Kejar Cinta Allah SWT Sebelum Cari Cinta Manusia

Share

Apa perkara pertama yang anda lakukan bila anda hadapi masalah? Adakah anda cari keluarga dan kawan-kawan dan kongsi kerisauan anda dengan mereka? Adakah anda minta bantuan orang lain? Atau anda minta pada Allah SWT dulu?

Malangnya, ramai orang tak cari Allah SWT dulu bila masalah datang. Mereka lebih memilih untuk mengadu pada orang lain dan hanya berdoa pada Allah SWT selepas bercerita pada manusia lain.

Ibn Abbas RA berkata; “Satu hari, aku sedang menunggang di belakang Rasulullah SAW bila Baginda bersabda: “Wahai lelaki! Aku akan mengajarkanmu beberapa perkara. Lindungi perintah-perintah Allah, dan Allah akan melindungimu. Lindungi hakNya, Dia akan selalu bersamamu. Jika kamu meminta pertolongan, mintalah pertolongan hanya pada Allah; dan jika kamu perlukan bantuan, berdoa hanya pada Allah untuk mendapat bantuan. Dan ingatlah jika semua orang berkumpul untuk memberi manfaat kepada kamu, mereka tak akan dapat member manfaat kepada kamu melainkan apa yang Allah telah tentukan (untuk kamu); dan jika mereka semua berkumpul untuk mendatangkan mudarat kepadamu, meraka tak akan dapat memdatangkan apa-apa kepadamu melainkan apa yang telah Allah takdirkan untuk kamu. Pen telah diangkat dan dakwatnya telah kering.” (HR Tirmidzi)

Hadis yang indah ini adalah bukti bahawa kita mesti berpaling hanya kepada Allah SWT dahulu sebelum manusia lain. Dan jika Allah menghendaki, Dia akan memberikan anda jalan keluar dengan menghantarkan bantuan yang sesuai kepada anda.

Allah SWT cinta pada orang-orang yang hanya bergantung harap padaNya, jadi bila ada masalah yang datang menimpa, bantulah diri sendiri dengan cari Allah SWT dahulu. Cuba cara yang satu ini, dan lihat bagaimana hidup anda akan berubah.

Semarakkan kempen World #QuranHour yang bakal berlangsung pada 31 Ogos 2017 bersamaan 9 Zulhijjah 1438 bermula kam 11.30 pagi di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM, Gombak dan kempen Merdeka #QuranHour pada jam 8.30 malam di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Sumber: Bercinta Selepas Nikah

IKLAN