkan saya sedar, “Aku kena buat lagi baik kalau nak kalahkan dia”. Hasilnya, saya menang dalam kategori kelas 65-70 pada SUKMA 2006 dan acara kebangsaan.
Alhamdulillah!
Ada yang kata sukan silat ini tarafnya sukan kebudayaan je. Apa pendapat Fauzi?
Kalau setakat sukan kebudayaan, tak adalah saya ambil masa 2 tahun nak siapkan diri untuk Sukan SEA 2009. Bagi saya, apa-apa kejayaan dalam mana-mana sukan tak datang dengan mudah.
Lebih-lebih lagi sukan silat. Silat perlukan tahap konsistensi dan displin yang tinggi. Ia bukan hanya mementingkan teknik, ia juga memerlukan atlet berubah menjadi sangat displin.
Jurulatih pernah provoke saya dulu. Katanya, “Kalau ayah kau nelayan, tak kan lah kau pun nak jadi nelayan. Mesti kau nak jadi lebih baik daripada tu.” Saya sedar saya dari kampung. Sebab itulah saya tumpukan fokus saya untuk mengubah nasib hidup keluarga saya dari dulu melalui silat.
Apa harapan Fauzi untuk Sukan SEA KL 2017?
Selama ini, saya memenangi sebanyak dua kali di Sukan SEA tetapi ia berlaku di tempat lawan. Kali ni, saya harapkan kejayaan ketiga di laman sendiri. Saya akan berikan segalanya untuk menaikkan bendera Jalur Gemilang!
Pesilat negara bersama pengurus sukan MASOC. (Dari kiri : Fauzi Khalid, Siti Rahmah, Mohd Rafee Majid, Faizul Nasir dan Al-Jufferi Jamari. Foto: Izari Rosli
Candid With Fauzi Khalid
Sokongan tak terhingga dari…
Ayah, ibu dan jurulatih saya.
Rutin sukan kegemaran Fauzi…
Semua latihan saya benci haha! Tapi saya perlu lakukannya juga.
Idola sukan silat.
Arwah jurulatih Suhardi Chin dan dua orang senior saya, Shahrizan serta Azrin Abdul Malik.
Dalam masa 5 tahun lagi…
Saya ingin jadi jurulatih silat untuk generasi baru pula.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak perlulah lagi korang ulang alik utara ke Kuala Lumpur semata-mata hendakkan rumah yang cantik!
Hari pembukaan gedung perabot dan gaya hidup IKEA hanya berbaki 23 hari saja lagi sebelum ia dibuka kepada pembeli sekitar pertengaham bulan hadapan.
Terletak di Batu Kawan Pulau Pinang, cawangan IKEA keempat ini dijangka akan dikunjungi seramai 50,000 orang yang ingin mendapatkan lebih 8,000 produk pada setiap minggu.
Whoa, makin cantiklah rumah korang! Hehe..
Kata Timbalan Pengurus Gedung IKEA iaitu Gordon Wimalasiri, daripada 100,000 pengunjung IKEA Damansara pada setiap minggu sekarang, 8 peratus daripada jumlah tersebut adalah daripada negeri Pulau Pinang.
Ditanya pula jika perkhidmatan online yang diperkenalkan IKEA pada Oktober 2018 akan menjejaskan perniagaan di gedung, beliau berkata masih ramai pengunjung yang ingin merasai pengalaman gedung fizikal.
Iyalah, salah satu sebab korang ke IKEA pun sebab nak ambil gambar OOTD kan..
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.