Ramai rakyat Malaysia sebenarnya memahami Bahasa Inggeris, tetapi masih berdepan kesukaran untuk menggunakannya dengan yakin dalam perbualan harian.
Rasa malu, takut membuat kesilapan dan ketiadaan ruang latihan yang selamat sering menjadi penghalang utama.
Melihat realiti ini, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan tampil melancarkan Kelas Sekejap, sebuah aplikasi pembelajaran Bahasa Inggeris yang memberi fokus kepada pembinaan keyakinan melalui percakapan, bukan sekadar hafalan atau latihan bertulis.
Belajar Bahasa Inggeris Dengan Bertutur, Bukan Sekadar Faham
Kelas Sekejap merupakan aplikasi pertama di Malaysia yang menggunakan pendekatan “Learn by Talking”, di mana pengguna belajar Bahasa Inggeris melalui perbualan sebenar. Pendekatan ini direka untuk membantu pengguna membiasakan diri bertutur tanpa rasa takut atau tertekan.
Ramai boleh membaca dan memahami Bahasa Inggeris, tetapi gagal menggunakannya dalam situasi sebenar. Kelas Sekejap diwujudkan untuk merapatkan jurang ini dengan menyediakan ruang latihan yang lebih praktikal dan realistik.
Ads
Setiap latihan dalam Kelas Sekejap dijana menggunakan teknologi AI yang diperibadikan.
Aplikasi ini turut menggunakan suara Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan sendiri untuk membacakan teks pembelajaran.
Pembelajaran disesuaikan mengikut tahap, minat dan keperluan pengguna, sama ada pelajar, individu bekerja atau sesiapa sahaja yang ingin memperbaiki kemahiran komunikasi mereka.
Pendekatan ini memastikan pembelajaran lebih inklusif dan fleksibel, di mana pengguna boleh bermula dari tahap masing-masing tanpa tekanan untuk ‘mengejar’ orang lain.
Ads
Membina Keyakinan, Sedikit Demi Sedikit
Menurut visi yang dibawa oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan, penguasaan Bahasa Inggeris bukan sekadar tentang kefasihan, tetapi keyakinan untuk berani bercakap. Kesilapan dilihat sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran, bukan sesuatu yang perlu ditakuti.
Kelas Sekejap menekankan bahawa pembelajaran Bahasa Inggeris seharusnya boleh diakses oleh semua, tanpa mengira umur, latar belakang atau tahap permulaan.
Ads
Dengan misi untuk membantu rakyat Malaysia bertutur dengan lebih yakin, Kelas Sekejap membawa mesej bahawa Bahasa Inggeris ialah kemahiran praktikal yang relevan dalam kehidupan seharian, pendidikan dan kerjaya.
Buat masa ini, Kelas Sekejap ditawarkan secara percuma dan pengguna boleh memilih tahap pembelajaran mengikut kemampuan masing-masing.
Sumber : Instagram kelas_sekejap
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ura-ura kumpulan K-Pop popular, Blackpink akan mengeluarkan comeback single mereka pada akhir bulan Mac telah berterbangan sejak akhir Februari lagi. Tetapi tiada siapa yang dapat menjangkakan yang ia (1) diumumkan sebegitu pantas dan (2) poster teaser pertama mereka adalah hot seperti ini!
Single berjudul Kill This Love itu telah diumumkan pada jam 8 pagi tadi (waktu Malaysia) dan ia merupakan single terbaru anggota Blackpink selepas ‘Solo’ nyanyian Jennie berjaya menjuarai kedudukan pertama carta tahun lalu.
Netizen rata-rata tidak mampu membendung rasa teruja mereka dengan poster pertama yang menampilkan Lisa. Buktinya, tiga topik trending teratas diungguli oleh Blackpink di Twitter. Ramai yang menyatakan keterujaan mereka melalui hashtag #KillThisLove, #Lisa dan #Blackpink.
Kill This Love akan diputarkan secara rasmi pada 5 April kelak. Nantikan!
Dalam pada itu, terdapat 2 lagi perkhabaran baik untuk Blackpink, pagi ini.
Setelah poster Kill This Love dimuat naik, syarikat naungannya YG Entertainment melaporkan saham mereka serta-merta melonjak naik.
Ia adalah satu perkembangan baik setelah kes skandal anggota Big Bang, Seungri membantutkan stok saham mereka. Skandal itu juga ‘berjaya’ mengheret stok saham syarikat lain seperti JYP dan SM Entertainment untuk turut sama jatuh.
Sumber: All KPop
Selain itu, akaun YouTube Blackpink juga dilihat sudah melepasi 20 juta subscribers. Hanya pada bulan Ogos tahun lalu, ia mencecah angka 10 juta. Dalam masa 8 bulan saja, ia telah melipat sekali ganda kerana sokongan Blinks seluruh dunia.
Apapun REMAJA tak sabar untuk mendengar Kill This Love, April ini.
Blackpink daebak!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada istilah terlambat untuk belajar, begitu juga yang dilakukan oleh Atta Halilintar apabila berjaya menamatkan pengajian peringkat sekolah menengah pada usia 30 tahun.
Selebriti terkenal Indonesia ini bersyukur dengan keputusan diperoleh kerana apa paling penting dia sudah berusaha.
“Beberapa bulan lepas saya ambil peperiksaan, Alhamdulillah saya lulus. Walaupun terlewat tetapi tidak mengapa sebab paling penting saya sudah berusaha.
“Jika ada rezeki saya mahu menyambung pengajian ke peringkat seterusnya, insya-Allah. Doakan saya,” katanya.
Atta berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.
Jadikan Isteri Sebagai Contoh
Dalam pada itu, Atta memberitahu dia mahu menjadi seperti isterinya, Aurel Hermansyah yang juga sedang melanjutkan pelajaran di sebuah kolej walaupun sibuk dengan tugas sebagai seorang ibu.
Bagaimanapun kata Atta, buat masa ini dia belum membuat keputusan mengenai jurusan yang ingin diambil namun tertarik dengan bidang undang-undang dan perguruan.
“Aurel juga sedang melanjutkan pelajaran di sebuah kolej. Insya-Allah saya akan terus menyokong sehingga dia menamatkan pengajiannya.
“Kalau saya sambung belajar mungkin akan ambil jurusan undang-undang, arkitek atau pun perguruan. Apa yang pasti bukan dalm bidang perubatan,” katanya.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata memuji kesungguhan Atta yang tetap menamatkan pendidikan sekolah menengah walaupun usianya sudah mencecah 30 tahun.
Untuk rekod, Atta yang pernah menetap di Kuala Lumpur pernah mendapat pendidikan di Sekolah Indonesia Kuala Lumpur sehingga usianya 13 tahun.
Atta mendirikan rumah tangga dengan Aurel pada 3 April 2021 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Ameena, 2 dan Azura, 6 bul
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Buat pertama kalinya, pelakon dan pengacara Sean Lee Jia Ern telah mengarahkan sebuah filem pendek untuk tayangan di YouTube bertajuk 261 Sundays.
Segalanya bermula sejak Disember tahun lalu apabila pengacara I Can See Your Voice itu memuat naik sebuah poster acah (teaser) di akaun Instagram secara ‘suka-suka’. Ia berjaya menarik perhatian rakan dunia seni lain yang memberi semangat kepadanya untuk meneruskan projek tersebut.
Tidak lama kemudian, Sean membawa idea tersebut ke fasa seterusnya, berjumpa dan membincangkan usaha sama menjayakan filem pendek ini.
Kata Sean semasa dihubungi oleh REMAJA, “261 Sundays dilancarkan pada 25 Disember dan ia mengisahkan tentang cinta dan kehilangan.
“Apa yang menariknya tentang projek ini, ia dihasilkan dengan kerjasama rakan-rakan yang Sean teringin cetuskan kolaborasi bersama-sama selama ini.”
“Sean boleh katakan, 261 Sundays ini merupakan filem pendek dengan bajet rendah, namun Sean tetap berpuas hati dan berharap agar diberi peluang untuk menghasilkan sebuah karya yang lebih besar dan baik selepas ini. More to come,” katanya yang memilih pelakon utamanya, Baydoucet kerana berpendapat dia mempunyai karakter dan imej yang menarik untuk diketengahkan.
Dalam penghasilan 261 Sundays juga, Sean perlu berdepan dengan beberapa cabaran lain seperti faktor masa dan komitmen.
“Untuk membahagiaan masa itu memang mencabar kerana Sean masih mempunyai komitmen untuk job lain. Sukar tapi ia tidak mematahkan semangat Sean, malah Sean bersyukur kerana memperoleh pengalaman baru di hadapan dan di belakang kamera.”
“Sepanjang bergiat dalam penggambaran drama selama ini, Sean banyak belajar dari segi workflow dan ia sedikit sebanyak membantu memberikan panduan sebagai pengarah kali pertama.
“Syukur, 261 Sundays mendapat tajaan daripada Eco Setia Park yang banyak memberi bantuan daripada segi tajaan lokasi dan sebagainya. Walaupun ini merupakan projek arahan pertama Sean, namun mereka sudah memberi kepercayaan untuk menaja filem ini,” jelasnya lagi.
So tunggu apa lagi guys, pergi tengok cepat & berikan like kepada Sean LJE!
Dalam perkembangan lain, Sean bakal menjalani penggambaran musim keempat I Can See Your Voice dan drama Sweet Dreams musim kedua pada awal Januari hadapan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!