Era kini, perkembangan teknologi amat memudahkan setiap urusan kita bukan sahaja dalam kehidupan. Malah, dalam hal penjagaan penampilan dan kecantikan juga mudah untuk digunakan pada bila-bila masa dan dimana jua dan ia sudah seperti menjadi keperluan buat sesetengah orang.
Kali ini jenama Ulike sekali lagi mencetus fenomena dalam industri kecantikan dengan memperkenal ReGlow LED Face Mask yang menggunakan teknologi LED fototerapi.
Peranti inovatif ini juga menawarkan penyelesaian untuk pelbagai masalah kulit dan paling menarik, pengguna boleh menjimatkan kos untuk dapatkan rawatan di spa atau klinik estetik.
Antara ciri menarik ReGlow LED Face Mask ini adalah bukan sahaja bentuknya yang kelihatan seperti karakter superhero Iron Man! Masker ini juga mampu menangani masalah kulit secara efektif hanya dengan menggunakan gelombang cahaya.
Ads
Berbeza dengan rawatan penjagaan kulit seperti sebelum ini yang memerlukan banyak langkah dan lawatan ke dermatologis. Masker Ulike memberikan pilihan mudah kepada pengguna yang ingin dapatkan rawatan kecantikan hanya di rumah dan boleh dibuat pada bila-bila masa.
ReGlow LED Face Mask juga adalah peranti yang bertindak sebagai penyelesaian menyeluruh untuk masalah kulit termasuk anti-penuaan, pengurangan jerawat, pencerahan, dan mampu mengembalikan kulit seperti remaja hanya dengan sentuhan butang.
Ads
Kami di Remaja berpeluang mencuba ReGlow LED Face Mask! Hasilnya, anda boleh lihat dalam masa 10 minit sahaja. Bagi dapatkan hasil yang lebih baik, pengguna perlu konsisten setiap hari dan boleh lihat kesan yang baik berlaku selepas 14 hari.
Pengalaman #Remaja Menggunakan ReGlow LED Face Mask
Sebagai seseorang yang kulit cenderung kusam dan berjerawat, saya ingin melihat keberkesanan produk ini dalam masa singkat seperti yang diperkatakan. Semasa pertama kali menggunakan masker tersebut, peranti tersebut agak ringan dan selesa dipakai tanpa menyakitkan kepala.
Ads
Apa yang menarik, semasa memilih setiap mode yang ingin digunakan. Anda tidak perlu set timer kerana cukup dengan memilih mode pilihan, peranti Ulike ini secara automatik akan menyala selama 10 minit dan tertutup selepas rawatan selesai.
Secara keseluruhan, mungkin harga peranti ini agak tinggi sehingga membuatkan mereka berhati-hati dan ingin melihat sama ada ia berbaloi untuk kesan panjang. Akan tetapi, jika bandingkan harga kos peranti ReGlow LED Face Mask dengan rawatan muka di luar sana. Mungkin anda dapat jimatkan masa tanpa perlu ke spa atau klinik, juga wang kerana rawatan di luar sana sudah pasti memerlukan rawatan lanjut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini seramai 150 penggiat fesyen tempatan telah pun diraikan dalam penganjuran buat pertama kalinya, Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) yang berlangsung di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.
Majlis diserikan dengan kehadiran barisan pereka fesyen dan selebriti tempatan, termasuklah Scha Alyahya, Awal Ashaari, Rozita Che Wan, Ezuwan Ismail dan ramai lagi.
Sebanyak 14 anugerah telah disediakan dan jenama fesyan Alia Bastaman dinobatkan sebagai ‘Brand of The Year’ pada edisi kali ini.
Alia Bastaman berjaya mengalahkan nama besar dalam industri fesyen tempatan yang turut tercalon dalam kategori yang sama iaitu Rizman Ruzaini dan Fiziwoo.
Selain Alia, pereka fesyen Nurita Harith telah dinobatkan memenangi kategori Pereka Fesyen Wanita, manakala Kit Woo untuk kategori Pereka Fesyen Lelaki.
Scha Alyahya juga telah dinobatlan sebagai ‘Most Fashionable Female Personality’, manakala Nazreem Musa berjaya menepikan Hael Husaini dan Amy Search, sekali gus dinobat sebagai ‘Most Fashionable Male Personality’.
Sekali lagi tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang ada malam itu.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malam tadi telah berlangsungnya pertandingan Miss Indonesia 2022 menyaksikan wakil Sulawesi Utara, Audrey Vanessa dinobat sebagai juara sekaligus bakal mewakili negaranya ke pertandingan Miss World 2022.
Audrey berjaya mengalahkan 36 peserta lain untuk memiliki mahkota dambaan ramai gadis itu. Dari 37 peserta keseluruhan, Audery berjaya melangkah masuk ke peringkat 15 peserta terbaik sebelum diumumkan sebagai barisan top 5 untuk melalui sesi soal jawab bersama juri.
Akhirnya, dia berdiri di kedudukan dua terbaik bersama rakan pesaing asal Bali. Ternyata tuah mengiringinya dan diumumkan sebagai juara. Seiring dengan kemenangannya dia menerima hadiah berupa mahkota, trofi dan juga selempang.
Dalam sesi soal jawab, gadis berusia 22 tahun ini ditanya mengenai hal beauty with a purpose yang selama ini menjadi salah satu misi utama organisasi Miss World.
Jawabnya, “Untuk menjadi Miss Indonesia ada tujuan utama yang lebih besar melangkaui jawatan itu sendiri. Ia tentang membasa berkat kepada orang lain, untuk menginspirasikan, membawa perubahan positif kepada dunia, ia juga tentang menjawab keinginan hati dan tentang kesediaan untuk menjalankan tanggungjawab.
“Dan saya akan bersuara untuk mereka yang berputus asa dan menebarkan cinta. Kerana saya percaya tak semua boleh melakukan perkara hebat tetapi semua orang boleh melakukan hal kecil dengan cinta yang besar.”
Sedikit maklumat mengenai Audrey, dia merupakan graduan jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan & Kewangan yang kini sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam bidang perbankan dan kewangan.
Sebelum menyertai Miss Indonesia, Audrey sememangnya aktif dalam aktiviti-aktiviti sosial dan alam sekitar. Dia bersama rakan-rakannya menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan yang diberi nama Reeformers.
Organisasi tersebut bertujuan untuk memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga terumbu karang selain turut membentu menghidupkan potensi ekonomi yang dimiliki oleh nelayan tradisional.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bermain dengan api. Inilah keberanian yang ditunjukkan oleh Presiden Amerika Syarikat apabila 6 Disember lalu mengiktiraf Baitulmuqadis sebagai ibu kota baru Israel.
Ekoran pengumumannya itu, muncullah isu boikot produk-produk Isreal melibatkan pelbagai barangan kegunaan harian, makanan dan banyak lagi.
Banyak media sosial khususnya mula menyenaraikan produk-produk keluaran Amerika dan Israel mulai mengajak seluruh umat islam tidak membeli barangan ini demi memberi pengajaran kepada kuasa ekonomi besar ini. Dan isu boikot ini bukan isu baru, sudah lama.
Produk Amerika/ Israeal yang diancam boikot – pix internet
Suatu ketika dahulu di saat Israel rakus membedil Palestin, isu boikot ini turut muncul. Dilaporkan Menteri Kewangan Israel, Yair Lapid, beberapa kali mengingatkan jika kempen boikot itu menjadi realiti terutama dari EU maka mereka akan terputus hubungan dagang terbesar di negara itu.
“Israel kemungkinan akan mengalami penurunan nilai eksport ke negara EU sehingga AS$5.7 juta (RM18 juta) dan 9,800 penduduknya akan hilang pekerjaan,” menurutnya. (sumber Sinar Harian 2014).
Ini bermakna, kuasa umat Islam seramai 1.6 bilion di seluruh dunia mampu memberikan kesan ekonomi kepada kuasa besar yang tamak dan rakus ini jika sama-sama memboikot produk yang dikeluarkan oleh negara kejam.
Jika 1.6 bilion umat Islam di dunia bersatu dalam boikot ini, mampu merudumkan ekonomi negara terlibat
Pelbagai jenama besar dan biasa dibeli dan menjadi kebiasaan bagi rakyat negara ini adalah jenama seperti Coca-Cola, Starbucks, Nokia, Johnson & Johnson, Colgate, Adidas, Apple dan Mc Donald juga disebut-sebut antara produk yang harus diboikot.
Hati-hati sebelum menyebarkannya?
Gerbang Alaf Sdn Bhd, pengendali rangkaian restoran McDonald’s di Malaysia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dangi Wangi di sini berhubung individu dan kumpulan yang melakukan dakwaan palsu mengenai McDonald’s Malaysia.
Pengarah Urusan dan Rakan Niaga Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar – pix Mstar Online
Pengarah Urusan dan Rakan Niaga Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata, laporan yang dibuat pada Rabu itu turut melibatkan pihak yang menyebarkan maklumat tidak berasas mengenai McDonald’s Malaysia melalui platform media sosial dan saluran lain.
“Berdasarkan nasihat undang-undang, kami juga telah membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengenai isu ini,” katanya semasa sidang media mengenai isu boikot McDonald’s Malaysia di sini, Khamis.
Katanya, antara tohmahan yang dikaitkan adalah berkaitan sumbangan McDonald’s Amerika Syarikat (AS) kepada Jewish United Fund (JUF) melalui program Pemberian Sepadan (Matching Gift).
Mc Donald di Amerika
Azmir yang menafikan perkara itu berkata, di AS, sudah menjadi kelaziman untuk syarikat menawarkan program Pemberian Sepadan yang bertujuan menggalakkan pekerja mereka menderma kepada badan kebajikan, katanya.
“Program ini tidak khusus kepada McDonald’s kerana banyak syarikat lain di AS, termasuk sebahagian besar syarikat Fortune 500, mengendalikan program tersebut (dianggarkan lebih 60 peratus syarikat Fortune 500),” katanya.
Beliau berkata, JUF merupakan antara banyak badan di AS yang berhak menerima sumbangan derma di bawah program Pemberian Sepadan tersebut.
Azmir juga menafikan dakwaan bahawa McDonald’s Malaysia menyalurkan sebahagian hasil jualannya di Malaysia kepada McDonald’s AS setiap tahun sebaliknya bayaran itu adalah royalti ke atas jenama McDonald’s itu sendiri.
Beliau berkata, setiap keuntungan daripada jualan akan digunakan bagi projek pelan masa hadapan McDonald’s Malaysia, termasuk menambah cawangan restoran di Malaysia.
“Sebahagian daripada pelan perniagaan 10 tahun kami, kami komited untuk melabur lebih daripada RM1.4 bilion bagi meningkatkan bilangan restoran McDonald’s di Malaysia kepada 450 buah menjelang 2025, mewujudkan sekurang-kurangnya 10,000 peluang pekerjaan.
“Buat masa ini, terdapat 265 restoran McDonald’s di Malaysia yang menguruskan lebih daripada 12,000 pekerja, di mana 80 peratus daripada pekerja kami adalah beragama Islam,” katanya.
Isu boikot Mc Donald Amerika Vs EU yang pernah muncul suatu ketika dahulu – pix internet
Beliau berkata, McDonald’s Malaysia juga berhak menuntut ganti rugi daripada pihak yang memboikot, sesuai dengan kerugian dari segi kewangan ke atas syarikat dan kehilangan pekerjaan akibat tindakan boikot tersebut.
Selain itu, Azmir berkata, pihaknya juga telah mendapatkan pandangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang menyatakan bahawa seruan ‘wajib boikot’ hanya sah jika diperintahkan oleh umara’/pemerintah negara.
“Dalam konteks ini, pemimpin negara dan mana-mana pihak berkuasa Islam dalam Malaysia tidak pernah mengeluarkan apa-apa perintah memboikot McDonald’s Malaysia,” katanya.
Justeru itu katanya, sebarang seruan mewajibkan boikot ke atas McDonald’s adalah salah daripada perspektif Islam.
Beliau berkata, pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut menyarankan supaya individu atau pertubuhan bukan kerajaan yang telah memboikot dan/atau membuat tuduhan palsu supaya mengeluarkan kenyataan terbuka menarik balik kesemua tuduhan ke atas McDonald’s Malaysia.- Bernama.
Ini Hak Bersuara Rakyat Malaysia
Apa kaitan isu kebebasan bersuara dengan isu boikot ini?
Untuk pengetahuan, kebebasan bersuara di Malaysia adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.
Bahagian II dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan peruntukan bagi menjamin kebebasan asasi manusia. Salah satu kebebasan asasi adalah kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan yang terkandung di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan bersuara adalah asas kepada kewujudan demokrasi dan menghormati maruah manusia.
Perkara 10(1)(a) memperuntukkan setiap warganegara mempunyai kebebasan bercakap dan bersuara. Warganegara Malaysia mempunyai kebebasan dalam mengeluarkan pendapat dan buah fikiran mereka setakat mereka tidak menyentuh pada isu-isu sensitif yang telah dikenal pasti oleh Parlimen dalam perkara 10(4).
Kebebasan bersuara dalam negara kita tidak dijaminkan secara mutlak dan hanya terbatas kepada warganegara sahaja. Parlimen boleh mengenakan sekatan terhadap kebebasan bersuara melalui undang-undang jika mendapati sekatan tersebut perlu demi kepentingan keselamatan Persekutuan, hubungan baik dengan negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral.
Tapi awas ya, kebebasan bersuara sama sekali berlainan dengan menghasut biarpun kita bebas menyuarakan pendapat. Ya, memang tak salah bercakap tetapi kena faham, percakapan itu menjurus kepada soal apa?
Kebebasan bersuara sering dikaitan dengan perbuatan menghasut. Sesiapa yang menyebut, menulis, mencetak, menjual atau menyiarkan perkataan-perkataan yang mempunyai maksud hasutan adalah dianggap oleh undang-undang sebagai melakukan kesalahan yang boleh dihukum hingga lima tahun penjara atau RM5,000 didenda.
Kebebasan mengeluarkan pendapat terhadap sesuatu isu adalah berbeza daripada menghasut yang cuba menyebabkan kehuru-haraan.
Bagaimana dengan ahli Parlimen pula?
Ahli Parlimen mempunyai kebebasan bersuara yang lebih luas semasa berada dalam prosiding Parlimen. Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan keistimewaan Parlimen yang menjamin hak ahli Parlimen ketika mereka membincangkan sesuatu isu dalam sidang Parlimen.
Perkara 63(2) memperuntukkan tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan dalam apa-apa prosiding mana-mana satu Majlis Parlimen (Dewan Rakyat atau Dewan Negara).
Walaupun ahli Parlimen mempunyai hak bersuara yang luas semasa berada dalam prosiding Parlimen, mereka juga tertakluk kepada sekatan yang diperuntukkan dalam perkara 63(4) iaitu mereka tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif yang telah dikenal pasti dalam perkara 10(4) dan juga mengatakan sesuatu yang akan dihukum di bawah Akta Hasutan 1948. Sumber Wikipedia.
Jadi fahamlah sendirilah ya, apa kebebasan bersuara dengan menghasut!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.